Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday 30 April 2015

Wan Azizah & @CMLimGuanEng Nak Tanam @AbdulHadiAwang Hidup-hidup ??? #PRKPermatangPauh

Kini dipercayai telah ada satu gerakan untuk menjatuhkan Tok Guru Abdul Hadi Awang iaitu Presiden PAS dan terus menaikkan Mat Sabu dengan menyediakan kewangan yang cukup banyak.

Mat Sabu dipercayai ditaja oleh PKR dan DAP untuk mendapatkan jawatan Presiden PAS dari Hadi Awang. Mat Sabu dipercayai akan menggunakan wang tersebut untuk membeli undi dari perwakilan di Mutamar PAS nanti.

Hadi Awang menyatakan bahawa "Saya tahu mereka (PKR & DAP) berhabis duit untuk gulingkan saya dan ulama... tapi mereka tak faham makna kekuasaan Allah".

Kak Wan Kipas Pakai Line Prepaid ??? Betoi ke?? #PRKPermatangPauh

Dalam sidang media pagi tadi di Yayasan Aman, Wan Azizah menyatakan beliau menggunakan line prepaid atau pra bayar. Kak Wan tak pakai line ke? Macam tak percaya jer... siap tunjuk kad top up lagi... kad top up prepaid DIGI...

Nak kelentong pun biarlah nampak real... takkan lah seorang ADUN dan juga Presiden PKR pakai line pra bayar. Nampak sangat penipuan itu berlaku..

Bagi la nombor telefon..

Siapa Jadi Hacker Yang Godam Handphone ??? #PRKPermatangPauh

Laporan Polis telah dibuat oleh Cik Wong Chai Yi menyatakan  bahawa telefon bimbit beliau telah digodam. Setahu Black lah, yang ramai jadi hacker ni adalah dari PKR dan DAP. Kebayakannya adalah pakar dalam IT. Tidak mustahil mereka sendiri melakukannya dan menuduh pihak lain melakukannya.

Ini adalah kebiasaan PKR dan DAP. Mereka buat tapi menuduh orang lain yang buat. Baling Batu, Sorok Tangan. Ini permainan politik yang biasa dan selalu digunakan. Menggunakan taktik apabila terdesak.

Wednesday 29 April 2015

X PAS Pertikai Calon PKR !!! #PRKPermatangPauh

Khas Untuk Dewan Pemuda PAS PUlau Pinang #PRKPermatangPauh

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Sudah Buat "U Turn" RM 1 Juta Seorang ??? #PRKPermatangPauh



Hebat sungguh Abang Mat Sabu...

Dengan mengugut akan memecat beberapa ahli DPP Pulau Pinang, Abang Mat telah berjaya menjadikan DPP membuat "U TURN" pagi ini. Ahli PAS terbabit kini terpaksa akur dengan kehebatan Abang Mat Sabu.



Khabar angin menyatakan bahawa mereka telah menerima RM 1 Juta seorang untuk membuat "U TURN" ini. Nampak gaya Tok Guru Hadi Awang sudah kehilangan taring dan kini bakal terus dipinggirkan. Ulamak bakal tenggelam dan bakal hilang dari PAS. Hakikatnya sekarang RM lebih berkuasa dari segalanya termasuk ULAMAK.


Pelbagai alasan telah diberikan untuk mengaburi mata masyarakat dan ahli PAS yang lain bahawa kononnya mereka ini telah mendapat penjelasan yang cukup terperinci dari pihak pimpinan PAS Pusat yang diketuai Mat Sabu.

Tok Guru Hadi Awang bakal tewas di pemilihan presiden nanti kerana Mat Sabu mempunyai BACK UP kewangan yang kukuh. Wang boleh membeli segalanya termasuk MARUAH PAS.

Tahniah PEMUDA PAS kerana berjaya menjual Maruah anda demi kepentingan peribadi.

Tuesday 28 April 2015

RM 1.6 juta Ditaja Oleh Lim Guan Eng kepada PASMA ???!!! #PRKPermatangPauh



Menurut sumber yang boleh dipercayai di Permatang Pauh ini dengan menemubual beliau yang tidak ingin dikenali bahawa Lim Guan Eng telah menaja PASMA semasa Misi Banjir di Pantai Timur akhir tahun lalu sebanyak RM 1.6 juta.

Menurut sumber lagi, Guan Eng hanya menaja PASMA untuk misi ini adalah kerana mahu menarik sokongan ahli PASMA dan PAS menyokong beliau untuk terus berkuasa di Pulau Pinang. Ini membuktikan bahawa PASMA adalah PROKSI DAP di Pulau Pinang bagi menawan hati orang melayu terutama dari PAS (Golongan Ulamak). PASMA menjadi keldai tunggangan DAP dan pasti golongan haluan kiri PAS ini tidak mahu lagi mendengar kata-kata ulamak dan terus menolak ulamak terutamanya Tok Guru Hadi Awang.

KALAU ORANG PAS MAHUKAN KEPASTIAN LEBIH LANJUT BOLEH BERTANYA SENDIRI KEPADA GUAN ENG DAN MAT SABU...

Abang Mat Bakal Menantu Kak Wan ??? From #PRKPermatangPauh With Love !!!







Baeekkk punya kipas.... Kak Wan kipaskan Abang Mat Sabu, Abang Mat tersipu malu.. ala malu-malu kucing. Sambil itu Abang Mat pula sempat bermain mata dengan Nurul Izzah. Izzah pun senyum sambil menjeling manja... Adakah Abang Mat bakal menantu Kak Wan dan bakal suami baru Izzah??? seperti ada sesuatu.

Hebat Abang Mat ni... dahulu pernah membuat kejutan di Kajang dan Teluk Intan. Cuba tonton video dibawah...


Monday 27 April 2015

Menggadai Maruah Atau Pertahan Maruah ??? #PRKPermatangPauh



Antara terpaksa menggadai maruah dan pertahan maruah.. masih tidah mendapat membuat pilihan.

Inilah dilema yang melanda Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan Pemuda PAS Permatamg Pauh.

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang WAJIB teguh dengan pendirian dan tidak tunduk dengan kehendak DAP dan PKR.

Kerajaan Memang Zalim... #PRKPermatangPauh







Siapa kata kerajaan tak zalim...??? Memang zalim.

Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng teramat zalim kepada rakyatnya sendiri. Ini terbukti. Bil air di negeri ini telah dinaikkan 4 kali sejak pemerintahan ala Firaun iaitu CM Lim Guan Eng walaupun baru memerintah selama 7 tahun...



Sunday 26 April 2015

Parti KeluaRga !!! #PRKPermatangPauh



Tahniah Kak Wan yang telah menjadi calon PKR di PRK Permatang Pauh. Namun sudah tiadakah calon lain selain dari Kak Wan? Adakah PKR sudah ketandusan calon sehingga terpaksa meletakkan Kak Wan sebagai calon di PRK ini?

Sekiranya Kak memenangi kerusi PRK Permatang Pauh ini, dapatkah Kak Wan menjaga kedua-dua kawasan yang berlainan tempat iaitu DUN Kajang dan di sini? Kajang bukannya di Pulau Pinang. Jauh oooo... bolehkah seorang itu menjaga permasalahan rakyat setempat?

Selain tugas sediada sebagai ADUN dan bakal ahli parlimen, Kak Wan juga terpaksa menjaga cucu kerana Kak Wan pernah menyatakannya mahu menjaga cucu. Selain itu beliau juga berulang-alik ke Penjara Sungai Buloh untuk menziarahi Abang Non.

Persoalannya...

MAMPUKAH KAK WAN MELAKSANAKANNYA DENGAN BAIK ? ATAU HANYA INGINKAN KERUSI PERMATANG PAUH, TETAPI HANYA BERULANGALIK KE SUNGAI BULOH DARI SEGAMBUT ?


Sekitar Penamaan Calon #PRKPermatangPauh di IKBN Bukit Mertajam



Kredit kepada KLXPress...

Bawang Merah Banyak Hendak Dibawa Ke #PRKPermatangPauh ???



Drama 'AIRMATAakan berulang di Permatang Pauh. Kak Wan pasti akan menggunakan teknik dan teknik yang sama di Kajang dengan menggunakan airmata untuk meraih simpati dari pengundi di Permatang Pauh. Konon Abang Non dianiayai oleh BN. Lakonan ini akan diteruskan sehingga hari pengundian nanti iaitu pada 7 Mei 2015.

Untuk meraih simpati para pengundi, Kak Wan sanggup lakukan apa sahaja demi memenangi kerusi yang ditandingi.

Terbukti di Kajang, lakonan airmata Kak Wan cukup berkesan sehingga setiap program yang beliau hadiri akan menitiskan airmata.

Kemungkinan Kak Wan akan membawa bawang merah untuk membantu beliau menitiskan airmata.....

Fikir-fikirkanlah...

Kesian... Kak Wan Teraniaya, Telah Disumpah !!! #PRKPermatangPauh



 Bandar Kajang mengalami banjir kilat ketika Kak Wan baru menjadi YB Kajang
 Sebahagian dari Pusat Bandar Kajang
  Sebahagian dari Pusat Bandar Kajang
 Sebahagian dari Pusat Bandar Kajang


 Permatang Rawa Hujung, PDM Simpang Empat di Permatang Pauh dilanda banjir kilat ketika Kak Wan diumumkan sebagai calon PKR di PRK Permatang Pauh
Permatang Rawa Hujung, PDM Simpang Empat di Permatang Pauh dilanda banjir kilat ketika Kak Wan diumumkan sebagai calon PKR di PRK Permatang Pauh






Saturday 25 April 2015

Stopa Spender Tertinggal Sesuatu Di Belukar ??? #PRKPermatangPauh



Stopa Spender asyik khusyuk melayan Azmin Ali, beliau telah telupa sesuatu perkara yang amat penting pada dirinya. Ianya boleh menjejaskan kedudukan beliau diperingkat pimpinan PAS. Tertinggal di belukar pulak tu... Naya betoi.. 







Golongan taksub PASMA hanya memerhati dari jauh,... terbiar.. tersisih.. terpaksa duduk di belukar kerana ditinggalkan oleh Stopa Spender... 

Hanya PAS dari Selangor sahaja yang Hadir...!!! Mana PAS Permatang Pauh ??? #PRKPermatangPauh





Gambar diatas adalah semasa perarakan Penamaan Calon bagi Pakatan Haram di IKBN, Bukit Mertajam, untuk PRK Permatang Pauh yang mana calon dari PKR adalah Kak Jijah Kipas.

Nampak gayanya PAS Permatang Pauh benar-benar menolak PKR yang menolak Hudud. Yang hadir hanyalah dari golongan PASMA. Mat Sabun, Nizar Puppet dan beberapa pimpinan PASMA turut kelihatan .

Tahniah untuk PAS kerana membuktikan kepada Kak Wan Jijah Kipas bahawa pendirian PAS adalah kekal dan tidak berbelah bahagi. PAS seharusnya terus kekal dengan pendirian ini dengan membuktikannya pada 7 Mei nanti.

PAS seharusnya bertanding atas kapasiti dirinya sendiri .

Kanak-kanak Terus Diperguna !!! #PRKPermatangPauh

Nampak gayanya penggunaan kanak-kanak sebagai 'Pemancing' terus digunakan oleh golongan PKR yang tidak bertanggung. Kanak-kanak terus dijadikan 'Kambing Hitam'. Kesian mereka diheret ke kancah oolitik dalam umur yang begitu muda.

Seharusnya ibubapa yang ingin berpolitik, tidak membawa kanak-kanak kerana ianya akan lebih membawa kemudaratan. Kesian kanak-kanak ini.

Friday 24 April 2015

Najib Menari Joget ??? #PRKPermatangPauh



Kredit kepada Gedung Kartun

UMNO Tolak Hudud... Kafir ??? #PRKPermatangPauh


UMNO kafir , kerana tak sokong HUDUD , ok, di Kelantan Hudud mendapat sokongan UMNO..!



PKR memang Tolak Hudud... tengok sahaja statement Rafizi..


Haram undi PKR di Permatang Pauh kerana tolak Hudud, yes… ' Omar Hassan '
Wakil DAP sekerat pun tak datang ke Rompin untuk sokong PAS, aduh ' Ustaz Nazri Ahmad '..PAS patut kahak kan ajer PKR dan DAP..



PAS Tidak Dipandang Terus Oleh PKR !!! #PRKPermatangPauh



PAS terus dipandang sepi dan tiada rasa hormat dari PKR. Dalam PRU lalu mereka ini terpaksa meminta bantuan PAS untuk memenangi Kerusi PRU. Tetapi apabila telah memenangi kerusi, rasa hormat dan terima kasih kepada PAS langsung tiada. PAS hanya dijadikan tempat PEMIJAK untuk terus naik.
Dari pemerhatian Black semasa PRU lalu, PAS lah yang banyak bertungkus-lumus untuk memastikan kerusi yang dimenangi itu milik Pakatan Haram. PAS tidak segan silu terus berjuang walaupun mereka tahu calon yang dibawa bukanlah dari parti mereka. PKR hanya melihat dan duduk rehat.

Para pejuang siber PAS juga tidak kurang hebatnya di alam maya. Namun PKR? hanya membuta dan menyatakan dalam hati bahawa pejuang PAS boleh di KELDAI kan...

Kepada penyokong dan hardcore PAS... sanggupkah kamu semua terus dipijak dan dikeldaikan lagi...???

Thursday 23 April 2015

Budak Kecil Pun Tahu Makna SUMPAH...!!! #PRKPermatangPauh


Masjid Daerah Seberang Perai Tengah menjadi bukti dimana YAB PM telah membuat sumpah laknat. Sekiranya sumpah itu satu penipuan, maka Najib pasti dilaknat oleh Allah. Kanak-kanak pun tahu bahawa perkataan sumpah tidak boleh dibuat main.
Tetapi Abang Non tidak berani membuat sumpah laknat. Mengapa jadi begitu? Adakah beliau benar-benar MAKSUM dan tidak melakukan kesalahan. Kalau bersalah mengaku sahaja lah bersalah,  dan sekiranya tidak bersalah, maka jangan takut melakukan sumpah laknat ini. Sehingga sekarang, masih berani melakukannya.

Tidak Seindah Wajah : #PRKPermatangPauh



Hayati lagu ini dengan penuh maksud yang tersurat dan tersirat...

Wednesday 22 April 2015

Video Wajib Tonton : Daddy Cool #PRKPermatangPauh



Kredit kepada Gedung Kartun

RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI !!! #PRKPermatangPauh



ANWAR dan KIT SIANG pernah menjadi orang tersohor, dan rambut mereka masa itu masih lagi hitam berkilat, namun kedutan di muka tidak lagi boleh disembunyikan. Bancian menunjukkan mereka berdua tidak lagi menjadi kegemaran ramai. Ada yang menganggap kedua-duanya menjadi penghalang kepada putaran bumi ini. Anwar dan Kit Siang pada masa ini boleh dianggap sebagai pahlawan hebat yang telah lesu dan mengah.
PEMIMPIN ini pernah memegang jawatan Setiausaha dan Ketum, iaitu jawatan yang paling berkuasa dalam parti mereka. Malangnya dalam tempoh berkenaan parti berkenaan meronta-ronta, sekejap tenggelam dan sekejap timbul. Terdapat ramai bijak pandai dalam parti tetapi mereka mengambil keputusan untuk berundur kerana tidak sehaluan. Jangan asyik menuding jari menuduh orang lain tidak mahu berundur.
KERANA polemik hudud! Ia telah menyebabkan Parti Keadilan Rakyat berpe­cah, UMNO memberi sokongan, parti yang tidak berjenama enggan mengambil tahu. DAP dan parti-parti yang memperjuangkan nasib orang Cina membantahnya. Meskipun bantahan dibuat, hudud telah diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.
SEMASA PRU 2008 dan 2013, Pas mengabaikan hukum hudud ini buat sementara dan menukarnya kepada negara berkebajikan. Mungkin pada masa itu pengaruh Anwar terlalu kuat? Dan Arwah Nik Aziz terlalu menjaga hati rakan politiknya DAP.
IBARAT barang palsu atau tiruan yang tidak akan bertahan lama, begitulah pakatan pembangkang. Sandiwara politik antara mereka kini semakin sampai ke penghujungnya. Kepura-puraan dalam menjalin kerjasama sudah tidak dapat lagi dilindungi oleh retorik dan hipokrasi politik.

TIDUR  tidak SEBANTAL!

HUDUD Dibawah Kaki PKR !!! #PRKPermatangPauh



Pendirian PKR menolak terus perlaksanaan Hudud di Kelantan dan tiada sokongan kepada perlaksanaannya menjadikan PAS memberi kata dua kepada PKR untuk menarik balik penolakan Hudud dan memohon maaf kepada PAS. Sekiranya tiada tindakan dari PKR tentang isu penolakan Hudud ini, maka PAS akan juga menolak PKR dan memboikot PRK Permatang Pauh.
HUDUD sememangnya berada di tapak kaki PKR yang sebelum ini dinaungi oleh Abang Non dan disambung secara tradisi oleh isterinya. Dan bakal diteruskan tradisi ini oleh legasi Abang Non iaitu anak-anaknya.
Sebagai seorang Islam, Hudud adalah hukum ALLAH yang wajib dilaksanakan, dan bukan diletakkan di TAPAK KAKI.






Proksi DAP Di Tolak Di Pulau Pinang !!! #PRKPermatangPauh

Siapa Proksi DAP yang ditolak di Pulau Pinang ? Takkan tak tau kot?

Beliau hanya menerima 2 sahaja pencalonan dari kawasan. Macam inikah pemimpin yang ingin memimpin PRK Permatang Pauh ? Ini mebuktikan bahawa akar umbi menolak kepimpinan beliau termasuk di Permatang Pauh.

DAH KENEI TAK?

Abang Mat Sabu terus ditolak kerana telah lama menjadi proksi DAP dan Anwarinas di dalam PAS.
Presiden Pas, Hj Abdul Hadi Awang terus mendapat sokongan untuk terus kekal sebagai Presiden. HUDUD WAJIB dilaksanakan. Sekiranya Mat Sabu yang menjadi proksi kepada DAP ini menjadi pemimpin dan bukan Hj Abdul Awang, sudah pasti HUDUD Tidak akan dilaksanakan.

Syabas kepada Hj Abdul Hadi kerana memperjuangkan HUDUD.

TAKBIR...ALLAHU AKBAR.

Tuesday 21 April 2015

Saifuddin Nasution Bakal Calon PKR Permatang Pauh ??? Penyokong PAS mahukannya ??? #PRKPermatang Pauh



Desas-desus kuat menyatakan bahawa Saifuddin Nasution akan dicalonkan menjadi calon di Permatang Pauh. Siapa Saifuddin Nasution ni? Saifuddin Nasution adalah Bekas Setiusaha Agung PKR.

Saifuddin Nasution berasal dari Pokok Sena Kedah. Nama 'Nasution' dapat dikaitkan dengan keturunan Mandailing di tengah Sumatera, Indonesia. Beliau mendapatkan pendidikan di Tamagawa Gakuen, Tokushima Jepun dan mendapatkan Sijil Pengurusan Latihan. Selain itu beliau mendapat Sarjana Sains (Agronomi) dari Universiti Putra Malaysia.

Saifuddin Nasution sememangnya layak menjadi calon PRK Permatang Pauh kerana disukai oleh penyokong PAS dan lebih berkaliber berbanding Dr Wan Azizah dan Nurul Nuha. 

Sembang-sembang kedai kopi juga kuat dikatakan kemungkinan besar bahawa Saifuddin akan memenangi PRK ini sekiranya dilletakkan sebagai calon. 

"Kami mahu Saifuddin menjadi calon kali ini, itupun kalau mahu menang" kata seorang penyokong tegar PAS yang tidak mahu dikenali.