PR TIPU 1
#MPmalas Nurul Izzah hilang 4,637 undi kerana ketololan diri sendiri #tolakPR #undiBN #PRU13
http://tunfaisal.blogspot.com/2013/04/mpmalas-nurul-izzah-hilang-4637-undi.html
PR TIPU 2
#Kantoi PR cuba tipu kertas undi, fitnah SPR #tolakPR #PenipuRakyat #PRU13
http://tunfaisal.blogspot.com/2013/04/kantoi-pr-cuba-tipu-kertas-undi-fitnah.html
PR TIPU 3
KENYATAAN
MEDIA
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA Malaysia
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin merujuk kepada penyebaran
maklumat melalui laman sosial kononnya ada seorang pengundi bernama Ab Rapar
bin Awang yang memiliki tiga nombor kad
pengenalan (MyKad) yang berbeza. Menurut laman sosial itu, oleh kerana individu
ini mempunyai tiga nombor kad pengenalan yang berbeza, maka individu ini akan
dapat mengundi di tiga tempat yang berbeza. Laman sosial itu juga telah
memaparkan paparan semakan Maklumat Pengundian individu itu yang menunjukkan
bahawa individu itu adalah seorang pengundi berdaftar dan akan mengundi di tiga Pusat Mengundi yang berbeza,
iaitu di Sek. Keb. Balok, Sek. Keb. Bukit Setongkol dan Sek. Keb. LKTP Bukit Kuantan. Kesemua Pusat
Mengundi itu adalah di Pahang.
2. Untuk
makluman semua, pengenalan diri kepada pengundi atau identifier yang digunakan untuk merekod senarai pengundi di dalam Daftar
Pemilih ialah nombor kad pengenalan dan bukannya nama. Ini kerana SPR menyedari
bahawa, jika menggnakan nama sebagai identifier pengundi dalam Daftar Pemilih
akan menyebabkan kekeliruan kerana memang ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama
tetapi mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza. Sebagai contoh, bagi ejaan
nama Ismail bin Ibrahim terdapat 1,507 nama dalam Daftar Pemilih, Fatimah binti
Abdullah (1,401 nama), Fatimah binti Ismail (1,377 nama), Fatimah binti Ahmad
(1,377 nama) Ismail bin Ahmad (1,368 nama), Azizah binti Ahmad (1,039 nama).
3. Berdasarkan
nama-nama ini, semakan SPR mendapati nombor kad pengenalan 12 angka mereka adalah
berbeza dan gambar pada kad pengenalan mereka juga berbeza yang menunjukkan bahawa mereka adalah
individu yang berbeza, hanya ejaan nama sahaja yang sama. Oleh itu, jika ada ada pihak-pihak yang mendakwa nama
yang sama ini adalah merujuk kepada
individu yang sama, maka dakwaan itu TIDAK BENAR. Ini kerana adalah
mustahil bagi seorang individu bernama Ismail bin Ibrahim ini memiliki 1,507
kad pengenalan kerana nombor kad pengenalan atas nama itu adalah berbeza-beza.
Begitu juga jika ada yang mendakwa bahawa individu ini boleh mengundi lebih daripada sekali juga adalah TIDAK
BENAR.
seterusnya
No comments:
Post a Comment