Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday 16 January 2015

DUIT RM100 UNTUK ANAK #PrkDr




DUIT RM100 mungkin tiada apa nilainya sangat; tapi kepada yang hidup susah, RM100 walaupun nilainya tidak sebesar mana, ia boleh menjadi ‘penyam­bung hidup’. Semalam, cucu saya sudah menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100. Mereka girang membawa pulang duit itu. Bagi mereka yang masih kecil ini, RM100 sudah cukup besar.
KALI ini sudah masuk tahun keempat, bantuan RM100 itu diberikan. Tujuan utama bantuan RM100 ini adalah untuk me­ringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan anak ke sekolah pada awal tahun. Tapi masih ramai yang memperlekehkan dengan mengatakan apa sangatlah yang dapat dibuat dengan duit RM100 itu? “RM100 hendak beli apa? Tak kasi pun tak apalah,’’ kata mereka. Tau-tau sebenarnya dialah orangnya yang dalam diam akan beratur paling depan sekali mengambil wang berkenaan.
BUKAN boleh percaya sangat cakap-cakap orang yang banyak ‘bunyi’ ini. Selalunya merekalah yang lebih. Hidup ini bukan sekadar untuk diri sendiri. Bukan semua orang hidup bernasib baik. Bantuan ini amat bermakna kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah, lebih-lebih lagi yang mempunyai ramai anak yang bersekolah.
SUSAH bukan hanya terhad kepada kemiskinan hidup, tetapi juga kepada yang punya banyak tanggungan lain dengan pendapatan yang sedikit. Banyak cerita sedih yang kita tidak tahu. sebab kita hidup penuh dengan bernasib baik. Ada yang gunakan duit itu untuk membeli beras, kerana sudah berhabis duit untuk membeli kelengkapan sekolah anak-anak sampai makan pun terpaksa dicatu.
KITA akan cakap pemberian RM100 itu sudah disalahguna. Tetapi itulah kehidupan; masing-ma­sing berbeza. Ada yang kita nampak senang, tidak semestinya hidupnya senang. Dan yang kita nampak susah itu, selalunya merekalah yang ringan membantu. Adalah lebih mulia, jika merasakan duit RM100 tersebut tidak memberi sebarang manfaat atau makna untuk anak-anak sendiri, lebih baik ia disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
TAK PAYAH BUAT DOSA ;
PAHALA PUN DAPAT!

Monday 12 January 2015

Rakyat Mahu RCI Ditubuhkan Untuk Siasat Punca Banjir Kuning Di Kelantan !!! #RakyatHakimNegara #PrkDr @AbdulHadiAwang



Banjir lumpur yang dialami oleh penduduk Gua Musang, Manik Urai, Kuala Krai, Tanah Merah dan beberapa bandar lagi di Kelantan pada akhir tahun 2014 amat terpahat di hati mereka. Kejadian banjir terburuk di Kelantan.

"Kami mahu kerajaan menubuhkan RCI, bagi menyiasat punca banjir di negeri ini". Desakan ini dihasratkan oleh kenalan Black di Gua Musang.

Black tidak menuduh tanpa bukti. Seharusnya SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA ditubuhkan bagi menyiasat dan membawa orang yang terlibat dalam kemusnahan hutan dan menjadi punca banjir kuning di bawa ke muka pengadilan.

Saturday 3 January 2015