SUDAH heboh diruang-ruang media bahawa Khalid Gagap bakal meninggalkan
kawasan DUN Ijok yang pernah dimenanginya pada PRU12 2008 dahulu dan
akan berhijrah ke DUN Pelabuhan Klang yang sebelum ini disandang oleh
Badrul Hisham (PKR) yang dipecat kerana tidak hadir sidang DUN.
Masih tidak dapat mengagak strategi apa yang ingin dimainkan oleh Khalid
Gagap tetapi beginilah keputusan yang diambil setakat hari ini. Di DUN
Ijok pula, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr. Idris Ahmad telah
bersetuju untuk balik ke kampungnya setelah bertahun-tahun tidak
menjejakkan kakinya di Ijok.
Adakah orang Ijok sudi menerima seorang calon yang tidak pernah
menyumbang apa-apa kepda kemajuan kampung? Adakah selama 5tahun
memerintah, Ijok sudah maju seperti yang digembar-gemburkan.
Dua malam sudah, mengikut maklumat risikan yang diterima Dr. Idris Ahmad
ini telah mengadakan satu majlis untuk mengumpulkan saudara-maranya
yang berada di kampung Ijok dan memperkenalkan Dr. Idris Ahmad sebagai
calon PKR yang akan bertanding di bekas jajahan Khalid Gagap ini.
Khalid Gagap juga dikatakan sedang rancak mengatur gerak dalam kempen di
DUN Pelabuhan Klang. Khalid dikhabarkan juga sudah masuk surau ke surau
sekitar DUN Pelabuhan Klang sejak beberapa minggu sebelum ini dan
sekaligus memperkenalkan beliau kepada orang kampung sebagai calon yang
layak.
Perkara ini juga tidak disenangi oleh penyandang DUN Pelabuhan Klang,
Badrul Hisham kerana dalam Khalid berkempen itu diselitkan juga kutukan
terhadap beliau yang tidak pandai menjaga kawasan dan dikatakan juga
telah dibeli oleh UMNO untuk berpaling arah.
Persoalan yang terus bermain didalam benak fikiran aku sekarang ini
adalah perjanjian syaitan apakah yang cuba diberikan kepada Dr. Idris
Ahmad sebagai balasan atas pertukaran kerusi ini.
Sama-sama kita nantikan percaturan yang bakal diagendakan oleh Khalid
bagi mengekalkan jawatan Menteri Besar Selangor yang beliau pegang.
No comments:
Post a Comment