Barisan Nasional dan UMNO Bahagian Lumut menyokong siapa sahaja yang menjadi calon Barisan Nasional DUN Pasir Panjang. Tidak kira calon itu siapa pun. Mungkin Black sendiri jadi calon. Mungkin juga Dr Azizah, mungkin juga Dato' Ahmad Zamri dan mungkin sesiapa sahaja yang direstui oleh YAB PM Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Di DUN Pasir Panjang, jentera dan semua ahli dalam Barisan Nasional telah bersumpah setia akan menerima sahaja calon yang dicalonkan.
Banner ini dipercayai dibuat oleh pembangkang adalah bertujuan untuk memecah belahkan UMNO dan Barisan Nasional. Ini membuktikan pembangkang sudah tidak ada isu yang ingin dipermainkan. Jadi, sekiranya mereka berjaya memecahbelahkan UNMO dan BN mereka akan berjaya mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang.
BLACK PANTHER
Berhati-hatilah semua penyokong BN. Pasa masa sekarang kebanyakan isu nasional yang pakatan bangkitkan telah berjaya dikantoikan. Jadi untuk mengekalkan momentum kebencian ini mereka akan beralih kepada isu calon pulak selepas nama-nama calon BN diumumkan. Mereka akan buat apa saja kerana tenaga 'perang saraf' mereka banyak.
ReplyDelete