Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 8 April 2013

KAK WAN TERPAKSA TANGGUNG SAMAN RM 200JUTA???

Halamak ai!!! Apa la malang bebenor nasib Kak Wan Omega ni ye. Walhal salah orang lain. Tapi dia pulak yang tak pasal - pasal je kena tanggung.

Dah la Kak Wan tu kena sailang hidup - hidup dek Bang Min bila tak bagi dia bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. 

Semuanya sebab Bang Min takut dia tak dapat nak jadi MB Selangor menggantikan Khalid kalau Kak Wan Omega bertanding. Hancur berkecai la impian Bang Min nanti.

Sekarang tak pasal - pasal pulak Kak Wan Omega kena cari peguam lain bagi menghadapi kes saman Felda terhadap Keadilan Daily. Adakah itu pun kerja Bang Min jugak?

Yang sebar fitnah terhadap Felda tu Keadilan Daily. Tapi sebagai seorang Presiden, Kak Wan nak tak nak terpaksa jugak pikul tanggungjawab tersebut. Dah tak boleh nak lari.

Kemungkinan peguam tu tarik diri pun atas arahan 'Tangan Ghaib'. Siapa tau ye tak. Dalam PKR ni, setakat tikam belakang sesama sendiri memang dah menjadi kebiasaan buat diorang. Maklum la. Masing - masing Gila Kuasa belaka!!!
KUALA LUMPUR 8 April - Peguam yang mewakili Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam kes saman fitnah yang difailkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), mengemukakan permohonan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes itu. 
Peguam Mohd Afiq Mohd Noor memberitahu pemberita bahawa pihaknya membuat permohonan penarikan itu pada Jumaat lepas. Tiada alasan diberikan mengenai keputusannya itu. 
Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaluddin Md Said yang mendengar prosiding di dalam kamar hari ini menetapkan 18 Jun untuk pengurusan kes. 
Pada 16 Ogos 2010 Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, memfail saman RM200 juta terhadap Dr Wan Azizah dan lima lagi kerana memfitnah agensi itu menerusi artikel yang disiarkan Suara Keadilan. 
Selain Dr Wan Azizah, turut dinamakan Felda sebagai defendan ialah Naib Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Pelita Koridor Sdn. Bhd., Percetakan NPK Sdn Bhd, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu. 
Dalam pernyataan tuntutannya, Felda selaku plaintif, mendakwa akhbar itu menerbitkan artikel pada 22 dan 29 Jun lepas yang mengandungi fitnah terhadap Felda. 
Felda mendakwa artikel pertama bertajuk "Felda Bangkrap" dan artikel kedua berserta gambar bertajuk "Kontroversi" dan "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu" berunsur fitnah yang boleh menyebabkan reputasi plantif terjejas.

Sumber : http://semuthitam80.blogspot.com/2013/04/kak-wan-terpaksa-tanggung-saman-rm.html?m=1


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment