Maka dengan itu, mahkamah menolak rayuan yang dibuat oleh Si Mahasewel tu untuk mengenpikan keputusan yang telah dibuat oleh pihak Universiti.
Tapi, bagi pendapat SH, Si Mahasewel tu tak patut dikenakan hukuman gantung memandangkan kesalahan yang dia buat hanya memalukan pihak Universiti.
Malah, apa yang dilakukan oleh Si Mahasewel tu dari dulu sehingga ke hari ini seolah - olah menghina kumpulan mahasiswa lain yang diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran.
Si Mahasewel tu sepatutnya dibuang terus dari Universiti. Hanya itu sahaja hukuman paling layak untuk dia. Duduk kat UPSI tu pun bukannya dia nak belajar.
Kalau belajar pun setakat dapat bawah dari 'two pointer' baik dia duduk rumah, main dengan kucing. Tolong mak dia masak kat rumah. Ada jugak manfaatnya dari baring tengah jalan dimalam semua orang tak kerja!!!
KUALA LUMPUR, 26 April — Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes semakan kehakiman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, hari ini mengingatkan pelajar itu supaya menghormati pemimpin walaupun pegangan politik berbeza.
Hakim Datuk Zaleha Yusuf berkata demikian dalam penghakimannya selepas menolak permohonan Adam Adli untuk mencabar keputusan UPSI yang menggantungnya kerana melanggar peraturan universiti.
Beliau tidak menetapkan sebarang kos setelah mengambil kira pemohon (Adam Adli) adalah seorang pelajar.
Hakim Zaleha berkata perbuatan Adam Adli (gambar) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Disember 2011 telah mendapat publisiti meluas dan sebagai pelajar UPSI, nama UPSI turut tercalit dan pihak universiti berhak mengambil tindakan disiplin terhadapnya.
"UPSI memberitahu mahkamah bahawa Adam Adli telah diberi peluang untuk mengemukakan kesnya dan beliau boleh menghantar wakil," katanya. "Tetapi pemohon menolak untuk menghantar wakil dalam prosiding jawatankuasa tatatertib UPSI dan tidak memberi sebarang bantahan semasa prosiding dijalankan.
"Beliau tidak hadir walaupun telah dimaklumkan sebelum itu dan Adam Adli hanya menghantar wakil untuk mengetahui keputusan pihak jawatankuasa sahaja," katanya.
Sumber: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/04/ mahasewel-ni-tak-patut-digantung.html?m=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment