Di hari penamaan calon Sabtu lepas kita dikejutkan dengan berita Pas
berentap dengan PKR di tujuh kerusi. Pas letak calon, PKR pun letak
calon di kerusi yang sama.
Ding...dong....ding...dong....selepas dua hari Haji Hadi buat kenyataan
Pas akan tarik balik bertanding di tiga kerusi, manakala PKR tarik balik
di empat kerusi.
Bagaimanapun keputusan itu tidak memberi apa-apa makna kerana peraturan
baru SPR telah menetapkan bahawa calon-calon yang telah mendaftarkan
diri mereka sebagai calon, tidak boleh lagi menarik diri. Walaupun
mereka mengumumkan telah menarik diri , deposit tidak akan dipulangkan
balik dan nama mereka tetap akan dicetak di kertas undi.
Tujuan SPR membuat peraturan sedemikian adalah untuk memastikan pilihan
raya tidak dijadikan tempat untuk calon bermain-main. Mereka mahu
pastikan hanya calon-calon yang benar-benar serius menyertai pilihan
raya.
Perkara ini telah pun dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas
Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihanraya, yang mana ahli-ahli
parlimen pembangkang turut sama berada dalam jawatankuasa itu.
Waktu jawatankuasa buat peraturan, buat undang-undang dan luluskan
peraturan, Anwar sibuk melayan china doll dan pasangan lelakinya. Dia
tak ambil berat dan tak ambil tahu. Bila timbul masalah , SPR pula yang
disalahkan.
Anwar dalam satu kenyataan semalam menyalahkan SPR berhubung penarikan
balik calon-calon Pas dan PKR di kawasan yang mereka berentap sesama
mereka. Lihat sini
Mereka yang salah , SPR yang menjadi mangsa...
Setiap calon yang nak masuk bertanding perlu membawa watikah yang
dikeluarkan oleh parti masing-masing untuk dikemukakan kepada SPR pada
hari penamaan calon.
Bagi calon-calon dari parti Umno, MCA, MIC, Gerakan, PBB, PBS, SUPP, PPP
dan beberapa parti komponen BN yang lain, mereka akan membawa watikah
yang dikeluarkan BN. Tidak ada watikah Umno, watikah MCA atau watikah
MIC. Semuanya dalam satu watikah sahaja yang dikeluarkan BN dan
ditandatangani oleh Pengerusi BN.
Bagi parti pembangkang pula, memandangkan mereka tidak ada gabungan atau
perikatan yang sah seperti BN, maka watikah mereka dikeluarkan oleh
parti masing-masing. Pas keluar watikah mereka sendiri, PKR keluar
watikah sendiri , dan DAP juga keluarkan watikah mereka sendiri. Yang
tandatangan watikah mereka samada presiden atau setiausaha agung parti
masing-masing. Calon tak boleh keluarkan watikah sendiri. Calon bebas
tidak ada watikah dan mereka kena pilih lambang yang telah disediakan
SPR sahaja.
Soal pembahagian kerusi pilihan raya ianya bukan dibincangkan antara
calon sesama calon. Semuanya diputuskan oleh pimpinan tertinggi PAS, PKR
dan DAP. Calon hanya mengikut arahan parti. Apabila diberi watikah dan
diminta bertanding, maka calon pun pergilah ke pusat penamaan calon
untuk mendaftarkan diri mereka.
Calon Pas pergi ke pusat penamaan calon dengan membawa watikah yang
dikeluarkan oleh Pas yang ditandatangani oleh presiden atau setiausaha
agung parti mereka sahaja. Calon PKR pun begitu juga.
Saya ambil contoh untuk Dun Sungai Acheh.
Dalam hal ini calon Pas untuk kerusi berkenaan tidak akan pergi
mendaftarkan diri mereka sebagai calon jika Haji Hadi atau Mustafa Ali
tidak keluarkan watikah untuknya.
Begitu juga dengan calon PKR. Calon itu tidak akan pergi mendaftarkan
dirinya sebagai calon jika Wan Azizah atau Saifuddin Nasution tidak
keluarkan watikah untuknya.
Pas keluar watikah, PKR pun keluar watikah untuk kerusi yang sama. Kata
pak-khatan rakyat, ada persefahaman, ada keserasian, utuh, kukuh dan
jitu. Tapi kau keluar watikah, aku pun keluar watikah. Tak ke gila
namanya itu ? Isu bertindih kerusi ini tidak akan timbul jika mereka
jujur dan saling percaya mempercayai satu sama lain.
Masalah sekarang ini adalah masalah sesama pemimpin atasan mereka yang
berebut kerusi, tidak percaya satu sama lain dan tikam belakang .
Bukannya lagi masalah SPR. Isu pembahagian kerusi pilihan raya pun
mereka tidak percaya satu sama lain dan tidak boleh selesaikan sehingga
berentap sesama sendiri. Apakah kita nak percaya orang-orang begini
untuk perintah negara ?
SALAM, MOHON TAMBAHKAN BLOG DATO' DZULKIFLI ADUN LINTANG DI BLOG INI... MOHON PICKUP PERKEMBANGAN DATO' DI BLOG INI... TERIMA KASIH
ReplyDeletehttp://dzulkifliharunlintang.blogspot.com/