Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 17 December 2014

Roland Chia Kecewa dengan @anwaribrahim - ChegucBard

ADUN PKR DUN N13 INANAM, SABAH telah meletak jawatan atas alasan kesihatan. Realitinya, Dr. Roland Chia masih muda dan sihat, doktor perubatan dan merupakan penyokong kuat kepada YB Azmin Ali. Dia buat pengumuman nak letak jawatan ADUN Inanam kerana kecewa walaupun beliau menang sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, permintaan beliau untuk dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah tidak kesampaian apabila Anwar Ibrahim telah melantik Lajim Ukin sebagai Ketua Perhubungan. Beliau juga melihat bhw PKR Sabah semakin dipinggirkan oleh Anwar Ibrahim. Tindakan beliau mengumumkan akan meletak jawatan dipercayai kerana mengharapkan Azmin Ali sendiri akan melantik beliau sbg "Board Director" #grp dlm syarikat milik Kerajaan Selangor. Tapi sehingga kini Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sendiri seolah-olah meminggirkan segala pengorbanan beliau dan sibuk memberi segala kemudahan kpd Lajim Ukin yang baru menyertai PKR apabila tidak dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah. Lajim Ukin juga menggunakan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah untuk terus mengumpul kekayaan melalui projek-projek di Selangor, Pulau Pinang dan Selangor. Inilah yang semakin menimbulkan kekecewaan kepada ADUN PKR ini.

CheGu Bard
Pengerusi SAMM

@AnwarIbrahim nak ambil kerusi N13 Inanam P171 ???!!! #RCISabah #PrkDr

Khabar angin bertiup kencang bahawa Anwar Ibrahim (KETUM) akan mengambil Kerusi N13 Inanam di Sabah untuk merealisasi nafsu untuk menjadi Ketua Menteri selepas gagal meletakkan isteri beliau sebagai Menteri Besar Selangor.
YB Dr Roland Chia, ADUN Inanan mahu meletakkan jawatan yang kononnya atas dasar masalah kesihatan. Roland Chia telah menyatakan hasrat beliau di dalam laman Facebook beliau dengan menyatakan ingin meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan.
Pada pandangan Black, ini semua hanya alasan bagi memberi laluan kepada Anwar.
Pasti isu RCI akan dimainkan dan menyatakan ramai pengundi hantu di Sabah.
Kita tunggu dan lihat perkembangan dari masa ke semasa.

Monday 15 December 2014

Hudud Di Kelantan hendak dilaksanakan, Siapa Guan Eng & Anwar KETUM nak halang ??? #PrkDr


"DAP tidak boleh halang demokrasi pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan perlu melalui proses demokrasi terlebih dahulu dan DAP perlu menghormati proses tersebut" Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS.

Namun mengapa Guan Eng sibuk menghalang pelaksanaan Hudud? klik sini

Siapakah Guan Eng mahu menghalang pelaksanaa hukum Hudud? Adakah saudara Black dari PAS tidak berani bersuara ??? Semua tahu perjuangan PAS melaksanakan Hudud telah lama diperjuangkan dan kini hampir terlaksana. Sekiranya tidak dapat dilaksanakan, dimanakah maruah PAS yang kononnya memperjuangkan selama ini???

Adakah PAS sudah tiada pendirian dan tunduk dengan kerenah nafsu DAP ???

Penghinaan berterusan terhadap integriti dan maruah Presiden PAS oleh parti DAP memang sangat jelas. Pekung busuknya sudah tidak boleh ditutup lagi. 

"Akan ada banyak masalah kerana anda perlu meminda undang-undang persekutuan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya (hudud)," kata Anwar ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. "Katakan mereka buat juga. Siapa yang akan membuat tangkapan? Siapakah yang akan membawa mereka (suspek) ke penjara? Ia bukan dalam kuasa (kerajaan negeri) mereka. Oleh itu, terdapat banyak masalah." Anwar Ibrahim, KETUM  klik sini

NAMPAK SANGAT DAP DAN PKR TIDAK MENGHORMATI PAS...



Pakaian Muslimah DAP !!! Wow !!! #PrkDr

Kisah bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan memang hebat. Di Teluk Intan minah ni dah mcm muslimah PAS. Patutlah PAS mempertahankannya.

Tapi apa yang terjadi kepada minah ni di Perhimpunan DAP...??? Pakai skirt pendek lagi. Tunjuk betis dan peha lagi. Memang la putih.. terliur la Pak Lebai PAS. Terutamanya abang Mat Sabun. Patutlah masa di Telul Intan kemain rapat...

Bukan Black cemburu dengan abang Mat Sabun, namun inilah hakikatnya. Di depan rakyat Teluk Intan sanggup bertudung bagai. Tapi inilah sebenarnya diri minah ni. Maka tak hairanlah kalau Si Zairil ambil gambar selfei dengan minah ni sambil bercium yang hangat sebelum ini.

Tahniah PAS kerana membela yang hanya berpura-pura baik.

Sunday 14 December 2014

#RCISabah ; Lagi Putar Belit Oleh PR !!! #PrkDr



Nampaknya PR terus menghasut rakyat supaya tidak mempercayai Suruhanjaya Penyiasatan Mengenai Pendatang Asing Sabah dan laporan dapatan RCI. Inilah permainan kotor PR yg mahu merosakkan pemikiran rakyat.. hakikatnya mereka hanya mampu menyalahkan sahaja.. namun sehingga tempoh siasatan RCI berakhir PR tidak juga menyerahkan bukti!! Pemimpinnya PR dari semenanjung tidak henti-henti berkunjung ke Sabah untuk menyebarkan fitnah. Jadi kenapa PR masih bising?? Kerana politik sempit mereka..  Mereka mahu terus menipu rakyat dengan dakwaan-dakwaan palsu tanpa bukti.. 

1. Kenapa Laporan RCI tidak sah kerana tidak ditanda tangani oleh panel-panel yang terlibat dalam RCI? Jwpn: segala prosedur dan tandatangan yang diperlukan telah selesai dilakukan dalam bentuk Laporan namun dalam bentuk penerbitan laporan, tidak terjejas walau tiada tandatangan pd naskhah penerbitan. 

2. Tiada syarikat percetakan dinyatakan dalam buku laporan RCI?
 Jwpn: Penerbitan laporan tidak memerlukan nama pencetak. Ia tidak menjejaskan sebarang isi kandungan dan tindakan masa depan.

 3. Kenapa kesemua lebih 5000 bahan bukti ketika prosiding berlangsuang tidak disenaraikan/disertakan dalam buku laporan RCI? 
Jwpn: Apa yg KSN sebut ialah 5,000 mukasurat. Bukan 5,000 bahan bukti. Penerbitan Laporan tentu sekali merupakan isi penting bagi tujuan penyediaan laporan kpd orang awam. Tidak ada apa yg nak disorok kerana s'jaya berfungsi dengan bebas tanpa campurtangan kerajaan. Malah kerajaan tidak mengetahui isi kandungan laporan sehinggalah selepas ia selesai dicetak oleh s'jaya .

4. Kenapa PM tidak bentang di Parlimen? 
Jwpn: Pembentangan di Parlimen tidak memberi sebarang implikasi kepada dapatan S'jaya. Apa yg penting apa yang telah dirumuskan oleh s'jaya mengikut ToR akan diambil tindakan susulan oleh kerajaan. 

5. Kerajaan Persekutuan tidak ikhlas selesaikan RCI. Bukti, PM lebih pandang berat isu IS berbanding membahaskan dapatan RCI di Parlimen?
 Jwpn: Penubuhan jawatankuasa yg akan dibentuk adalah halatuju jelas yang konstruktif. 

6. Suruhanjaya yang dipengerusikan oleh PBS hanya retorik kerana tiada kuasa penyelesaian dan penguatkuasaan?
 Jwpn: Ia bukan retorik kerana segala syor dan pandangan penambahbaikan yang membina akan diangkat menerusi JK Tetap ke Kabinet. 

7. Kenapa tidak libatkan semua pihak termasuk NGO dan pembangkang dan mereka yang lantang menyuarakan ISU RCI?
 Jwpn : Kerajaan pasti membuka ruang platform yg inklusif kepada semua pihak berkepentingan menerusi struktur yang bakal dibentuk. 

8. Daftar semula dan perkenalkan IC Sabah selaras dengan apa yang terkandung dalam perkara 20 (Kuasa Imigresen)? 
Jwpn : segala syor dan cadangan akan diteliti dan dikenal pasti oleh JK berkaitan sebelum diangkat untuk kelulusan Kabinet

Saturday 13 December 2014

Bukan Islam boleh guna kalimah 'ALLAH' di Pulau Pinang !!! #PrkDr

Apa yang terjadi sekarang ini? Orang bukan Islam boleh guna kalimah ALLAH di Pulau Pinang ? Itu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dimanakah suara wakil rakyat PAS dan ahli PAS di Pulau Pinang ? Adakah orang Islam dalam PAS menganggap Lim Guan Eng ini seperti para sahabat Rasullulah s.a.w. ?

Adakah mereka ini terus tidur dan mendiamkan diri kerana takutkan kemurkaan Lim Guan Eng ? Ke... tak de telor...

Warga Filipina sudah mula kutip derma di Manjung !!! #PrkDr

Sejak kebelakangan ini satu trend baru mengutip derma di Manjung. Warga Filipina tanpa rasa betsalah mengutip derma yang kononnya untuk anak yatim dan miskin. Meteka membawa gitar dan mendendangkan lagu sambil meminta derma. Apakah mereka ini juga didalangi oleh sidiket?

Masyarakat Malaysia ini terlalu bermurah hati. Tidak salah menderma untuk kebaikan. Kalau rasa nak menderma, eloklah ke rumah ibadat masing-masing. Yang Islam ke masjid atau surau. Yang bikan islam ke tokong atau ke kuil atau rumah ibadat yang mengikut agama masing-masing. Bagi orang Islam, Baitulmal juga ada untuk menderma. Merka akan mengagihkan derma mengikut kesesuaian.

Kini, Manjung yelah menjadi pusat kepada pemungut derma dari negara luar seperti Thailand, Kemboja, Filipina dan lain-lain lagi.

Adakah penguatkuasaan dari Imigresen dan agensi lain tidak mengambil tindakan? Mohon kepada pihak berwajib segera mengambil tindakan dan tidak sambil lewa.

Tuesday 9 December 2014

Belanjawan 2015 Negeri Perak #PrkDr @ZambryAbdKadir

Belanjawan 2015 negeri Perak bertemakan "Perak Amanjaya, Rakyat Terpelihara". 5 Fokus Utama.

Jumlah : 1.05 Billion.

Pembangunan : RM342.71 Juta
Memgurus : RM707.81 Juta

1. Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi Yang Berkualiti dan Lestari.

■ Pembangunan Geopark Lembah Kinta (1 Juta)
■ Sektor Pertanian (8 juta)
■ Sektor Pertenakan (9 juta)
■ Sektor Pelancongan (8.5 juta)
■ Pembangunan Bandar Baru dan Pekan Kecil (3 juta)
■ Program persidangan antarabangsa (3 juta)
■ Program pelancongan sukan (3 juta)
■ Skim Iktisad Bina Upaya (4 juta)
■ Skim Mikrokredit Amanjaya Belia Niaga (1 juta)
■ Skim Pembiayaan Kluster Ekonomi Keluarga Kiosk Amanjaya (1 juta)

2. Pembasmian Kemiskinan dan Bantuan Kebajikan

■ Program Bantuan Rumah YBU (5 juta)
■ Program Bantuan Makanan (5 Juta)
■ Bantuan Wang Tunai Perayaan (1 juta)
■ Bantuan Am JKM (26.84 juta)
■ Skim Tabaruk (3 juta)

3. Pembangunan Modal Insan di IPT

■ Dermasiswa (11 juta)
■ Kuisas (16 juta)
■ Wang Biasiswa Anak Melayu dan Bukan Melayu (7 juta)
■ Program Pengupayaan Mahasiswa (1.5 juta)

4. Mengukuhkan Kerjasama Perkhidmatan Awam dan Swasta.

■ Pembangunan modal insan perkhidmatan awam (7 juta)
■ Insentif Anugerah pengurusan kewangan (0.16 juta)
■ Bonus Kakitangan awam (8.62 juta)
■ Persatuan Bekas Tentera Malaysia bahagian Perak (0.1 juta)
■ Persatuan Bekas Polis Perak (0.1 juta)
■ Persatuan Pesara Kerajaan Bahagian Perak (0.1 juta)
■ Pemberian Khas kepada bakal pesara kumpulan pelaksana (1.3 juta)
■ Bayaran elaun tambahan 200 ringgit sebulan dan elaun khas 50 ringgit stp bulan pada ketua kampung.
■ Anugerah menunaikan haji dan umrah pada ketua kampung.
■ Bayaran elaun tambahan 50 ringgit sbulan kpd Ketua Kampung Baru, Bagan dan Rangkaian.
■ Elaun tambahan guru KAFA 200 sebulan.
■ Elaun bulanan 200 sebulan kpd bilal dan siak.

5. Mempertingkatkan Kapasiti dan Jaringan Infrastruktur Jalan dan Pengangkutan.

■ JKR (70 juta)
■ JPS (48.19 juta)
■ Projek Fed Gov, Tebatan Banjir Sg Kerian, Masalah Banjir Taiping, Tebatan Banjir Sg Kinta (370 juta)
■ Naik Taraf Bekalan Air (48.4 juta)
■ Surau dan Masjid (10 juta)
■ Rumah Ibadat Bukan Islam (5 juta)
■ PBT (4 juta)
■ SAR (3 juta)
■ SJKC (2 juta)
■ SJKT (1 juta)
■ Pendidikan Orang Asli (0.5 juta)
■ ASAH (2.3 juta)
■ Program Pemetaan Minda (3.5 juta)
■ Tusyen Online (2.5 juta)
■ Tusyen Gemilang (1 juta)
■ PIBG (1 juta)
■ Bantuan Pendidikan Kepada Guru (0.5 juta)
■ Tabung Khas Anak India (1 juta)
■ Tabung Simpanan Pendidikan negeri (0.5 juta)
■ PEKA (2.2 juta)
■ Koloni Karyawan (1 Juta)
■ Kebudayaan Negeri dan Daerah (0.5 juta)

@anwaribrahim tak kesah gambarnya berlatarbelakangkan SALIB !!! #PrkDr

Satu majlis sambutan hari krimas telah dibuat di Gereja Holy Family Kajang pada hari ahad lepas mencetuskan satu lagi isu hangat dalam minggu ini. Anwar Ibrahim ketika berucap dalam gereja tersebut menyatakan kerajaan BN sengaja memburukkan beliau dengan menggunakan TV3 sebagai platform menghasut rakyat. Siap kata tak kisah kalau gambar dia berlatarbelakangkan salib di pentas tersebut.
Bolehkah Agama Islam dan Kristian disamakan? Ini menjadi persoalan. Anwar sengaja membakar semangat anti Islam dikalangan orang Kristian khususnya dan mengajak mereka menentang Kerajaan Barisan Nasional yang didakwa kononnya tidak berlaku adil kepada agama lain.
Nampak tak permainan Anwar yang inginkan keadaan huru hara di tanah Malaysia ini. Negara yang aman ini sengaja ingin di hancurkan dengan sikap benci membenci antara masyarakat di negara ini. Fikir-fikirkan lah.

Friday 5 December 2014

#RCISABAH : Soal Jawab Isu .... #PrkDr



Apakah perancangan Kerajaan terhadap pelarian di Sabah?
Kerajaan dari semasa ke semasa telah merancang berbagai tindakan untuk menangani pelarian di Sabah, di mana pada tahun 1989 Kerajaan telah mengeluarkan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 16 untuk mengurus hal ehwal pelarian dan PATI di Negeri Sabah secara terancang. Dengan arahan ini maka telah diwujudkan Pasukan Petugas Khas Persekutuan (Sabah/Labuan).PPKP (S/L) ini mengurus dan melaksanakan penguatkuasaan terhadap mereka.

Kerajaan juga berpandangan bahawa pada masa hadapan, satu dokumen yang seragam perlu dikeluarkan kepada pelarian yang layak/ yang betul-betul bertaraf pelarian bagi menggantikan pelbagai jenis dokumen yang ada pada masa sekarang. Ini sebagai salah satu langkah penambahbaikan pengawalan terhadap golongan ini. 

2. Apakah tindakan MKN terhadap laluan kemasukan haram?

Tindakan-tindakan MKN ialah:

i.  menguatkuasakan dan menyelaras Operasi-Operasi berkaitan Peraturan Tetap Operasi Laluan Ditetapkan (Designated Route) yang telah dilaksanakan di kawasan Perairan Negeri Sabah.

-     Designated Route ialah satu laluan laut yang diwujudkan di perairan Pantai Timur Sabah untuk mengawal laluan bot-bot pedagang dan penumpang asing memasuki atau keluar daripada pelabuhan-pelabuhan di Sabah.

-    Ini bertujuan untuk menjamin keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah supaya sentiasa selamat dan bebas daripada kegiatan jenayah serta pencerobohan juga untuk memudahkan agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan melaksanakan tugas. PTO ini digunapakai ke atas semua bot pedagang dan bot penumpang asing yang menggunakan perairan pantai timurSabah.

ii.     menyelaras pelaksanaan Ops Balasah dan Ops Pasir oleh ATM.
MAKLUMAT TAMBAHAN
i.              Pewujudan ESSCOM dan ESSZONE juga adalah sebagai langkah mengekang laluan-laluan haram tersebut. ESSCOM melaksanakan Perintah Berkurung di kawasan ESSZONE pada waktu malam sebagai langkah terkini untuk mengekang kemasukan melalui laluan haram.

ii.            Agensi-agensi keselamatan lain seperti PDRM, APMM, Tentera Laut, RELA (sepanjang pantai) dan bantuan daripada Kerajaan Tempatan juga telah dilaksanakan bagi menghalang kemasukan melalui laluan haram.

3. Apakah jaminan Kerajaan terhadap keselamatan penduduk Sabah?

MKN sentiasa melaksanakan langkah-langkah yang bertujuan menjamin keselamatan penduduk Sabah. Antara langkah tersebut ialah:
i.              Menyelaras bersama agensi keselamatan lain
ii.            Memperhalusi cadangan menempatkan semula perkampungan atas air
iii.    Melaksanakan program-program yang berbentuk ceramah dan mendekati rakyatSabah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan bekerjasama dalam menjaga keselamatan Negeri Sabah
iv.    Meningkatkan operasi membanteras Pendatang Tanpa Izin. Bermula pada tahun 1990 hingga November 2014, bilangan PATI yang ditangkap, diusir pulang dan pulang secara sukarela adalah seperti berikut:

Ditangkap:
Warganegara
Bilangan (orang)
Filipina
301,156
Indonesia
192,520
Lain-lain
7,290
JUMLAH
500,966

Diusir pulang ke negara asal:
Warganegara
Bilangan (orang)
Filipina
237,715
Indonesia
159,087
Lain-lain
4,443
JUMLAH
401,245

            Pulang secara sukarela:
Warganegara
Bilangan (orang)
Filipina
33,462
Indonesia
39,914
Lain-lain
834
JUMLAH
74,210

           Jumlah yang pulang secara sukarela dan diusir
           =  475,455 orang.

i.              Memberikan informasi terkini dan sahih berkenaan kesedaran keselamatan kepada orang awam melalui pelbagai cara termasuk media social.

4. Apakah penjelasan tentang keputusan Mesyuarat Sidang Keselamatan Negara Bil.1/2001 iaitu untuk mendokumentasikan pelarian Filipina?

Keputusan untuk mendokumentasikan pelarian Filipina bertujuan untuk peningkatan pengurusan supaya ianya lebih teratur dan mempunyai rekod yang lengkap. Perkara ini juga diselaraskan dengan Kementerian yang lain bagi memastikan ketelusan dalam mendokumentasikan pelarian Fillipina adalah berlandaskan peraturan dokumentasi sedia ada.

MAKLUMAT TAMBAHAN:
i.       Sehingga kini masih belum ada pelarian yang telah mendapat taraf warganegara melalui keputusan Sidang MKN 1/2001 kerana tempoh dari sidang tersebut sehingga kini (2014) hanya 12 tahun.

ii.     Penduduk di kawasan penempatan pelarian yang mempunyai MyKad biasanya adalah
-       penduduk tempatan yang berkahwin dengan pelarian
-       anak-anak daripada pelarian yang berkahwin dengan penduduk tempatan
-       anak-anak daripada pelarian yang mendapat taraf Penduduk Tetap

iii.    Penduduk yang tinggal di penempatan pelarian kebanyakannya adalah
-       masyarakat yang berasal dari selatan Filipina dan melarikan diri ke Sabahsebagai pelarian perang sekitar tahun 1972- 1984
-       tidak mempunyai rumah atau tidak mampu untuk tinggal di kawasan perumahan lain di Sabah/ Labuan
-       memegang dokumen-dokumen yang dikeluarkan kepada pelarian, seperti IMM13, Sijil Banci, Surat Pengenalan JKM dan MyPR.

iv.    Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Imigresen Malaysia, statistik golongan pelarian yang mendapat IMM13 sehingga pada Ogos 2014 ialah seramai 98951 orang. Daripada jumlah ini, hanya 34,114 sahaja yang masih aktif (memperbaharui setiap tahun hingga kini).

i.       Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Imigresen Malaysia,bilangan pemegang IMM13 yang telah dikeluarkan dokumen Permit Masuk adalah seperti berikut:

Jenis dokumen
Bil. dikeluarkan
Bil. dokumen yang diserahkan kepada pemohon
Permit Masuk
37,091
36,449

ii.     Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah menyatakan bahawa sehingga kini belum ada pemegang IMM13 yang layak memohon kewarganegaraan atau MyKad.

iii.    Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Ketua Menteri Sabah, sebanyak 33,016 orang yang telah dikeluarkan dokumen JKM iaitu Resit Pengenalan Sementara.

5. Selaras dengan proses perdamaian dan kuasa autonomi di selatan Fillipina, adakah Kerajaan bercadang untuk menghantar pulang pelarian semula ke selatan Filipina?

Kerajaan akan membantu pelarian yang akan balik semula ke tempat asal mereka (Filipina Selatan). Dan sekiranya mereka memutuskan untuk pergi ke negara ketiga (Negara asing yang mahu menerima mereka) Kerajaan akan membantu mereka untuk berhijrah ke negara tersebut. Dalam perkara ini, Kerajaan Malaysia sangat mengalu-alukan tindakan mereka ini untuk balik ke negara asal mereka. Kerajaan Malaysia telah membantu untuk mewujudkan perdamaian di Selatan Filipina dengan menjadi perantara rundingan damai antara Kerajaan Filipina dengan kumpulan pemberontak di Selatan Filipina. Kerajaan Malaysia juga sentiasa berusaha dan berunding dengan Kerajaan Filipina melalui saluran diplomatik berkaitan dengan keselamatan sempadan bersama dan kemasukan tidak berdokumen penduduk dua negara di daerah sempadan.

Bagi pelarian yang tidak mahu pulang, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan bahawa satu dokumen yang seragam perlu dikeluarkan kepada pelarian yang layak/ yang betul-betul bertaraf pelarian bagi menggantikan pelbagai jenis dokumen yang ada pada masa sekarang. Ini sebagai salah satu  langkah penambahbaikan pengawalan terhadap golongan ini.

MAKLUMAT TAMBAHAN:
i.   Setakat ini belum ada pelarian yang secara rasmi mahu pulang ke Selatan
     Filipina.

6. Apakah perbezaaan fungsi di antara MKN di Semenanjung dan Sabah?

MKN Ibu Pejabat berfungsi mengurus dan menangani hal ehwal keselamatan negara secara keseluruhan. Manakala MKN Negeri Sabah mengurus dan menangani hal ehwal keselamatan Negeri Sabah sahaja.

Mesyuarat Sidang MKN Kebangsaan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri manakala Mesyuarat Keselamatan peringkat Negeri Sabah dipengerusikan oleh Ketua Menteri dan Setiausaha MKN Negeri Sabah sebagai setiausaha mesyuarat peringkat negeri.

MKN Negeri Sabah juga sedikit berbeza daripada MKN di negeri lain kerana selain menguruskan aspek bencana, sempadan dan hal keselamatan lain, MKN Sabah juga menguruskan Pendatang Luar Negeri.

7. Apakah perbezaan fungsi di antara MKN, JIM dan Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam menangani isu PATI di Negeri Sabah?

Perbezaan antara MKN, JIM dan Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam hal menangani isu PATI di Sabah adalah berbeza dari segi tugasan Jabatan.
Perbezaan tugas tersebut adalah seperti berikut:

i.       MKN – Menyelaras penguatkuasaan terhadap PATI terutamanya  pelaksanaan Operasi seperti Ops Nyah Bersepadu, menguruskan travel document untuk penghantaran pulang PATI dan menguruskan Pusat Tahanan Sementara

ii.     JIM -  melaksanakan operasi, mengurus dokumentasi berkaitan reman, siasatan dan dan menguruskan penghantaran balik PATI ke negara asal.

iii.  JKM Sabah – Terlibat dalam operasi-operasi menangkap PATI untuk memeriksa kesahihan dokumen yang dikeluarkan JKM

8. Adakah Sijil Banci yang pernah dikeluarkan oleh MKN masih sah sehingga sekarang?

Pemegang Sijil Banci yang dikeluarkan oleh MKN sepatutnya sudah menukarkan dokumen tersebut kepada IMM13 melalui proses Regularisasi pada tahun 1997, namun sehingga kini terdapat kira-kira 5,000 pemegang Sijil Banci yang belum menukarkan kepada IMM13.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
MKN melalui Pasukan Petugas Khas Persekutuan (Sabah/Labuan) telah mengeluarkan Sijil Banci kepada 300,393 orang pada tahun 1990-1991.

MKN telah membuat semakan semula terhadap pengeluaran Sijil Banci pada tahun 1994 dan 1996. Hasil semakan tersebut sebanyak 57,197 Sijil Banci telah dikategorikan sebagai Sijil Banci Lulus iaitu diiktiraf sebagai pelarian. Manakala baki 243,196 adalah kategori Sijil Banci Gagal iaitu bukan pelarian dan PATI.

Pada tahun 1997, Kerajaan melaksanakan Program Regularisasi di mana pemegang Sijil Banci Lulus perlu menukarkan dokumen ke IMM13. 

9. Adakah benar terhadap dakwaan bahawa terdapat arahan dari MKN berhubung dokumentasi penduduk di Negeri Sabah?

Pada tahun 1997, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah bersetuju melaksanakan program Regularisasi terhadap pemegang Sijil Banci Pasukan Petugas Khas Persekutuan (Sabah/Labuan) dengan menukarkan Sijil Banci kepada dokumen IMM13.

10. Apakah yang dimaksudkan dengan Penempatan Pelarian? Siapakah golongan yang dibolehkan menduduki penempatan ini dan apakah peranan MKN dalam menguruskan penempatan ini?

Penempatan pelarian digazetkan oleh Kerajaan Negeri sebagai tempat untuk pelarian Fillipina dan keluarga mereka tinggal di Negeri Sabah. Golongan yang dibenarkan tinggal di sini adalah golongan yang berstatus pelarian dan memegang dokumen seperti IMM13, Sijil Banci dan Surat JKM. Namun demikian terdapat juga pelarian yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan terus tinggal di penempatan tersebut.

MKN bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan berkaitan penempatan tersebut manakala Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Tempatan menguruskan perkara berkaitan tanah dan kemudahan asas seperti air dan elektrik. Semua agensi terlibat sentiasa bekerjasama dalam memastikan pengurusan penempatan dijalankan dengan baik.

11. Apakah perbezaan antara depot tahanan JIM dan Pusat Tahanan Sementara?

Perbezaaannya ialah depoh imigresen di Semenanjung adalah di bawah pengendalian dan pengurusan JIM manakala di Sabah, depoh tahanan dinamakan sebagai Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan pengurusannya diletakkan di bawah Pasukan Petugas Khas Persekutuan (Sabah/Labuan). Ini adalah kerana fungsi PTS di Sabah melibatkan tugas-tugas tertentu yang memerlukan tapisan khas bagi memastikan PATI yang diletakkan di dalam PTS bersih dari kegiatan jenayah yang boleh mengancam keselamatan Negara. Walau bagaimanapun, JIM terlibat dalam menguruskan dokumentasi PATI yang ditahan di PTS.

12. Apakah tindakan MKN terhadap kanak-kanak jalanan dan adakah di bawah MKN?

MKN telah diarahkan oleh Kabinet pada tahun 2008 untuk menguruskan isu kanak-kanak jalanan di Sabah kerana ianya berkait dengan keselamatan dan kehadiran mereka berkeliaran di bandar-bandar. MKN membuat program pembersihan kehadiran mereka di Bandar-bandar dengan membuat tangkapan untuk diselamatkan dan ditempatkan di Rumah Perlindungan Ehsan yang telah digazetkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat pada tahun 2008 bertempat di kawasan Pusat Tahanan Sementara Papar. Rumah Ehsan ini juga disediakan sekolah asas berkonsepkan 3M (membaca, menulis dan mengira). Kesemua kanak-kanak jalanan ini tidak mempunyai dokumen atau tidak mempunyai dokumen lengkap dan sebelum itu tidak pernah bersekolah.

MAKLUMAT TAMBAHAN:
Statistik kanak-kanak jalanan yang pernah diselamatkan dan dihantar ke rumah perlindungan ehsan sejak tahun 2012 ialah:

Tahun
Agensi yang menyelamatkan
Jumlah
PPKP (S/L)
PDRM
Lain-lain
2012
20
120
78
218
2013
0
87
60
147
2014
0
56
12
68

Sehingga November 2014, jumlah kanak-kanak yang masih ditempatkan di rumah perlindungan ehsan ialah seramai 25 orang.

13. MKN adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri dan adakah betul Kerajaan Persekutuan menggunakan PATI untuk meraih sokongan politik dan memberikan mereka dokumen pengenalan diri untuk tujuan mengundi?

PATI tidak boleh digunakan untuk meraih sokongan politik atau untuk digunakan sebagai pengundi kerana mereka bukan warganegara dan tidak
mempunyai dokumen yang sah. MKN tidak pernah mengeluarkan MyKad untuk mengundi (MKN hanya mengeluarkan Sijil Banci sahaja).

14. Apakah tindakan MKN selepas laporan RCI didedahkan?

MKN akan mengikut sebarang arahan dan keputusan Kerajaan untuk melaksanakan tugas-tugas selepas laporan RCI diumumkan.

15. Mengapa sebelum tahun 1989 urusan pelarian oleh Kerajaan Negeri dan mengapa ianya diberikan kepada Kerajaan Persekutuan selepas itu?

Kerajaan Negeri kurang kemampuan kewangan untuk urusan membekal makanan kepada semua tahanan di Pusat Tahanan Sementara di seluruh Negeri Sabah, tambang penghantaran balik (pengangkutan) untuk kos tambang dan feri serta kos pengurusan pengawal keselamatan di seluruh Pusat Tahanan Sementara di Negeri Sabah yang berjumlah jutaan ringgit setiap tahun. Pada tahun 2013 sahaja kira-kira RM20 juta telah dibelanjakan (dan ini tidak termasuk kos membina PTS yang berjumlah RM27 juta).

Pasukan keselamatan adalah di bawah Kerajaan Persekutuan, oleh itu pengurusan berkait dengan keselamatan adalah lebih mudah diurus oleh Kerajaan Persekutuan. Agensi-agensi ini adalah seperti PDRM, JIM, APMM, Tentera Laut dan Pasukan Petugas Khas Persekutuan (Sabah/Labuan).

Faktor-faktor lain yang membawa kepada penyerahan tugas mengurus pendatang asing diSabah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan oleh Kerajaan Negeri adalah kerana hal hubungan antara negara asing adalah bidang kuasa kerajaan Persekutuan (hubungan diplomatik) dan pertahanan negara. Hak berunding dengan negara-negara asing juga adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

16. Apakah tindakan MKN terhadap tuduhan bahawa MKN adalah punca kepada isu IC Projek di Sabah dan agensi lain hanya menjadi pelaksana?

MKN menafikan tuduhan ini kerana MKN hanya melaksanakan tugas-tugas yang berkait dengan keselamatan Negara. 

17. Bagaimanakah boleh wujud cawangan UMNO dalam kawasan penempatan?

Pewujudan cawangan UMNO adalah atas budi bicara dari pengurusan UMNO 
peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat.


18. Apakah tindakan MKN terhadap tahap keselamatan Pulau Gaya?

MKN mengkoordinasi tugas-tugas keselamatan bersama dengan jabatan-jabatan keselamatan yang lain seperti PDRM, ATM, ESSCOM, APMM,  Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan (DBKK). Contohnya dalam hal rondaan keselamatan dan penubuhan balai polis di Pulau Gaya.

Thursday 4 December 2014

Hasrat hendak fitnah Tun Mahathir gagal lagi #RCIsabah #PrkDr

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah mendapati terdapat warga asing mendapat kad pengenalan Biru Malaysia melalui sindiket dan telah mendaftar dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya Sabah.

Suruhanjaya menegaskan tiada sebarang penemuan yang menunjukkan terdapat pemberian kewarganegaraan yang sah dilakukan tanpa mengikut keperluan undang-undang kewarganegaraan sedia ada.

Ringkasan laporan Suruhanjaya ini telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa di Kota Kinabalu sebentar tadi.

Ini sekaligus menolak tanggapan bahawa kerajaan telah memberi kewarganegaraan secara besar-besaran dan sistematik kepada pendatang asing seperti dalam parti politik mengenai projek IC Mahathir.

Bagaimanapun terdapat keterangan mencukupi bahawa ada pendatang asing yang memiliki Kad Pengenalan Biru (kad pengenalan sebelum Mykad), resit pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara tidak sah melalui sindiket/individu tertentu telah mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya negara ini.

Suruhanjaya juga menegaskan pemilikan kad pengenalan biru atau resit pengenalan biru bukan bukti sah kewarganegaraan Malaysia melainkan mereka telah didaftarkan secara undang-undang sebagai warganegara.

Justeru suruhanjaya membuat kesimpulan terdapat warga asing telah mendaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya negeri sabah. Namun ia gagal menyatakan berapa ramai pemilik kad pengenalan palsu ini telah mendaftar dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan mengundi dalam pilihan raya Malaysia.

Sumber dari Aspirasi-bangsa

Wednesday 3 December 2014

LAPORAN #RCISABAH MULA DIJUAL ESOK #PRKDR

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah yang ditunggu-tunggu sekian lama akan mula dijual kepada orang ramai pada Khamis.

Laporan tersebut yang boleh didapati dalam versi Bahasa Melayu dan Inggeris berhargaRM100 senaskah.

Orang ramai boleh membeli laporan tersebut bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang diPejabat Setiausaha Ketua Menteri Sabah di Kota Kinabalu dan Pusat Sehenti di Putrajaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dalam lawatannya ke Sabah pada bulan lalu bahawa laporan RCI akan dijual kepada umum pada awal Disember.

Najib berkata panel khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan mengkaji cadangan-cadangan dalam laporan RCI itu.

Beliau berkata kerajaan bersetuju untuk menubuhkan RCI kerana mendapat persetujuan mengalakkan di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) terhadap langkah susulan bagi menangani masalah tersebut.

Panel lima anggota dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong menghantar laporan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong dan Najib pada Januari lalu.

RCI yang ditubuhkan pada 2012 ditugaskan untuk menyiasat kebanjiran pendatang tanpa izin (Pati) di Sabah.

Ia meliputi lapan terma rujukan termasuk menyiasat bilangan warga asing yang menerima kad pengenalan negara ini.

Mereka mendengar keterangan daripada 211 orang saksi.

KERAJAAN TUNAI JANJI BENTANG LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DI RAJA (RCI) PENDATANG ASING DI SABAH PETANG INI #RCISabah #PrkDr



Tiada apa yang perlu disorokkan kerajaan terhadap isu kehadiran pendatang asing yang ramai di Sabah apabila Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Pendatang Asing Di Sabah dibentangkan di Parlimen petang ini.

Bagi pembangkang mereka amat menantikan keputusan RCI Pendatang Asing Sabah itu yang disifatkan mereka sebagai kegagalan kerajaan dalam mengawal kehadiran pendatang asing selain mengaitkannya dengan politik.

Sebagai sebuah kerajaan yang diberikan kepercayaan oleh rakyat dalam mentadbir Malaysia, kerajaan BN di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sentiasa mendukung prinsip ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. 

Anggota panel itu juga terdiri daripada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon; bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa dan bekas timbalan ketua menteri dan bekas peguam besar Sabah Tan Sri Herman J Luping.

Prosiding tersebut bermula pada Januari 2013 apabila Manoj Kurup, Datuk Azmi Ariffin and Jamil Aripin dari Jabatan Peguam Negara dilantik sebagai pegawai pengendali bagi membantu suruhanjaya menyoal saksi-saksi.

Sememangnya, beberapa penjawat awam yang sebelum ini telah didapati bersalah kerana bersekongkol dan terlibat sama dalam kes pendatang asing di Sabah telah dikenakan hukuman setimpal tanpa memilih warna kulit dan pangkat.

Prinsipnya, yang salah tetap salah, dan yang benar tetap benar tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan sendiri.

Ini bukan isu hanya melibatkan Sabah sebaliknya ia juga telah diklasifikasikan sebagai isu nasional yang melibatkan kepentingan negara.



Justeru, apa sahaja keputusan RCI Pendatang Asing Sabah ini yang akan dibentangkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa di Kota Kinabalu harus diterima rakyat terutama pemimpin pembangkang yang sentiasa memutarbelitkan fakta.

Punca PATI Di Sabah #RCISabah #PrkDr

WAJIB TONTON : RCI SABAH VS SABAH FOR SABAH #RCISabah #PrkDr