Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Sunday 31 March 2013

Nik Aziz kehilangan Imran kerana Anwar !! @Azwanbro @Hairul _own

Nik Abdul Aziz akan kehilangan seorang Laksamana iaitu Laksamana Pertama (B) Hj Imran Abdul Hamid. Kehancuran PAS bertambah buruk bila Imran dikatakan memilih Anwar berbanding Nik Aziz. Hadi Awang apa barang. Tak ada kuasa dan bukan 'Anugerah Tuhan'. Anwar memang hebat. Sekuat-kuat iman, setebal-tebal serban Imran 'tumpas' juga di tangan Anwar. Nik Aziz meratapi pemergian Imran. Jauh di sudut hati, Nik Aziz begitu meratapi apa yang berlaku.
Imran dikatakan akan bertukar baju dan beralih ke PKR dan ingin bertanding di Parlimen Lumut. Nampak sangat kekuasaan yang Imran inginkan. Beliau sanggup meninggalkan Nik Aziz dan Hadi Awang demi Anwar. Apa yang Nik Aziz boleh bagi pada Imran. Hanya Anwar sahaja yang mampu memberi kebahagian kepada Imran.

@BlackPa28879018


My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Siapa Menipu, Siapa Benar ??? #LahadDatu

Siapa benar, siapa salah? Ini satu tandatanya yang sukar ditafsirkan. Prebet Hurairah dikatakan oleh Bekas Pengarah Pelajaran Perak Dato' Adnan di penggal kepala di Lahad Datu. Prebet Hurairah yang berasal dari Kelantan adalah salah seorang anggota tentera yang terkorban mempertahankan tanahair daripada penceroboh pengganas di Lahad Datu. Dato' Adnan membuat penerangan di ceramah PAS di Taman Mohd Wazir beberapa hari lalu. Dato' Adnan ni pernah ke medan pertempuran? Daripada mana beliau mendapat gambar tersebut? Atau hanya untuk menakutkan rakyat Malaysia ?
Semalam Black mendapat penerangan dari Leftenan Jeneral (B) Dato' Mohd Zaini. Menurut Dato' Zaini, arwah prebet Hurairah memang meninggal dunia di Lahad Datu, arwah mati ditembak bukan di pancung. Dato' Zaini adalah pegawai yang bertanggungjawab kes Al-Maunnah di Sauk, Perak. Sebagai pegawai yang pernah bertugas di medan pertempuran, beliau lebih mengetahui situasi. Beliau mempunyai kenalan dan pasti ada anak buah yang masih berkhidmat. Sudah tentu laporan yang beliau terima adalah benar.
Difikirkan dari segi logik akal, wajarkah seorang bekas Pengarah Pelajaran lebih mengetahui situasi di medan peperangan berbanding bekas Leftenan Jeneral.
Siapa benar, siapa salah? Anda semua boleh menilainya.
Alfatihah kepada arwah Prebet Hurairah.

@BlackPa28879018


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pemuda UMNO Punya Hal, Dewan Hampir Pecah ??? @zambryabdkadir @azwanbro @hairul_own

Ganas nya..sampai nak pecah dewan. Kg Padang Tembak dibuat oleh Pemuda UMNO Lumut. Mana tidaknya. Begitu ramai golongan muda datang untuk taklimat untuk mendapatkan lesen memandu yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia iaitu Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M). Seawal jam 8.00 pagi anak muda yang menerima khidmat SMS dari myEG Services ke dewan tersebut. Pelancaran program ini dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Lumut sendiri di DOR Kg Padang Tembak. Kira-kira 400 orang yang layak telah dipanggil ke kursus ini. Ini adalah peringkat pertama. Ianya membabitkan beberapa peringkat lagi. Memandangkan sambutan yang hangat dari golongan belia di kawasan Manjung ini. Kira-kira 1700 orang. Yang belum dipanggil, harap bersabar. "Inilah salah satu cara untuk membantu golongan muda dalam mendapatkan lesen yang sah". Ujar KP Sdr Mohd Shahril.

@BlackPa28879018


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Calon Pasir Panjang ??? @zambryabdkadir. @tunfaisal @azwanbro @hairul_own

Kenalkah anda semua bakal calon PAS Pasir Panjang ? Gambar di atas adalah gambar beliau. Rohawati Abidin. Mempunyai sebuah kedai komputer iaitu Pusat Komputer Fast di Samudra, Seri Manjung.
Sedikit latar belakang Rohawati. Berumur 43 tahun. Syarikat beliau adalah salah satu syarikat yang menjadi pusat servis komputer 1 Malaysia yang dianugerahkan oleh SKM dibawah kementerian Penerangan Malaysia. Beliau telah mengaut keuntungan yang diberikan oleh kerajaan. Namun, beliau tetap menyatakan kerajaan KRONI.
TERBUKTI bahawa tiada kroni di pemberian projek/ tender atau apa sahaja dari Kerajaan BN sediaada. Sekiranya BN benar-benar kroni, lebih baik kerajaan bagi kepada syarikat kepunyaan melayu dan orang UMNO di Manjung ini. Orang UMNO pun ada kedai komputer di Manjung ini.

Kerajaan memberikan kontrak kepada semua, tidak kira fahaman politik.

@BlackPa28879018


My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

PKR guna Mahasiswa UIA untuk kempen Politik !!!! @zambryabdkadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own

Malam tadi, PKR buat bantuan dan ceramah yang dihadiri cuma dalam 20 orang. Dari Sumber dalaman menyatakan bahawa beberapa PELAJAR UIA juga terlibat. Penglibatan mereka adalah untuk menggulingkan Kerajaan sediaada. Mereka juga menghasut masyarakat setempat untuk menyokong mereka. Sahabat Black yang juga merupakan AJK Majlis Belia Daerah bertindak masuk ke dalam majlis tersebut. Malam tadi juga ABIM declare menyokong sepenuhnya kepada PKR yang diketuai oleh Guru Besar yang juga merangkap Imam Masjid Ar-Rahmaniah Kg Sungai Wangi. Pagi ini beberapa banner digantung di rumah beliau. "Tanah Rezab Melayu, 1957 -3 juta hektar, 1995 - 1.7 juta. Hilang 1.3 juta hilang (40%) KERJA SIAPA" , "KAMSEN 500 juta" dan "BANK BUMIPUTERA MALAYSIA BERHAD Telah Lenyap Angkara Siapa ???. Ini adalah kata- kata yang tulis di banner tersebut.
Black mengharapkan pihak UIA mengambil tindakan terhadap pelajar yang terlibat dengan politik.

@BlackPa28879018


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 30 March 2013

Terbukti PKR & PAS kroni !!!! @zambryabdkadir @azwanbro @hairul_own

Terbukti PKR dan PAS hanya bagi sumbangan kepada kroni. PKR mengadakan sumbangan di markas PAS Sg Wangi. Ianya hanya kepada golongan yang menyokong Pakatan Pembangkang. Kalau betul nak jaga rakyat, sepatutnya bagi pada semua. Jangan pilih bulu. Sepatutnya buat la macam MB Perak sekarang YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry. Bantu semua orang yang memerlukan tanpa memilih parti. Ini tidak. Hanya kroni sahaja. Membuktikan bahawa juak PKR & PAS kroni.
Black tidak dibenarkan masuk kerana ianya dilakukan di dalam dewan di markas PAS. Mungkin juak PAS ni takut kot.. Yang pasti hanya untuk kroni..

@BlackPa28879018


My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

IPD Manjung diserang lagi!!! Tian Chua bakal disula !!!!! #Lahaddatu @zambryabdkadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own

Sekumpulan anak muda yang sayangkan keamanan membuat laporan polis terhadap kebiadapan Tian Chua yang menyatakan kejadian Pencerobohan Di Lahad Datu adalah KONSPIRASI UMNO. Menurut jurucakap kumpulan anak muda tersebut yang ingin di kenali sebagai ESHEY, "kami anak muda yang cintakan keamanan tidak mahu negara ini di cerobohi oleh pengganas dan tidak mahu ianya dijadikan isu politik oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab. Kami juga mahu Tian Chua dihadapkan di mahkamah dan terus di hukum penjara atas kenyataan beliau menghasut rakyat negara ini".
Tian Chua panas bontot dan bakal di 'sula'.

@BlackPa28879018


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 APRIL bubar Parlimen ????

Kemungkinan besar 3 April 2013 Parlimen Malaysia akan dibubarkan. Ini adalah kenyataan Black dan bukan kenyataan PM DS Najib Razak. Apapun, semua rakyat Malaysia bersiap sedia untuk mengundi calon yang disokong. Yang pasti tarikh ini adalah tarikh petanda PR akan hancur dan musnah. Bulan PAS akan jatuh ke lantai. Mata PKR akan buta dan roket DAP meletop sebelum sempat naik.

Undi BN, Anda Selamat.

@BlackPa28879018


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DAP Confirm menang di Gelang Patah???

Penasihat DAP Lim Kit Siang yang sudah sah akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor pada PRU 13 nanti pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemimpin politik yang kerap berpindah-randah dari satu negeri ke negeri yang lain.

Sejak berkecimpung dalam dunia politik, pemimpin veteran DAP yang cukup dekat dengan gaya kepimpinan diktatorship dan kuat amalan nepotismenya itu sudah bertanding di empat negeri iaitu Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Johor yang kini menjadi tumpuannya untuk PRU 13 merupakan negeri yang kelima, sekaligus mencatatkan satu lagi rekod peribadi yang menjadi kebanggaannya. Ianya tentu sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pemimpin BN.

Di kalangan pemimpin BN jarang sangat yang mempunyai tabii pindah-randah sedemikian kerana masing-masing tahu nawaitu utama mereka bertanding dalam pilihan raya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat setempat.

Tika ini PR sudah mempunyai watak Mr Mansuh yang dipelopori oleh Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dek kerana hobinya yang gemar menabur janji yang kemudian sering dimungkiri dan dicapati.

Justeru itu, memang elok sangat gelaran Mr Pindah pula dinobatkan kepada Kit Siang sesuai dengan kegemarannya berpindah-randah ke sana ke mari. Dengan wujudnya watak Mr Mansuh dan Mr Pindah, ia pasti menambah keunikan PR pada pandangan rakyat.

Mungkin bagi Kit Siang apabila dapat bertanding sana sini ia dianggap satu keseronokan baginya sedangkan sebagai pemimpin sepatutnya beliau perlu fokus untuk menunaikan harapan rakyat yang sebelumnya telah memilihnya sebagai wakil mereka.

Tiap kali bertanding pula tak pernah cukup sekadar mencuba nasib di kerusi Parlimen tapi diletakkan juga dirinya sebagai calon untuk bertanding di peringkat DUN. Dibuatnya gelanggang PRU ini semacam peluang untuk meningkatkan gaji dan elaun peribadinya pula.

Pemimpin muda dalam parti terus ternanti-nanti entah bila berpeluang maju ke hadapan, dah lah nak menggalas jawatan tinggi dalam parti terhalang dek anak menantu Kit Siang, nak bertanding mewakili parti dalam pilihan raya pun sayup-sayup saja kelihatan peluangnya.

Dunia politik PR yang sememangnya penuh warna-warni dan unik, tapi keunikan sebegini dengan wujudnya politikus berwatak Mr Pindah bernama Lim Kit Siang dan Mr Mansuh yang sinonim dengan Anwar Ibrahim, ia sebenarnya tidak memberi manfaat kepada khalayak.

Politikus seperti Mr Pindah dan Mr Mansuh hanya sekadar menambah kemeriahan politik, sedangkan realitinya rakyat lebih memerlukan lebih ramai pemimpin politik yang komited dalam menabur jasa dan bakti untuk kepentingan masyarakat dan negeri.

Helah Untuk Mencetus Huru-hara !!! Bangsat Betul!!!

Pembangkang Malaysia terkenal dengan bermacam-macam jenis ‘pakar’.  Dari ‘pakar’ agama, ‘pakar’ ekonomi sehinggalah ke ‘pakar’ peperangan.  Malangnya, ‘pakar-pakar’ mereka seringkali berbuat kenyataan yang kelakar. 

Misalnya, ketika mengulas Himpunan Kebangkitan Rakyat yang lalu, PR telah mengemukakan kenyataan dari ‘pakar matematik’ yang menganggarkan peserta seramai 700,000 orang di dalam stadium berkapasiti 30,000 orang termasuk kawasan sekitar yang merangkumi jalanraya sejauh lebih kurang 1.5km.  Kenyataan ‘pakar’ tersebut telah menjadi bahan lawak jenaka kerana tidak masuk akal, tambahan pula apabila gambar-gambar yang disiarkan pihak PR dibuktikan sebagai telah diedit. 

Kini, sekali lagi PR menampilkan ‘pakar’ iaitu pakar perlembagaan, Prof. Aziz Bari yang menyatakan tentang isu kerajaan sementara.  Beliau mengulas mengenai isu terbubarnya DUN Negeri Sembilan semalam, sebagai menyebabkan negeri itu kini diperintah oleh kerajaan haram.

Kita tidak faham kenapa isu pembubaran DUN secara automatik dan juga kerajaan sementara perlu dijadikan modal politik oleh PR.  Entah apa agaknya yang diharapkan oleh PR dengan membangkitkan soal haram atau tidaknya kerajaan negeri apabila DUN telah terbubar. 

Kalaupun DUN terbubar dan kerajaan sementara dianggap haram ia tetap tidak memberi mereka hak untuk mengangkat diri sendiri sebagai kerajaan negeri.  

Sebenarnya, tidak ada istilah ‘kerajaan haram’ setelah DUN terbubar.  Kerajaan hanya menjadi haram apabila dilantik secara tidak sah, antaranya dengan cara menggulingkan kerajaan sedia ada melalui jalan belakang, tanpa melalui proses undang-undang dan melantik diri sendiri sebagai ketua negara.  Cara inilah yang cuba dilakukan oleh pihak PR berkali-kali melalui demonstrasi jalanan dengan percubaan membangkitkan semangat ‘Arab Spring’. 

Mengikut lunas yang diiktiraf dan diterimapakai di peringkat antarabangsa, ‘kerajaan sementara’ atau ‘caretake government’ adalah amalan atau konvensyen di negara-negara yang mengamalkan Common Law.   Ia diamalkan di Britain sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen  yang menjadi rujukan bagi Negara-Negara Komanwel. 

Justeru,  istilah kerajaan sementara sememangnya wujud iaitu di dalam tempoh antara pembubaran sehingga terbentuk kabinet baru, maka urusan pentadbiran waktu itu adalah di bawah tanggungjawab kerajaan sementara.  

Kerajaan sementara bukannya dilantik sesuka hati tetapi telah melalui proses perlantikan mengikut perlembagaan juga, iaitu melalui pilihanraya yang lepas.  Tanpa kerajaan sementara, bagaimana negeri atau negara boleh berfungsi dan berada di dalam keadaan terkawal di antara tempoh tersebut?  

Apakah kerana terlalu sangat menginginkan suasana huru-hara maka PR mengharapkan agar di dalam tempoh ini, kerajaan dianggap ‘tidak ada’ agar mereka boleh berbuat apa saja kerana tiada siapa yang berkuasa untuk menghalang mereka?  Apakah Prof. Aziz Bari berharap selepas terbubar maka,  tentera dan polis semua ‘meletakkan senjata’, ‘rehatkan diri’ atau ‘keluar baris’ agar beruk-beruk tukang demo pembangkang boleh bermaharajalela kerana tiada kerajaan yang berkuasa? 

Tentulah tidak masuk akal untuk membiarkan negara berada dalam keadaan tanpa pemerintah walaupun untuk seketika cuma.  Kerana itulah kewujudan kerajaan sementara adalah penting. 

Namun, selain dari memikul tanggungjawab memastikan negara atau negeri terkawal termasuk memastikan apa yang telah diluluskan sebelum ini diteruskan, termasuk urusan pentadbiran rutin seperti gaji penjawat awam, kerajaan sementara tidak boleh sama sekali membuat perubahan seperti mengumumkan dasar-dasar baru atau meluluskan perbelanjaan bagi projek baru mahupun membatalkan apa-apa keputusan yang telah dibuat sebelum itu. 

Dalam tempoh ini juga biasanya tiada dibuat pelantikan baru bagi mana-mana segmen kerajaan, misalnya terhadap para hakim, ketua-ketua jabatan dan institusi lain.

Apa yang lebih penting untuk diberi perhatian ialah kuasa substantif Parlimen adalah terhenti setelah terbubar, maka semua pihak wajar berwaspada bagi mengelak dari menyalahi Akta Pilihanraya 1954 dan peruntukan Akta 1954 dari segi membantu atau mempengaruhi calon-calon yang bakal bertanding dalam Pilihanraya nanti.  

Secara ringkasnya, kerajaan sementara adalah sesuatu yang perlu, dan tindakan PR menganggap kerajaan sementara adalah kerajaan haram hanyalah tindakan orang yang kehabisan modal politik kalaupun tidak tindakan orang yang teringin sangat untuk membuat huru-hara.   

Jelaslah, tidak ada isu langsung mengenai Kerajaan Sementara sepertimana yang Prof. Aziz Bari ‘gusarkan’.  Mungkin beliau telah tertinggal kelas agaknya ketika bab ‘kerajaan sementara’ diajar dahulu. 

Undi 2000 Pun Tak Tahu Kira ??? Biar betul !!!

DAP  adalah parti yang tidak berkebolehan.  Noktah. 

Tajuk dan kenyataan di atas adalah lengkap dan padat.  Tetapi, dengan hanya menulis sedemikian, mungkin puak-puak DAP tidak akan dapat memahami maksudnya. 

Maksud yang perlu difahami di sini ialah, seseorang itu semestinya bersikap rasis tegar, tidak rasional dan tidak waras untuk menyokong sebuah parti yang tidak mampu mengira undi  yang tidak sampai 2000 pun, dalam pemilihan jawatankuasa pusat mereka yang lalu.  Dan sekiranya parti itu tidak mampu mengira walaupun sebanyak 2000, bagaimana kita boleh mengharapkan mereka mampu mengira sehingga berjuta atau berbilion ringgit?   Jika mereka tidak tahu mengira, bagaimana kita boleh memberi mandat untuk mereka menerajui negeri, apatah lagi negara?

Oleh kerana DAP tidak berkebolehan, maka kos untuk pembinaan terowong mega yang diumumkan pada jumlah RM4.08 billion pada tahun 2011, kini menunjukkan jumlah RM6.3 billion pula.  Nampaknya, segala cakap-cakap besar Lim Guan Eng tentang amalan tender terbuka yang mampu menurunkan kos dari jumlah asal RM8 billion, adalah tidak bermakna sama sekali. 

Mengimbas pemilihan CEC, DAP memberi alasan bahawa komputer telah mengsabotaj mereka sehingga beberapa ratus dari undi telah hilang.  Dan dalam mega projek ini, komputer dikatakan bermain silap mata pula dengan DAP sehingga menyebabkan pertambahan RM2.25 billion dari kos asal. 

Jika ini bukan masalah tidak cekap matematik, maka ia tentulah masalah tidak cekap komputer.  

Ini kerana DAP tidak seharusnya ‘tersalah taip’ kerana mereka sepatutnya tidak perlu pun menaip jumlah tersebut.  Jumlah itu akan dikira secara automatik oleh computer.  Jika mereka enggan menunjukkan keseluruhan jalan pengiraan di dalam ‘worksheet’ computer itu, maka ‘manusia’ hanya perlu memetik jumlah yang telah dikira secara automatik tersebut dan mengisikannya di dalam kertaskerja, kenyataan atau pembentangan yang perlu.  Itu saja.

Susah sangatkah untuk memetik dan menyalin semula jumlah tersebut? 

Jika benar ia merupakan masalah tersalah taip, maka mungkinkah nama-nama seperti ‘Annie and Party’, ‘Pinny’, ‘Davy’, ‘Jimmy’ dan ‘Terry’ yang muncul dalam kertaskerja mengenai projek tersebut yang telah didedahkan sebelum ini juga sebenarnya tersalah-taip? 

Selama ini DAP sering menuduh UMNO sebagai ketinggalan, Melayu lembab, bodoh dan malas tetapi akhirnya terbukti DAP lebih teruk lagi, malah bengap.  Namun, sekurang-kurangnya kita tidak perlu mendengar alasan yang memualkan dari mereka iaitu segala kesilapan adalah berpunca dari UMNO. 

Untuk rekod, Melayu UMNO yang dikatakan lembab, bodoh, malas dan rasis oleh DAP inilah yang menerajui negara tanpa melakukan kesilapan bodoh sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng itu.  Mungkin Guan Eng tidak menyedari bahawa UMNO yang sama juga yang membawa Malaysia ke tahap hari ini di mana kaum Cina dan lain-lain, bebas merebut peluang sehingga menjadi taukeh besar. 

Guan Eng tidak pula merasa malu atas  kesilapan ini, tetapi sebaliknya memanggil mereka yang menunjukkan kesilapannya sebagai tidak professional.  Oleh itu, penulis tertanya-tanya apakah DAP juga mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa. 

Semakin jelas bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang yang bijak.  Beliau wajar mengambil kursus komputer, mengulang pelajaran matematik atau akaun, serta memantapkan penguasaan bahasa sebelum bertanding dalam pilihanraya kali ini. 

Guan Eng seharusnya tahu bahawa kesilapan membentangkan kos untuk sebuah projek mega yang mampu memberi kesan kepada pembayar cukai adalah tidak boleh diterima sama sekali.  Perlu diingatkan bahawa Guan Eng bukannya mengurus sebuah kedai runcit kecil, tetapi sebuah negeri.  Beliau bukan bercakap tentang belanjawan rumahtangga – duit poket anaknya atau wang dapur isterinya.  Tetapi beliau bercakap tentang terowong mega yang kontroversi yang bernilai berbilion ringgit, kalaupun bukan berkenaan undi untuk memilih jawatankuasa yang akan membantunya menguruskan negeri. 

Ini hanyalah beberapa kesilapan yang dapat kita dedahkan.  Apakah agaknya yang akan kita jumpa jika meneliti secara terperinci angka-angka dalam pentadbiran Pulau Pinang.  Dan apalah agaknya yang ‘tersalah taip’ atau ‘masalah komputer’ yang kita akan temui jika melakukan yang sama terhadap keseluruhan pentadbiran DAP.

Friday 29 March 2013

PEMBANGKANG GUNA TAKTIK HERET SPR KE MAHKAMAH ?????

Menjelang Pilihan Raya Umum ke 13, pembangkang menggunakan taktik untuk menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya, institusi yang mengurus serta mengendalikan proses pilihan raya di negara ini sejak era Merdeka.

Pembangkang menyerang SPR habis-habisan kerana mereka tahu jika institusi ini tidak ditewaskan maka harapan untuk ke Putrajaya tidak akan tercapai sama sekali.

Sejak PRU 2008, pembangkang menimbulkan banyak isu yang mempertikaikan kewibawaan SPR serta menuduh badan itu sebagai alat perkakas UMNO untuk terus memegang tampuk berkuasa di negara ini.

Hujah mereka adakah lemah dan penuh dengan kontradiksi.

Di satu pihak pembangkang mengkritik dan melempar pelbagai tuduhan tidak berasas kepada SPR tetapi pada masa yang sama apabila keputusan mana-mana pilihan raya memihak serta dan memberi kemenangan kepada calon pembangkang, tidak pula kedengaran sepatah bangkangan pun dari pemimpin mereka.

Tidak pula pembangkang membantah keputusan PRU 2008 yang memberi mereka kemenangan di empat buah buah negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak serta mengekalkan kuasa di Kelantan.

Malah Pas sudah memerintah Kelantan sejak pilihan raya 1990 tetapi tidak pula pembangkang mempertikaikan keputusan yang memenangkan parti itu.

Sejak Mach 2008, SPR mengendalikan sebanyak 16 pilihan raya kecil di seluruh negera samada disebabkan kematian atau perletakan jawatan wakil rakyat di kawasan terbabit.

Separuh daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan semula dimenangi oleh parti-parti daripada Pakatan Rakyat manakala bakina oleh BN.

Jika benar SPR sebuah badan yang menjadi 'cawangan' atau 'parti komponen' kepada BN sudah tentu kesemua 16 kerusi tersebut wajib dimenangi oleh BN sahaja tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Ini menunjukkan SPR berlaku adil dan melaksanakan pilihan raya secara telus dan professional sebagai mana yang diamanahkan semasa ia ditubuhkan.

Apa yang pembangkang mahu ialah supaya SPR mengikut selera politik PKR, Pas dan Dap dengan memihak dan memenangkan calon-calon mereka dalam pilihan raya.

Inilah sifat hipokrit yang dipamerkan oleh pemimpin PKR, Pas mahupun Dap selama ini.

Bagi mereka SPR perlu tunduk kepada segala tuntutan mereka sehingga seolah-olah badan itu dilihat perlu menurut semua perintah pembangkang.

Apabila SPR memberi alasan munasabah dan logik mengapa beberapa tuntutan pembangkang tidak boleh dipenuhi dari segi perundangan dan perlembagaan negara, mereka akan mengadakan demonstrasi seperti tiga siri himpinan Bersih sebelum ini.

Tujuan utamanya ialah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang sah dipilih rakyat dengan menggunakan agenda menuntut keadilan dalam proses pilihan raya.

Pembangkang hanya menggunakan alasan menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil untuk melindungi motif sebenar mereka iaitu untuk mencetuskan rusuhan jalanan dan keadaan huru hara di negara ini.

Apabila negara terjerumus dalam demonstrasi yang bertukar menjadi rusuhan dan keganasan maka mudahlah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggunakan keadaan itu untuk meminta campur tangan asing.

Ini terbukti apabila Anwar dan Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan bersungguh-sungguh berkempen di Australia untuk meminta negara itu masuk campur sebagai pemantau PRU13 tetapi permintaan mereka di tolak mentah-mentah.

Kini pembangkang menggunakan strategi mengheret SPR ke mahkamah untuk memaksa badan itu menyemak semula serta membersihkan senarai daftar pemilih di kawasan di mana mereka akan bertanding.

Kalau sebelum ini Ahli Parlimen Klang dari Dap, Charles Santiago gagal usahanya untuk mendapatkan keputusan mahkamah menyemak semula daftar pemilih yang diwartakan di kawasannya, terkini Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah pula mengambil tindakan yang sama.

Apa yang ingin mereka lakukan ialah mempertikaikan senarai pengundi berdaftar yang sudah pun diwartakan di semua kawasan parlimen di seluruh negara.

SPR telah memberi cukup masa dan peluang kepada semua parti politik malah mempamerkan senarai pengundi yang berdaftar di setiap kawasan bagi membuat sebarang bantahan sekiranya ada.

Namun dalam tempoh yang diberikan SPR, pembangkang tidak pun ambil kisah untuk menyemak serta membuat perbandingan dengan senarai yang mereka miliki.

Hanya setelah tempoh bantahan tamat dan pilihan raya semakin hampir, barulah pembangkang menimbulkan pelbagai isu berkenaan daftar pengundi semata-mata untuk menyerang SPR dan menuduh badan itu tidak adil dan menyeleweng.

PKR, Pas dan Dap mahu layanan istimewa daripada SPR bukan atas dasar keadilan atau ketelusan tetapi untuk menekan badan itu supaya menjadi hamba kepada pembangkang.

WOW !!!! Terkaman Seperti Harimau Lapar !!!!



Bisu dan terus membisu itulah Anwar Bin Ibrahim ketua Umum Pakatan Pembangkang berhubung video yang didedahkan oleh Papa Gomo.

Sepanjang pendedahan oleh Papa Gomo mengenai video terbaru Anwar Ibrahim ini Gomo memerhatikan gelagat para penyokong Anwar Ibrahim yang beriya iya mempertahankan Anwar Ibrahim ketua mereka dengan bermacam macam alasan dan jawapan paling sadis pada Gomos etakat hari ini adalah jawapan dari mulut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli yang menyatakan Anwar Ibrahim seorang yang peramah.

Gomo boleh terima jawapan dari Rafizi yang Anwar Ibrahim ini seorang yang peramah namun Gomo musykil bagaimana seorang yang berjawatan tinggi dalam parti iaitu Ketua Umum Pakatan Pembangkang dengan gelaran Dato Sri begitu peramah dengan seorang lelaki berpewatakan lembut duduk berdua duaan didalam sebuah bilik hotel dengan membahasakan diri sebagai "I" dan memanggil remaja tersebut sebagai "U".

Sehingga ke hari ini juga Anwar Ibrahim terus berdiam diri dalam isu ini walaupun asakkan dari rakyat Malaysia mahukan jawapan dari beliau untuk menjelaskan siapa remaja lelaki yang bersama beliau didalam bilik hotel. Malah rakyat juga ingin tahu atas kapasiti apa remaja lelaki tersebut berjumpa Dato Sri Anwar Ibrahim secara berdua didalam bilik hotel?

Apakah remaja lelaki tersebut yang merupakan seorang Mahasiswa berdua duaan dengan Anwar Ibrahim kerana mahu meminta bantuan Biasiswa? Ataupun Mahasiswa tersebut berjumpa Anwar Ibrahim untuk berbincang tentang PTPTN? Segala persoalan ini tidak dijawap oleh Dato Sri Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini.

Sepertimana yang Gomo maklumkan sebelum ini Remaja lelaki berumur 19 tahun itu sudahpun Gomo temui pada bulan Febuari yang lalu dan mahasiswa tersebut mengakui LIWAT antara beliau dan Dato Sri Anwar Ibrahim adalah faktor suka sama suka yang mana pada tarikh tersebut mahasiswa itu diliwat pertama kali dalam sejarah hidup beliau.

Segala kronologi mengenai kejadian Anwar Ibrahim meliwat mahasiswa ini telah pun Gomo jelaskan sedikit sebanyak melalui artikel artikel terdahulu:


SUMBER


RM 100 Juta - Demi Agama Bangsa Dan Negara Perilaku Anwar Ibrahim Didedahkan

 

 

Nurul Nuha 'Mangsa' Kerakusan Anwar !!!!!





Nurul Nuha adalah satu nama yang kurang dikenali sebelum ini. Namun namanya kini sebaris dengan kakaknya Nurul Izzah. Beliau adalah 'mangsa' terbaru kerakusan Anwar untuk mengekalkan kroni dalam karier politiknya. Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13 nanti. 

Kenapa Nurul Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih?  Kenapa tidak letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh terbang merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan sendiri.  Namun, khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang paling selamat baginya.  

Jawapan kenapa Nuha dan bukan Izzah adalah kerana hanya Nuha sahaja yang masih ‘suci’, yang mampu memulihkan imej bapa, ibu dan kakaknya yang sudah sebati dengan imej pengkhianat, pelakon dan peliwat.  

@BlackPa28879018

753 Perwakilan Dinafikan Hak Mengundi ???


DAP merupakan singkatan kepada Democratic Action Party atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Parti Tindakan Demokratik. Seimbas lalu mungkin ada yang beranggapan inilah sebenar-benarnya parti politik yang memenuhi ciri-ciri demokrasi yang wajar disokong.

Secara teorinya kelihatan begitulah, sementelah lagi pemimpin-pemimpin DAP juga sering mendabik dada sebagai juara demokrasi serta cukup lantang bila membicarakan perihal kebebasan bersuara, ketelusan dan hak asasi manusia.

Tapi seperti mana biasa, bercakap mengenai teori sememangnya mudah dan kelihatan indah-indah belaka namun bila masuk bab praktikal selalunya hancur tak terdaya diterjemahkan dan langsung tak mampu direalisasikan. Itu hakikat yang sering terjadi.

Lihat saja kemelut yang berlaku dalam DAP selepas selesai pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang dilangsungkan Disember 2012 lalu, sampai sekarang tak selesai-selesai juga ibarat rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.

Ramai ahli dan pemimpin DAP yang terus mempersoalkan ketelusan dalam pemilihan itu berikutan perubahan mendadak keputusan pemilihan yang kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, malah turut mempertikaikan kenapa seramai 753 perwakilan dinafikan hak mengundi.

Mustahil hanya 1823 orang perwakilan sahaja yang layak memilih pemimpin pilihan mereka sedangkan jumlah keseluruhan perwakilan ialah 2,576 orang.

Malah beberapa hari sebelum pemilihan CEC, Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Teresa Kok dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri telah mengesahkan seramai 2,576 perwakilan dari 730 bahagian akan mengundi bagi memilih ahli CEC yang baru.

Jika dikatakan 753 orang perwakilan yang kebanyakannya keturunan India dan beberapa orang lagi perwakilan berbangsa Melayu dan Cina itu tidak layak mengundi, amatlah tidak logik memandangkan nama masing-masing telah disahkan sebagai perwakilan.

Nak dikatakan semua 753 orang perwakilan yang dinafikan hak ini sengaja tidak hadir atas sebab kesihatan atau malas, tentunya mustahil. Kalau sekadar 100 atau 200 orang saja yang ponteng, logiklah juga.

Jelas sekali pasti ada sesuatu yang tak kena dan semestinya wujud penyelewengan di peringkat kepimpinan DAP yang dikuasai dinasti Lim Kit Siang dan anak beranak Karpal Singh itu.

Bila bercakap soal kebebasan, ketelusan dan hak asasi bukan main lagi DAP ke depan nak jadi juara, alih-alih dalam parti sendiri rupanya ramai ahlinya dinafikan hak untuk memilih pemimpin yang disukai. Nampak sangat DAP cumalah parti politik yang cakap banyak buatnya tidak.

Barangkali menyedari penyelewengan dan ketidaktelusan ini semakin disedari ahli-ahlinya, maka sebab itulah beberapa hari lepas Lim Kit Siang dan Karpal Singh sibuk membuat andaian kemungkinan DAP akan diharamkan konon kerana adanya komplot dari BN dan ROS.

Orang yang ketakutan dengan bayang-bayang sendiri, tambahan pula memang wujud keraguan munasabah yang menjadi perhatian umum, biasanya begitulah cepat melatah mencari alasan dan kambing hitam.

No action talk only, itu kesimpulan yang sesuai di cop atas dahi kepimpinan DAP. Dulu dan sekarang sama saja.


PENDEDAHAN! Kenali Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ini sangat terkenal dengan keupayaan untuk menukar "imej" dan "wajah" dalam banyak situasi. Apabila berhadapan dengan kumpulan Melayu, dia akan kata,"saya Melayu, Islam, takkan saya nak hancurkan Melayu."


Namun bila berjumpa dengan orang Cina dia kata lain pula,"Pakatan berjanji akan mengembalikan hak rakyat termasuk Cina, India, Melayu bila kita tawan Putrajaya." Hilang dah perjuangan Melayu Islam yang dia kata dekat orang Melayu.


Suatu ketika dahulu semasa mengetuai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dia begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, tapi sokong Lina Joy murtad. Paling yang tidak dapat dilupakan adalah ketika ditemubual akhbar Wall Street Journal mengenai mengiktiraf kedaulatan Israel sekiranya PR memerintah Malaysia.


Anwar dengan jelas mengatakan: "Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.” (Dipetik WSJ)


("Sesetengah orang enggan mengiktiraf Israel,"katanya, "tetapi saya rasa polisi kita perlu jelas - melindungi keselamatan (Israel) tapi kamu mesti tegas dalam melindungi kepentingan rakyat Palestin.")


Namun bila ditanya Anwar kata dia tidak kata mempertahankan Israel, dasar talam dua muka. Pernah dulu dipaparkan muka Anwar kena tumbuk semasa di Penjara Sungai Buloh dengan lebam-lebam satu muka, dia kata kena suntikan HIV dan sebagainya, tapi sekarang sihat walafiat, siap boleh bejoget atas pentas ceramah.


Semakin hampir dengan PRU13, semakin galak Anwar bersandiwara dan bermuka-muka dengan orang ramai, semata-mata demi undi dan Putrajaya.



Ramai orang bertanya siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya? Apakah dia seorang pejuang Islam atau sememangnya seorang yang munafik? Atau apakah dia sememangnya seorang patriot yang cinta hanya pada negara yang sanggup mati memperjuangkan hak bangsanya?


Atau apakah dia sebenarnya seorang pengkhianat yang sanggup memperjudikan masa depan negara dan bangsa serta agama sehingga sanggup menjadi tali barut kuasa asing, semata-mata untuk merebut tempat di Putrajaya?


Pada hakikatnya, makhluk bernama Anwar ini sebenarnya memakai banyak topeng yang beraneka warna untuk disesuaikan dengan golongan masyarakat yang ingin mengenalinya dari dekat. Disebabkan terlalu banyak topeng yang digunakan maka akhirnya dengan kuasa Allah SWT, kini dia sendiri secara sedar atau tidak telah melondehkan semua tembelang yang dilakukannya itu.

Pulau Pinang Semakin Menjunam Di Bawah Lim Guan Eng & DAP #savepenang


Setelah lima tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di Pulau Pinang bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, serta keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009. 
Ramai percaya LGE berjaya kurangkan hutang negeri tetapi ramai tidak tahu itu sebenarnya dibuat dengan bantuan Kerajaan Persekutuan. Pulau Pinang alami defisit selama 4 tahun berturut-turut di bawah DAP & Lim Guan Eng. Adakah itu yang dibanggakan oleh Guan Eng? Projek terowong mega RM6.3 bilion Lim Guan Eng terima kritikan hebat dari CAP. 



kalau tak percaya lagi tengok  SINI , SINI
 

Orang Luar Yakin Najib Yakin Peroleh Majoriti 2/3

Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini.  Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi. 



Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.



Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.  Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut. 



Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.



Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina? 



Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas. 



Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia.  Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri. 



Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?



Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri.  Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa. 



Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik.  Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.  

Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman.  Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?



Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.  



Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya. 



Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti.  Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini.  Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi. 



Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja.  Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020.  Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti. 

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan.  Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak. 

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.

Kebebasan Media ala Pakatan Pembangkang

 


Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara.

 Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga.

Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media.

Malah antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.

Sedangkan  menurut J.C Merrill melalui bukunya ‘Kewartawanan Sejagat, 1977’ mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut.

Namun begitu, Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144. Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).

Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting. Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media. Itu sahaja.

Sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media?

Harakah sebagai contoh, tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider. Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham definisi ini?

Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media.

Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media.

Lebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media, di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media.

Ironinya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media. Contoh yang paling mudah, cuba kita lakukan sedikit analisa, berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari makhluk bernama Anwar Ibrahim?

Betul, mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan?

Dan siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang liputan? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas meletakkan nota, bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan mereka.

Bukankah itu satu bentuk menghalang kebebasan media? Nampak gayanya puak-puak pimpinan makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin! Kalau beginilah caranya, alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.

@BlackPa28879018

GEMPAR! PAKATAN PEMBANGKANG BERJAYA SIAPKAN VIDEO PORNO PELAKON MIRIP ANWAR!!

Anda tentu tergelak besar dengan laporan di bawah. Pakatan pembangkang sudah melonjak ke satu tahap lagi yang tidak mungkin mampu di tiru oleh UMNO dan BN.


Gambar hiasan
Tetapi, lonjakan paradigma Pakatan pembangkang bukan untuk mensejahterakan dan memakmurkan rakyat tetapi parti tersebut melonjak ke depan dengan menghasikan video porno!

Kita tergelak besar kerana rupa-rupanya, segala kenyataan Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang menafikan kaitan di antara video China Doll dan Anwar, tidak mendatangkan kesan kepada persepsi rakyat.

Lantas, mereka mengambil 'inisiatif yang sangat mulia dan terpuji' apabila mengusahakan pembikinan video terlarang ala-ala China Doll!

Dan jangan pula ada di antara pembaca blog MiM yang menuduh MiM merekacipta fitnah dan sebagainya kerana laporan di bawah disiarkan di dalam Free MalaysiaKini!

Anda baca laporan tersebut di bawah :
DALAM usaha untuk membuktikan bahawa beberapa video seks lucah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu fitnah dan boleh dibuat dengan teknik-teknik tertentu, Pakatan Rakyat telah berjaya meniru semula pembikinan video lucah tersebut dan akan dijadikan sebagai antara bahan kempen utama dalam pilihanraya akan datang.     
Printscreen FreeMalaysiaKini. What happen? Hack?
Dalam erti kata lain, video itu sudah siap dan hanya menunggu masa untuk digunakan.
Selain adegan-adegan seks, video tersebut juga memberi penerangan secara terperinci bagaimana imej seseorang itu boleh ditiru untuk digunakan di dalam pembikinan video seumpama ini. 
Jangan bimbang, video ini dirakamkan di Thailand dan tidak melibat seorang pun orang Islam selain adegan seks itu akan dikaburkan dengan teknik tertentu.
Video ini, selain menggunakan khidmat solekan khas dari Hollywood, turut menggunakan pelakon yang mempunyai susuk tubuh yang hampir sama dengan Anwar yang di datangkan khas dari Indonesia.

sumber

Mengapa Sidek Baba Tinggalkan Anwar ????


Selain itu, Dr Sidek juga menjelaskan keraguannya terhadap hubungan rapat Anwar dengan para pelobi berbangsa Yahudi yang dianggap sangat berbahaya kepada keselamatan negara selain menjejaskan kredibiliti Anwar yang sebelum ini dilihat sebagai Islamik.




Kesemua sebab yang diutarakan oleh Dr Sidek di atas adalah asas penting yang mendorongnya meninggalkan Anwar meskipun lebih 30 tahun lalu mereka berdua akrab bersahabat.

Dr Sidek bukanlah satu-satunya sahabat seperjuangan Anwar dari ABIM yang telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum PKR itu, ramai lagi yang lain antaranya bekas Presiden ABIM, Dr Yusri Muhammad serta bekas pengasas NGO itu, Tuan Haji Ustaz Ismail Mina.

Sebelum mengambil tindakan yang tentunya sukar itu, Dr Sidek terlebih dahulu melakukan siasatan sendiri dengan menemu bual seramai 28 orang individu yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar diikuti dengan solat istikharah bagi memohon petunjuk Allah S.W.T.

Selepas itu barulah beliau membuat keputusan muktamad menjarakkan diri dari Anwar dan parti-parti pembangkang


Sebut sahaja nama Profesor Datuk Dr. Sidek Baba tentu ramai yang mengenalinya sebagai salah seorang sahabat yang mempunyai hubungan akrab dan cukup rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Sebagai bekas Naib Presiden ABIM dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Sidek juga dikenali umum kerana peranannya dalam mengembangkan pengaruh Anwar di kalangan pelajar UIAM ketika zaman kegemilangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Dr Sidek yang kini adalah pensyarah Kanan di UIAM juga pernah di tahan di bawah ISA ketika kemuncak isu liwat melibatkan Anwar pada 1998, justeru itu ramai yang percaya hubungan mereka berdua akan berkekalan dan mustahil akan terungkai sama sekali.

Namun persahabatan kedua-duanya tidak berkekalan apabila semenjak tiga tahun lalu Dr. Sidek telah bertindak meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun mereka bersahabat. Ramai yang sukar mempercayainya malah tidak mengetahui kenapa dan mengapa Dr Sidek mengambil tindakan demikian.

Bagaimana pun ketika menyertai program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara MARA pada 26 Mac 2013, Dr Sidek telah mengambil peluang tersebut menjelaskan tiga sebab kenapa beliau meninggalkan Anwar sekaligus keluar dari landasan perjuangan bekas sahabat baiknya itu.

Tiga sebab yang dimaksudkannya itu ialah mengenai persoalan moral, sokongan kepada agenda pluralisme agama dan masalah kredibiliti, yang mana ketiga-tiganya cukup rapat dengan Anwar yang akhirnya mendorong Dr Sidek untuk mengambil keputusan muktamad menjauhkan diri.

Menurut Dr Sidek, terlalu banyak persoalan moral yang melingkari hidup Anwar dan agak sukar untuk diterimanya, apatah lagi bila diimbas semula pesanan Anwar ketika bersama ABIM dulu yang sering menegaskan seseorang pemimpin bukan sahaja mesti bersih tetapi juga kelihatan bersih.

Dalam majlis yang dihadiri sekitar 1,000 orang kakitangan MARA itu juga, Dr Sidek meluahkan kekecewaannya terhadap Anwar kerana perubahan drastik bekas mentornya itu yang kini menjadi pendukung pemikiran liberal serta cukup dekat dengan golongan pluralisme agama.

Ucapan Anwar di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menurut Dr Sidek adalah bukti nyata yang tidak dapat disangkal lagi mengenai penglibatan Anwar dengan pendukung liberal dan pluralisme agama.

Wikipedia Dedah Skandal Pemimpin Pakatan Rakyat... Patut Ke???

Skandal peribadi sememangnya sukar dipisahkan dengan pemimpin politik di negara ini dan yang pastinya ia bagaikan cukup sinonim dengan Pakatan Rakyat (PR), seakan akrab bagaikan aur dan tebing.

Mengikut sebuah artikel di Wikipedia bertajuk "Malaysian Politician Sex Scandals" terdapat sekurang-kurangnya 6 orang pemimpin PR pernah popular dengan skandal peribadi yang menjadi perhatian umum.

Antaranya ialah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Elizabeth Wong, Nurul Izzah dan Badrul Amin yang mana kelima-lima mereka merupakan pemimpin kanan PKR. Manakala seorang lagi merupakan pemimpin PAS iaitu Mat Sabu.

Ada yang cukup dekat dengan aktiviti liwat dan berseksual, ada yang selesa beraksi dalam tandas, ada juga yang pernah bermesra dengan pegawai parti malah ada yang galak dan nakal dengan pensyarah. Pun ada juga seorang dua yang ditangkap khalwat dengan isteri rakan baik sendiri.

Pendek kata macam-macam ada, serba warna-warni kehidupan mereka. Patutlah ramai golongan LGBT dan pendukung liberalisme serta pluralisme agama lebih selesa bersama PR.

Walau pun begitu artikel di Wikipedia bukanlah satu-satunya sumber rujukan yang wajib diperakui, namun kompilasi pendedahan yang tercatat itu menarik untuk dianalisis kerana ada antaranya kes yang disebut turut disertakan rujukan sahih yang lain.

Lagi pun dalam artikel tersebut, semua skandal peribadi yang diperkatakan oleh Wikipedia sudah menjadi pengetahuan umum malah ada antaranya pernah dibicarakan di Mahkamah. Itu pun ada yang sepanjang proses perbicaraan dilakukan asyik meminta penangguhan kes dengan pelbagai alasan.

Satu perkara yang cukup menarik dalam semua skandal melibatkan pemimpin PR itu, pasangan masing-masing merupakan orang yang mereka kenali rapat sekian lama. Ada yang merupakan bekas pemandu peribadi, adik angkat, isteri rakan seperjuangan dan individu yang rapat dengan parti.

Uniknya bila diimbas kembali skandal yang mereka alami, masing-masing tidak mengaku salah dan lebih gemar mengambil pendekatan menyalahkan pihak lain. Di masa yang sama, pemimpin politik yang beragama Islam juga enggan melakukan sumpah laknat (mubahalah) bersaksikan pengadilan Allah S.W.T.

Sama ada sukar bagi mereka menyebut kalimah "Wallahi, Wabilahi, Wataallahi" atau pun memang masing-masing tiada keyakinan terhadap keadilan Allah S.W.T yang menjanjikan sesiapa yang bersumpah palsu akan menerima laknatnya, sukar ditentukan.

Terpulang pada diri pembaca untuk mentafsirkannya, tapi pepatah Melayu ada menyebut, "berani kerana benar, takut kerana salah" maka jika kita berada di pihak yang benar apa perlu untuk takut bersumpah laknat.

Lagi pun sejarah Islam pernah menceritakan kisah seorang ulama, Ibn Hajar Al Salam as Qalani yang melakukan sumpah laknat yang berakhir dengan kematian mengaibkan seorang sufi palsu dari golongan Mulhid.

Malah seorang ulama India iaitu al-Syeikh Abi al-Wafa Thana al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang juga berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.

Melihat pada kompilasi skandal pemimpin PR seperti yang didedahkan oleh artikel di Wikipedia itu, tentunya ada sesetengah kita tak menyangka sebegitu ramai pemimpin utama pembangkang yang terjebak dengan skandal peribadi.

Barangkali ia terjadi sedemikian dek kerana gabungan parti-parti pembangkang itu sendiri bergerak secara haram maka sebab itu perkara haram seperti skandal sebegini sering dekat dengan mereka. Tapi bagi segelintir orang, benda yang haram itulah yang sedap, betulkah?

@BlackPa28879018

Punya besar lori PAS, yang datang cuma ciput. Memang tak berbaloi

Lepas Treller PAS ditolak di Ipoh, mereka meneruskan perjalanan ke Parit dan seterusnya ke Bt 12 Lekir. Black akui lori treller juak Hampas ni memang hebat. Jenama volvo lagi. Pentas, hui.. Dasyat. Tapi masyarakat yang hadir ciput jer. Tak berbaloi dengan kehadiran treller PAS ni.
Masd Black buat berada di sana, Black sempat bersembang dengan seorang hamba Allah ni. Black kenal dia. " Ini yang dibeli oleh PAS? Ruginya aku derma. Kata derma jihad. Ini bukan jihad lagi. Ni dah jadi JAHAT". Marah betul sahabat Black ni.NEGARA KEBAJIKAN dilaungkan oleh PAS nampaknya sudah terpesong.
Yang menambahkan lagi kemarahan mereka ini, ialah yang naik lori beli dari hasil Ceramah yang dijalankan ialah Pak Jabit. Pak Jabit yang untung. Dan terbukti bahawa berada di dalam treller berkenaan. Siapa Pak Jabit dalam PAS? Bukan kah Pak Jabit orang PKR..

@BlackPa28879018


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 28 March 2013

PR Terdesak???? tak mungkin..

Tidak ada yang lebih memalukan bagi sebuah parti politik daripada terpaksa menggunakan pengaruh musuh untuk menjatuhkan musuh.  Tetapi, inilah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat iaitu menggunakan pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib.  

Jelas sekali yang PR cukup sedar bahawa parti mereka sudah kehilangan pengaruh secara drastik dan bahawa pemimpin mereka sendiri tidak punya ‘aura’ yang cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.

Taktik ini pastinya difikirkan setelah melihat bagaimana pendapat dan pandangan kritis Tun Mahathir terhadap pemerintahan Tun Abdullah sebelum ini, telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata untuk meyakini bahawa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan adalah berasas.   Akibatnya, Tun Abdullah telah terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Dato’ Seri Najib, yang mana amat ditakuti oleh pembangkang. 

Ketakutan pembangkang terhadap Dato’ Seri Najib amat ketara apabila mereka terlebih dahulu  mencipta berbagai-bagai fitnah terhadap beliau bagi memastikan bukan beliau yang menjadi pengganti Tun Abdullah. 

Malang bagi pembangkang, kesungguhan mereka menyerang Dato’ Seri Najib hanya menambahkan keyakinan rakyat bahawa beliaulah calon yang terbaik. 

Malah, rekod juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir sentiasa berdiri di belakang Dato’ Seri Najib selama krisis kepimpinan berlaku di dalam kerajaan ketika itu.   Beberapa kali beliau dirakam menyatakan bahawa pilihan pertama beliau adalah Dato’ Seri Najib, tetapi telah tersilap membuat keputusan untuk memberi peluang terlebih dahulu kepada Tun Abdullah kerana berpegang kepada budaya ‘seniority’, serta percaya bahawa Dato’ Seri Najib boleh menunggu kerana usia beliau masih muda. 

Namun, semua itu telah dilupakan oleh pembangkang dan sebaliknya memilih untuk ‘berpegang’ kepada kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini apabila ditanya sama ada Dato’ Seri Najib perlu meletak jawatan jika BN kalah atau corot dalam PRU-13?  Untuk makluman, perkara yang sama pernah ditanya oleh Malaysian Insider beberapa bulan lepas dan hari ini ia ‘disemarakkan’ semula oleh Malaysiakini serta disebarkan oleh laman-laman sosial PR.

Tun Mahathir seperti biasa menjawab soalan tersebut secara terus terang, bahawa begitulah sewajarnya, iaitu mana-mana kepimpinan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan jika tidak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan.   Ini adalah jawapan ‘standard’ tidak kira dalam konteks pemerintahan negara, mahupun organisasi dan termasuklah dalam bidang sukan di mana jurulatih yang gagal, wajar bersara atau ditukarkan sahaja. 

Memandangkan kita cukup kenal bahawa Tun Mahathir amat konsisten dengan kenyataan atau pendiriannya, maka jawapan seperti itu sudah pasti telah dijangkakan oleh pembangkang.  Buktinya, beliau berkata demikian kepada Tunku Abdul Rahman dan berkata yang sama kepada Tun Abdullah Badawi apabila sokongan terhadap kepimpinan mereka mula lemah dan parti pemerintah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam Pilihanraya.   

Maka, bagi pembangkang untuk menggunakan jawapan ‘standard’ Tun Mahathir itu sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib amatlah menyedihkan.  Nampak sangat yang mereka sudah benar-benar kehabisan modal. 

Lebih pelik lagi, modal ini digunakan sedangkan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu sibuk ke sana ke mari memuji-muji kepimpinan Dato’ Seri Najib dan menyeru rakyat agar memberi sepenuh sokongan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri.  Beliau turut memetik angka-angka ekonomi yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib dan sentiasa menyokong apa jua tindakan kerajaan. 

Berdasarkan apa yang berlaku ini, apa yang cuba digambarkan oleh PR iaitu Tun Mahathir ragu-ragu dan kurang yakin terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib tentulah tidak masuk akal sama sekali.  Lebih-lebih lagi, apabila PR turut membayangkan kononnya Tun Mahathir lebih ‘menggemari’ Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui negara. 

Strategi untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN sesama sendiri tidak menjadi kerana ia tidak benar sama sekali.  Pemimpin tertinggi UMNO atau BN bukan seperti pemimpin tertinggi PKR atau DAP, ataupun PAS yang asyik bertelagah gila kuasa kerana telah dihasut oleh parasit-parasit yang berkembang biak dan merebak sehingga ke akar umbi parti-parti mereka.   Kepimpinan tertinggi UMNO/BN tidak lagi mengalami masalah berebut kuasa sedemikian kerana semua yang bermasalah begitu telah lari kepada pembangkang. 

Secara logiknya, apa pun pendapat dan pandangan Tun Mahathir dan siapa pun yang beliau ‘gemar’ tidak seharusnya menjadi masalah PR.   Kenapa PR perlu bergantung kepada pendapat dan pengaruh seorang musuh ketat untuk menarik sokongan rakyat? 

Akhir sekali, kata-kata Tun Mahathir hari ini bahawa “tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia, selain Dato’ Seri Najib,” sewajarnya diambil sebagai titik noktah kepada strategi terdesak pembangkang ini.  

#TolakPakatan #JanjiKosong Pakatan Pembangkang di 4 Negeri

Apabila berbicara soal mungkir janji, pasti kita tidak akan terlepas dari memandang kepada pakatan pembangkang, ini kerana golongan tersebut telah dipenuhi dengan mereka-mereka yang sering khianat terhadap janji yang telah diberikan.


Lisan atau lidah mereka yang bergelar pemimpin di dalam pakatan, memang terkenal menuturkan seribu satu janji, namun seringkali gagal untuk mengotakannya. Contohnya, ketika berkempen dan di atas pentas ceramah, mereka sering mengatakan ‘tuan-tuan dan puan-puan, sekiranya pakatan (dahulu dikenali sebagai barisan alternatif) diberikuasa, apabila ayam berkokok, menjelang subuh kita akan berikan itu dan ini.


Namun setelah mendapat kuasa yang diidamkan itu dan apabila janji tersebut dituntut oleh rakyat mereka dengan mudah akan mengatakan ‘Manifesto PR Bukan Janji’. Sedangkan di dalam Islam, menepati dan menunaikan janji adalah antara sifat yang sangat dituntut Islam sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud :



“Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.” (al-Maidah:1)


Malah, dalam ayat lain Allah menerangkan bahawa mereka yang sentiasa menunaikan janji adalah dianggap sebagai golongan yang beriman, yang benar dan bertakwa kepada Allah s.w.t., seperti firman-Nya yang bermaksud:



“…..Dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan (menepati) janjinya apabila mereka membuat janji……” – (Al-Baqarah:177)


Oleh yang demikian mereka yang gemar berbohong atau sering memungkiri janjinya merupakan tanda-tanda adanya sifat nifaq atau ‘MUNAFIQ’. Malah junjungan besar kita nabi Muhammad SAW ada bersabda berhubung perkara ini.



“Tanda orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).



Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:



“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah)”. (Hadis riwayat Bukhari).


Semua petikan surah dan hadis tadi merujuk kepada peri-pentingnya untuk seseorang itu menunaikan janji yang pernah diberikan, apatah lagi mereka yang telah diangkat sebagai pemimpin.


Namun berlainan dengan pakatan pembangkang, amaran dan peringatan yang diberikan oleh Allah dan Rasul itu seolah tidak memberikan kesan kepada mereka. Sedangkan ada dikalangan mereka yang dikatakan sebagai pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ dan mereka yang kononnya bertaraf ulama. Seolah-olah Islam pada kaca mata mereka, hanya digunakan untuk membodohkan rakyat.


Bukanlah niat untuk melemparkan tuduhan, namun setelah 4 tahun mentadbir kerajaan di Pulau Pinang, Selangor & Kedah, serta 22 tahun di Kelantan, pelbagai janji-janji manis mereka yang masih lagi belum ditunaikan. Patutlah penyanyi Aishah yang popular dengan lagu ‘Janji Manismu’ sertai pembangkang, rupa lagu tersebut ditujukan kepada pemimpin mereka.


Antara janji-janji mereka yang sehingga kini hanya tinggal janji kerana berpegang kepada pendekatan #ManifestoBukanJanji ialah tabung permulaan RM100 bagi anak-anak kelahiran Selangor (mana duit yang diJANJIkan itu???), bantuan RM75 bagi setiap kanak-kanak di nurseri (nak tunggu kes di ke mahkamah barangkali).


Itulah antara janji yang pernah diberikan kepada rakyat yang sehingga kini GAGAL dilaksanakan. Malah di Kelantan, kerajaan Pas baru nak rasmikan pembinaan stadium yang dijangka akan siap pada PRU18 nanti.


Kesimpulannnya rakyat khususnya pengundi di 4 negeri yang ditadbir oleh pakatan WAJIB menolak menolak wakil/calon pakatan dalam PRU13 nanti sebagai pengajaran agar jangan cuba membodohkan rakyat dengan menabur jan-janji palsu.

Nurul Nuha Bahan Korban Anwar ????? Kesian...

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir rasmi menjadi Parti Anak Beranak Sendirian Berhad dengan desas desus kedengaran bahawa seorang lagi anak Anwar, iaitu Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13 nanti. 

Nama Nurul Nuha menjadi pilihan Anwar setelah mendapat laporan bahawa calon yang dikemukakan sebelum ini iaitu, Dr. Muhammad Nur Manuty, yang juga Pengerusi PKR Perak telah ditolak oleh pengundi di situ.  Pantas, Anwar meletakkan nama anaknya bagi memastikan pengaruh keluarganya kekal di kawasan tersebut. 

Bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abd. Rahman juga merupakan ahli Parlimen di situ sebelum Anwar maka pencalonan Nurul Nuha mungkin dilihat sebagai bersifat sentimental atau mungkin juga peribadi bagi keluarga mereka. 

Kenapa Nurul Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih?  Kenapa tidak letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh terbang merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan sendiri.  Namun, khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang paling selamat baginya. 

Jawapan kenapa Nuha dan bukan Izzah adalah kerana hanya Nuha sahaja yang masih ‘suci’, yang mampu memulihkan imej bapa, ibu dan kakaknya yang sudah sebati dengan imej pengkhianat, pelakon dan peliwat.  

Nurul Izzah, diketahui sudah terlalu banyak menghiris hati orang Melayu dan orang Islam.  Kecenderungannya ke arah fahaman liberal amat ketara dan tindakannya mengulas perihal agama dan membenarkan pula umat Islam menukar agama merupakan satu kesilapan yang tidak dapat diperbaiki lagi.  Malah, keengganannya untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata tetapi sebaliknya memilih untuk menipu dan memutar-belit kenyataan sendiri dalam usaha memperbaiki kesilapan tersebut telah menghancurkan terus imejnya di pihak yang bersetuju dengannya sebelum itu, dan juga di pihak yang menentangnya. 

Nurul Izzah juga telah berkali-kali menyerlahkan pengkhianatannya terhadap negara sendiri.  Bukan sekali beliau memburukkan Malaysia di luar negara dan bukan sekali beliau seolah-olah sengaja atau sememangnya bodoh dengan membuat kenyataan yang kurang tepat dan tidak wajar mengenai rahsia-rahsia pertahanan negara.  

Baru-baru ini ketika insiden Lahad Datu membawa rakyat Malaysia bersatu dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan ketika kita berbangga dengan wira-wira kita, Nurul Izzah sekali lagi membuat kenyataan yang menunjukkan kepada dunia betapa beliau tidak berkongsi semangat dan sentimen yang sama dan tidak ada pengetahuan langsung mengenai pasukan keselamatan dan pertahanan negara.

Wan Azizah pula, hanyalah boneka buruk kerana nak dikatakan perhiasan pun sudah tidak boleh lagi.  Jika perhiasan tentulah Anwar bangga memakainya tetapi Wan Azizah hanya ditolak ke depan bila perlu sahaja.  Iaitu bagi menonjolkan imej Anwar sebagai suami dan bapa yang baik.  Selebihnya, Azizah langsung tiada suara, melainkan air mata dan senyum paksa semata-mata. 

Maka, kemunculan Nurul Nuha diharap sebagai memberi nafas baru kepada imej keluarga yang sudah punah ranah ini.  Sebagai orang baru, Nurul Nuha belum sempat berbuat silap atau tersalah cakap.   Tiada apa yang boleh dikorek atau diburukkan mengenai Nuha, maka sesiapa sahaja tandingannya di Permatang Pauh akan menghadapi kesukaran.  Bermodalkan legasi keluarga dan air mata ibu yang pasti akan turun membantu, tidak mustahil Nuha boleh menang. 

Satu-satunya ‘setback’ bagi Nuha ialah gambaran nepotisme yang amat jelas dalam parti PKR. Selain itu, oleh kerana belum mempunyai rekod, Nuha perlu meyakinkan rakyat Permatang Pauh bahawa beliau mampu bekerja dan bukan hanya berpolitik seperti bapa, ibu atau kakaknya.   

Apapun, jika pengundi Permatang Pauh sebelum ini menolak UMNO kerana termakan tuduhan PR bahawa UMNO mengamalkan nepotisime dan kronisme, maka adalah wajib bagi mereak untuk menolak PKR jika Nurul Nuha menjadi calon dalam PRU kali ini. 

Sumpah Laknat Anwar Hanya Untuk Pastikan Impian Menjadi PM Tercapai

Setelah puas menunggu, akhirnya penyokong Pas khususnya pencacai yang begitu menyanjungi makhluk bernama Anwar sudah boleh menarik nafas lega. Ini kerana menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal pembangkang SuaraPakatanRakyat, makhluk yang dikatakan sebagai pemimpin Anugerah Tuhan itu telah bersetuju untuk bersumpah laknat.

Ia antara lainya bertujuan untuk membersihkan imejnya yang dikaitkan dengan kes Sodom aka Liwat dan skandal China Doll, sedikit masa dahulu. Malah pemimpin yang perasan kononnya dirinya layak untuk menjadi perdana menteri itu pernah beberapa kali dilihat ‘hilang kawalan’ apabila berdepan dengan wartawan yang mengajukan soalan berhubung isu terbabit.

Ditambah dengan beberapa fakta kes, ia semakin menyakinkan rakyat namun dimasa yang sama telah mengelirukan pencacainya yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila Anwar dilihat seolah-olah cuba mengalihkan tumpuan masyarakat dari membicarakan mengenai kes-kes tersebut.

Walaupun Anwar sebelum ini pernah berulang kali mengunakan nama Yusuf al-Qaradawi sebagai perisai kononnya ulama besar itu melarangnya dari berbuat demikian, namun perkembangan politik terkini yang tidak memihak kepadanya mungkin telah memaksanya untuk berbuat demikian.

Oleh yang demikian, Anwar merasakan kegagalannya untuk mengembalikan sokongan rakyat akan menyebabkan dirinya terdedah kepada risiko ditolak oleh pengundi Islam dan Melayu yang begitu memandang serius terhadap isu liwat dan zina. Lebih malang lagi, sekiranya calon-calon yang mewakili PKR turut menerima tempias ditolak rakyat.

Tambahan pula apabila, beliau melihat sendiri bagaimana isu tersebut telah mula memberi kesan terhadap pengundinya khususnya di Permatang Pauh sehingga menyebabkan dirinya terpaksa melarikan diri untuk mencari kawasan baru yang lebih selamat.

Maka, hasil ‘campur,tolak, bahagi, darab’ akhirnya Anwar terpaksa mengambil jalan selamat agar keyakinan rakyat kembali memihak kepadanya sekaligus membuka kembali harapan untuk menjadi perdana menteri.

Malah ada segelitir pemerhati politik dan golongan akademik berpendapat, sekiranya Anwar benar-benar mengambil pendekatan untuk ‘bersumpah laknat’ bagi membersihkan dirinya, ia akan menyebabkan BN/Umno berdepan dengan tuduhan konspirasi. Sekaligus membuktikan apa yang didakwa oleh Anwar selama ini kononya dirinya telah difitnah ada asasnya.

Tambahan pula Anwar sendiri, sebelum ini mengakui tindakan untuk bersumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral pencacai dan rakyat. Selain pencacai antara yang bakal turut terkesan dengan sumpah tersebut sudah tentu isteri dan anaknya, yang selama ini terpaksa berhempas pulas menyakinkan diri mereka sendiri, bahawa Anwar tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu.

Namun persoalannya ialah, sekiranya benar Anwar ingin bermubahalah seperti yang didakwa portal tersebut, mengapa ia dilakukan setelah majoriti rakyat percaya dengan yakin bahawa Anwar terlibat dengan seks luar tabii dan China Doll?

Tidak ketinggalan ialah, mengapa ia dilakukan apabila majoriti golongan agama di dalam Pas mula menolaknya sebagai calon Perdana Menteri? Bukankah jelas, ia dilakukan semata-mata atas kepentingan politik peribadinya. Hanya setelah merasakan kerusi Putrajaya telah semakin jauh meninggalkan dirinya, baru Anwar ingin mengambil pendekatan menolak dakwaan yang dilemparkan.

Sedangkan secara logik akal, mereka yang benar-benar tidak bersalah akan segera membersihkan namanya dari terus dikaitkan dengan kesalahan moral. Tambahan pula ramai dikalangan pencacainya yang merasakan Anwar adalah merupakan calon yang terbaik dikalangan pemimpin yang ada.
.
Kesimpulanya sumpah laknat yang bakal dilakukan itu bukanlah untuk membersihkan namanya, tetapi dilakukan semata-mata untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri ke-7 tercapai.