Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday 5 April 2013

Orang Kuat PKR Lumut tidak jadi calon !!! @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Hairul_own @AnwarIbrahim

Kenalkah dengan jejaka yang hensem pada gambar di atas? Kalau tak kenal Black boleh perkenalkan.
Abdul Razak adalah orang kuat yang Black maksudkan atau lebih dikenali CIKGU RAZAK.. Black kenal sangat dengan Cikgu Razak ni. Beliau adalah bekas seorang guru yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Seri Manjung dan menamatkan kerjaya beliau di Sekolah Nan Hwa, Sitiawan. Beliau berhenti kerja adalah kerana ingin berjuang bersama PKR dan ingin menjadi wakil rakyat di sini.. Bercita-cita tinggi dan berjiwa besar.
Semalam, Anwar Ibrahim semalam mengumumkan bahawa wakil PR yang akan bertanding di Parlimen Lumut adalah Laksamana Pertama (B) Hj Imran Abd Hamid. Ini adalah diluar dugaan. Cikgu Razak adalah satu nama yang dicanang-canang sebelum ini akan bertanding di Parlimen Lumut.
Cikgu Razak adalah orang cukup bagus kalau hendak dibandingkan dengan Imran. Kalau Cikgu Razak yang bertanding kerusi Parlimen, sudah pasti saingan yang amat sengit akan diberikan. Cikgu Razak adalah orang yang bertanggungjawab dan disukai oleh ramai orang kerana memperjuangkan hak masyarakat setempat. Ianya benar-benar terbukti. Black selalu mengikuti perkembangan Cikgu Razak ini. Mesra Rakyat dan berhemah tinggi. Imran yang baru beberapa hari 'Tukar' baju dari PAS ke PKR telah menjadi calon PKR di Lumut. Sepatutnya Cikgu Razak. Imran memang tidak layak bertanding di Lumut ini. Yang benar-benar layak adalah Cikgu Razak. Sekiranya Cikgu Razak bertanding, silap-silap Dato' Kong pun boleh kalah. Sebabnya amat kuat, Cikgu Razak benar-benar disukai oleh masyarakat setempat. Black amat bersimpati dengan Cikgu Razak.

Black Panther


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment