Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday 28 April 2016

#PRNSarawak :Wan Azizah & PKR Memang Suka Jalan Belakang !!!


PKR terbukti menyukai jalan belakang. Di DUN N75 Senadin, Kerusi ini disandang oleh DAP. Perjanjian yang kononnya bahawa PKR tidak akan meletakkan calon di mana rakan sekutu meletakkan calon di kawasan tersebut. Berita yang kononnya DAP melanggar perjanjian antara mereka terbukti salah., PKR juga melanggar perjanjian demi memenuhi nafsu serakah tanpa mengenal jalan depan atau belakang.

Sekiranya benar mereka sepakat, mereka pasti menggunakan jalan depan iaitu berunding terlebih dahulu sebelum meletakkan calon masing-masing di N75 Senadin. Ini tidak, mereka tetap meletakkan calon dari PKR sedangkan mereka tahu kerusi tersebut untuk ditandingi oleh DAP.

Wan Azizah memang suka jalan belakang. Beliau tetap meletakkan  calon dari PKR dan membelakangkan DAP untuk nafsu dan kuasa semata-mata.

Calon-calon yang bertanding :

1. Datuk Lee Kim Shin (BN)
2. Dr Bob Baru Langup (DAP)
3. Steve Teo (PKR)
4. Bill Kayong (DNP)