Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday 24 January 2013

Projek Petrokimia: PAS Utamakan Orang Johor Dari Orang Kelantan?

Beberapa hari lepas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman untuk melaksanakan tujuh projek pembangunan berskala besar untuk Kelantan semasa merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di RTC Tunjong, Kota Bharu.

Projek pembangunan itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek bekalan air bersih.

Berikutan itu ada sesetengah penyokong dan pemimpin PAS tampil mempersoalkan kenapa projek pembinaan kompleks petrokimia yang melibatkan pendaratan & penapisan minyak dan gas di Pantai Senok, Bachok tidak dimasukkan sekali dalam pakej pembangunan yang diumumkan oleh PM.

Bagi yang celik akal dan minda tentunya sedang tersenyum simpul mendengar tuntutan sedemikian. Persoalannya kenapa?

Umum mengetahui di Pengerang, Johor tika ini usaha Kerajaan Pusat melalui Petronas untuk membina kompleks petrokimia membabitkan pendaratan dan penapisan minyak (Rapid Pengerang) telah menerima bantahan daripada PAS dan sekutu mereka.

Para pemimpin PAS dan PR serta NGO proksi mereka giat melancarkan kempen hasutan kepada penduduk kononnya projek kompleks petrokimia di Pengerang itu akan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar selain menyebabkan risiko keselamatan kepada penduduk.

Dilihat pada propaganda dan hasutan PAS serta PR di Pengerang, logiknya ia menggambarkan keprihatinan mereka terhadap isu alam sekitar, kesihatan dan nyawa rakyat Johor. Itu yang kelihatan dari pandangan kasar.

Bila dibandingkan pula dengan tuntutan PAS supaya kompleks petrokimia yang sama di bina di Kelantan, ia seakan menunjukkan PAS amat mengutamakan keselamatan rakyat Johor berbanding nasib rakyat negeri Kelantan, bukan begitu?

Tapi hakikat sebetul-betulnya, percanggahan ketara itu hanya menyerlahkan betapa hipokritnya pemimpin PAS & PR. Mereka membantah Rapid Pengerang bukan atas isu alam sekitar, kesihatan dan demi nyawa rakyat pun. Sebaliknya bertujuan untuk mensensasikan sentimen penduduk sahaja.

Wednesday 23 January 2013

Seminar Nusantara: Apa Seterusnya?

Pembentangan kertaskerja sekitar Seminar Nusantara pada 18 – 20 Januari lalu wajar diambil sebagai panduan bagi seluruh umat Islam, khasnya di Malaysia dalam mengatur langkah mengharungi cabaran dan halangan dalam berbagai bentuk dan arah. 

Dalam konteks Malaysia, yang mana umat Islam masih tercari-cari identiti dan arah tuju, pembentang dari Indonesia oleh YBhg. Prof. Dr. Hj Ali Mustafa Yakub  yang membawa tajuk ‘Pemurnian Pemikiran dan Pembangunan Umat Islam Indonesia’ cukup menarik untuk dijadikan rujukan.   Mengupas sejarah Islam di Indonesia, beliau menyimpulkan bahawa Islam itu tidak khusus kepada bangsa atau budaya Arab serta tidak tertakluk kepada imej tetap.  Contohnya,  pakaian jubah, serban ala Arab atau bentuk kubah bukanlah simbol atau tanda Islam, ia hanyalah bersumberkan inspirasi dan imaginasi manusia yang dipengaruhi budaya yang juga dipengaruhi oleh iklim persekitaran si-perekanya. 

Meletakkan satu ‘imej’ khas terhadap Islam boleh menimbulkan permasalahan di mana umat Islam cenderung untuk membuat penilaian sendiri apa yang Islam, apa yang tidak cukup Islam dan apa yang tidak Islam.   Sedangkan, Islam itu telah ditegaskan sebagai sesuai dengan semua tempat dan zaman.   Maka, apabila Islam mula sampai di Jawa, ia tidak pernah menukar budaya, imej, struktur dan arkitektur Jawa.   Kerana itu, ia mudah diterima masyarakat Jawa tanpa banyak bicara kerana mereka tidak perlu membuat apa-apa perubahan drastik dari segi landskap kehidupan mereka, selain dari berusaha menjadi manusia yang lebih baik dan memperbaiki hubungan sesama manusia, di samping melakukan ibadah dan meninggalkan yang mungkar.   

Pendek kata, ia lebih merupakan perubahan dari segi kerohanian, menyucikan hati serta belajar mengenalpasti batasan-batasan dan peraturan bagi membentuk masyarakat yang lebih maju dan bertamadun.  

Mengambil pengajaran dari kertaskerja ini, umat Islam di Malaysia wajar mengakui betapa kita telah keterlaluan dalam melebihkan ‘imej’ berbanding perkara pokok dalam Islam.   Akibatnya, wujudlah masyarakat Islam yang gemar menilai sesama sendiri sehingga membawa kepada perpecahan.    Dari situ timbullah sikap suka mendewa-dewakan seseorang berdasarkan ‘imej’ sehinggakan begitu mudah sekali seseorang itu dinobatkan sebagai ulama, iaitu dengan hanya menepati menonjolkan ‘imej’ Islam mengikut purata piawaian pendapat masyarakat.  

Masalah ini dikupas dengan jelas oleh pembentang dari Malaysia iaitu Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba, Pensyarah UIA dalam kertaskerja yang bertajuk ‘Islam di Asia Tenggara:  Cabaran dan Harapan’.  Menurut Prof. Sidek umat Islam di Malaysia kini diancam pemikiran cetek dan remeh akibat meletakkan ‘imej’ sebagai mengatasi ‘ilmu’.  Hari ini, konsep ‘dakwah’ di Malaysia adalah dalam bentuk sindiran atau ‘bidas’, kalaupun tidak mengutuk mereka-mereka yang ‘berdosa’ di mata para pendakwah.  Akibatnya, wujudlah masyarakat yang prejudis, yang memandang serong sesama sendiri, biadap dan tidak bersatu padu sedangkan pendakwah sebenar seharusnya membawa semangat kasih sayang, hormat menghormati, perpaduan serta melarang keras sikap suka menghukum atau menilai sesama manusia. 

Konsep ini diterangkan dengan jelas oleh Ustaz Kamal Saidin dalam sessi berasingan tetapi turut merupakan kesinambungan dari seminar ini.  Menurut Ustaz Kamal, dalam bahasa mudahnya, “ulama-ulama ini suka mengambil-alih kerja Allah SWT (menghukum) tetapi tidak menjalankan kerja yang diamanahkan kepadanya.”

Kerana ulama atau pendakwah beginilah maka masyarakat Islam hari ini meletakkan sepenuh tumpuan pada imej kerana bimbang disindir atau dibidas oleh orang lain sedangkan asas Islam di dalam diri sendiri masih lagi terlalu lemah.  Semuanya sibuk ‘menyempurnakan’ imej, lalu meremehkan tugas untuk ‘melengkapkan’ ilmu dan kadangkalanya, amalan juga. 

Keadaan inilah yang memudahkan sebahagian dari kita begitu mudah untuk tergelincir akidah atau tersesat yakni, terlalu mudah diperdaya atau ditarik keluar terus dari Islam walaupun pada dasarnya penampilan mereka ini menepati imej Islam menurut pendapat masyarakat.   Tidak kurang juga yang memberontak tanpa sedar akibat sering dicemuh, diejek dan diperlekehkan semata-mata kerana penampilannya tidak menepati piawaian yang dikehendaki oleh masyarakat sehingga akhirnya menimbulkan benci serta mempersoalkan kemurnian Islam. 

Masalah Ulama tidak membuat kerja mereka yang sepatutnya tetapi sibuk membuat kerja Allah SWT ini menyebabkan seruan Islam tidak sampai kepada mereka yang sepatutnya.   Sedang para Ulama sibuk ‘mengIslamkan’ negara, undang-undang dan orang yang telah sedia Islam atau mengkafir dan memurtadkan sesama Islam, mereka telah terlepas pandang akan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak serta orang Asli di sekitar semenanjung yang belum menerima seruan.  

Antara yang didedahkan di dalam perbincangan lanjutan dari seminar tersebut juga ialah mengenai kisah-kisah kaum bumiputera yang ingin benar mengetahui tentang Islam tetapi terlebih dahulu didekati oleh puak Kristian.   Walaupun begitu, mereka tidak pernah memadamkan keinginan untuk mempelajari Islam dan sering menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan maklumat tentang Islam di mana saja ada kesempatan seperti ceramah di sekolah dan sebagainya.  Di masa yang sama usaha puak Kristian untuk mendekati mereka sentiasa ditingkatkan tetapi tiada usaha langsung dari pihak ulama Islam untuk berbuat yang sama. 

Apabila memikirkan bagaimana di kalangan masyarakat Islam memakai ‘imej’ Islam dan sudah mempelajari Islam sejak kecil juga masih boleh disesatkan oleh Ulama palsu atau dimurtadkan oleh pendakwah agama lain, maka apatah lagi mereka ini yang tiada asas mengenai Islam. Walaupun mereka memendam minat kepada Islam, mereka-mereka ini tentu saja mudah dikelirukan dengan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain. 

Justeru, apa yang dapat disimpulkan dari Seminar Nusantara ini ialah masalah yang melanda Umat Islam hari ini telah berakar umbi dan bercabang-cabang.   Namun, sehingga kini, walaupun para pembentang dapat mengupas dan mencari puncanya, penyelesaiannya masih terlalu jauh.   Jalannya juga masih terlalu kabur. 

Dari situ, saranan Tuan Haji Zakariyya Adam, Ahli Parlimen Kemboja dan juga pembentang kertaskerja bertajuk “Pembangunan Sosioekonomi Muslim Kemboja” agar diwujudkan satu Pusat Rujukan Islam Tertinggi bagi rantau ASEAN yang merangkumi Ulama-ulama serantau untuk menangani kesemua masalah ini secara bersepadu dan tersusun.  

Kesimpulannya, Seminar Nusantara telah berjaya dilaksanakan, tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa tanpa tindakan susulan yang tegas dan pantas.

Ketua Dewan Pemuda PAS & Kejantanan Jadi-Jadian

Membaca kenyataan terbaru Nasrudin Hassan yang keras membidas Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung tuntutannya supaya PAS mengkaji semula keputusan Majlis Syura dalam isu kalimah Allah s.w.t tentunya ada yang terfikir betapa jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu.

"Saya bersama Pemuda Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diputuskan sebulat suara. Karpal Singh usah campur," tegas Nasrudin kepada Utusan Malaysia.

Dengan penegasan itu bermakna Dewan Pemuda PAS sebulat suara setekad hati untuk menjunjung keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS yang bemesyuarat pada 13 Januari 2013 untuk menghalang penggunaan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Sepintas lalu dibaca berkemungkinan ramai penyokong PAS yang melihat dunia dari bawah tempurung akan meremang bulu roma bersemangat meluap-luap dalam jiwa. Mungkin ada yang terdetik dalam fikiran menyanjung keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS itu menyanggah teguran 'lembut' dari Karpal Singh.

Itu satu kebiasaan dalam PAS dan sudah menjadi tabie penyokongnya mudah lupa perkara lama kerana jarang sangat dikalangan orang PAS yang berfikir guna akal sendiri sebaliknya lebih kerap menerima buta tuli saja segala yang keluar dari mulut pemimpin mereka.

Tapi bila ia dibaca oleh khalayak yang luas pemikirannya boleh jadi tersembur muntah keluar segala isi perut. Mana tidaknya kalau dah kenyataan oleh Nasrudin pada 21 Januari 2013 itu jelas bercanggah benar dengan pendiriannya yang dinyatakan dua minggu lalu.

Dalam kenyataan pada 10 Januari 2013 itu, Nasrudin secara terbuka menyokong ketetapan rasmi PAS yang dipersetujui melalui Presidennya, Abdul Hadi Awang untuk membenarkan orang Kristian mencetak kalimah Allah s.w.t ke dalam kitab Bible.

"Rasanya tidak perlu saya mengulas perkara itu kerana Presiden sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Kenyataan itu sudah menjadi pendirian parti dan kami Pemuda Pas menyokong pendirian tersebut," itu kata Nasrudin dua minggu lepas.

Maksudnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu beriktikad sepenuh hatinya dengan keputusan Hadi Awang untuk membenarkan kesucian kalimah Allah s.w.t dinodai oleh pendakyah Kristian sebagaimana dituntut oleh DAP.

Disebabkan keputusan yang dipersetujui oleh Presiden PAS itu dan disokong pula oleh nasrudin selaku Ketua Dewan Pemuda PAS, maka berbondong-bondonglah pengikut parti itu mengelurkan hujah untuk menyokong ketetapan yang diambil.

Semuanya dilakukan kerana Presiden, Mursyidul Am dan Ketua Dewan Pemuda PAS seia sekata yang orang Kristian boleh guna kalimah Allah hatta sekalipun untuk dicetak dalam Bible versi Bahasa Melayu yang tujuan tersiratnya untuk memesongkan akidah umat Islam.

Persoalan sekarang kenapa kini Nasrudin berubah? Apa jenis jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ini kalau dah sikap dan pendiriannya berubah-ubah dan tidak tetap?

Jika Nasrudin boleh berubah pendirian hanya kerana atas dasar wala' dan taat buta tuli pada keputusan pemimpin dan parti sedangkan sudah terbukti parti yang didukungnya memanjang saja flip flop, tak mustahil selepas ini PAS sekali lagi menukar pendirian dalam isu kalimah Allah, Nasrudin juga akan u-turn sama.

Lagi penting untuk dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS paling lemah kepimpinannya dalam sejarah parti itu ialah, sejauh mana beliau sanggup membuktikan kejantanannya dalam mendaulatkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS supaya ia menjadi dasar rasmi PR?

Sekarang PR bergerak hasil gabungan bersama DAP, PKR dan PAS, mana mungkin PAS kekal dengan pendirian baru yang bercanggah dengan ketetapan rasmi PR?

Seandainya PAS terus kekal bersama PR itu maksudnya PAS telah redha dengan dasar rasmi PR dalam isu kalimah Allah, jika demikian tiada gunanya kejantanan jadi-jadian yang dipersembahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, betul tak?

Isu Kalimah Allah: Petunjuk Pemerintahan Syaitan Berkepala Tiga

Isu Kalimah Allah yang menggelegak di dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan sejuk.    Sifat kiasu semulajadi DAP tidak memungkinkan parti tersebut berganjak walau seinci.   Manakala, PAS pula terdesak ingin meyakinkan penyokong mereka bahawa mereka mampu mempertahan Islam.    Sementara PKR  mengambil pendirian serupa dengan DAP atas alasan ianya telah dipersetujui lebih awal di dalam pakatan mereka termasuk oleh PAS.  

Justeru, U-turn yang dibuat PAS berdasarkan keputusan Majlis Syura adalah tidak boleh dipakai atas alasan kesilapan PAS tidak merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu sebelum bersetuju, tidak harus dibebankan kepada PR.  

Akhirnya, yang perlu menanggung akibat dari kesilapan PAS tersebut adalah Islam dan umat Islam.  

Namun, sebagai umat Islam, kita telah diajar agar melihat hikmah di sebalik sesuatu.  Hikmahnya dari ‘tragedi’ ini ialah kita diperlihatkan dengan jelas gambaran corak pemerintahan Pakatan Rakyat yang haru biru.   Lihat saja bagaimana walaupun setelah beberapa minggu berlalu, isu ini masih juga belum selesai.  

DAP dan PKR sepakat berpegang kepada keputusan awal dan membakulsampahkan saja PAS dan Majlis Syuranya.  PAS pula masih ingin bertahan, mungkin sebahagiannya atas keinsafan dan sebahagian lagi atas keperluan kepada sokongan umat Melayu. 

Apa pun faktornya, kita tidak melihat kesungguhan dan kekuatan PAS kerana di dalam laporan media rasmi mereka seperti Harakah mahupun Harakahdaily, PAS masih menafikan yang keputusan Majlis Syura tersebut adalah U-turn, tetapi konon konsisten untuk tidak membenarkan Kalimah Allah diguna bukan Islam. 

Harakah menipu pembacanya bahawa U-turn itu hanyalah putar-belit media UMNO.  Sedangkan yang bangun menempelak pendirian U-turn PAS adalah DAP dan PKR dan bukan hanya UMNO.   Tetapi, malang sekali, Harakah terlalu takut untuk menempelak DAP atau PKR, dan hanya berani menempelak UMNO.   

Jelas di sini  bahawa kuasa tertinggi tidak wujud di dalam PR melainkan secara ilusi.  Jika tidak sudah tentu kuasa tertinggi akan meletakkan noktah kepada isu ini hanya dengan satu arahan. 

Tetapi ini tidak berlaku kerana Anwar Ibrahim, yang sepatutnya memainkan peranan sebagai Ketua Umum, hanyalah simbol kepimpinan Melayu semata-mata.  Sedangkan hakikatnya, kedudukan Anwar adalah jauh lebih rendah dari pegawai biasa parti DAP seperti Zairil yang memakai nama Melayu tetapi bukan Melayu.   Anwar hanya boleh membuat kenyataan, tetapi kenyataan Anwar samalah seperti kenyataan Majlis Syura, iaitu tiada bernilai walau satu sen jua. 

Di dalam Barisan Nasional, semua parti-parti komponen menerima Pengerusi BN sebagai Ketua di mana walaupun semua keputusan dibuat secara kolektif dan demokrasi tetapi kuasa tertinggi tetap berada di tangan Pengerusi.  Jika terjadi pertelagahan pendapat yang berlarutan, Pengerusi mampu mengarahkan pihak  yang terbabit agar menghentikannya dengan memberi kata pemutus kepada mereka.  Dengan itu, parti kekal stabil untuk membolehkan ia bergerak seiring dengan kerajaan dalam berkhidmat kepada rakyat serta menguruskan negara. 

Kesetiaan dan semangat setiakawan seperti yang diamalkan BN ini tidak wujud di dalam PR.  Kita sedia maklum bahawa DAP tidak akan sekali-kali akur dengan perintah Anwar atau perintah sesiapa jua.  Dan PAS pula sudah ‘tawar hati’ dengan Anwar tetapi takut kepada DAP.  

Apabila ketua tidak dihormati dan kuasanya tidak diiktiraf maka apa akan terjadi jika parti ini menjadi pemerintah?   Apa akan terjadi kepada isu Kalimah Allah ini di bawah pemerintahan PR? 

Kita dapat menggambarkan bagaimana sementara Karpal Singh melayan PAS bertekak di media, injil berbahasa Melayu dengan menggunakan Kalimah Allah secara syirik terus diedar kepada anak-anak sekolah.   Apabila UMNO mengkritik, PAS pula membela DAP sebagai tidak bersalah kerana tidak faham Islam. 

Maka, perselisihan semakin parah sedangkan ‘Perdana Menteri Anwar Ibrahim’ pula hanya memerhatikannya sahaja sambil menjegil-jegilkan mata kepada PAS sebagai isyarat untuk mengalah.   Mungkin akan ada seorang dua pemimpin PAS mengalah, tetapi dua tiga orang yang lain enggan pula mengalah.  

Lalu berterusanlah mereka bertekak sesama sendiri sedang Injil berbahasa Melayu sudah sampai ke seluruh pelusuk tanah air mengelirukan dan menggoyahkan akidah umat Islam. 

Justeru, bagi mereka yang berfikir, tentu dapat melihat bahawa isu kalimah Allah ini adalah sebenarnya petunjuk langsung dari Allah SWT berkenaan kedudukan Islam dan umat Islam di bawah Pakatan Rakyat.   Gambarannya tampak begitu jelas bahawa kita akan berada sebuah neraka jika diperintah oleh syaitan berkepala tiga. 


Kristian Mula Naik Tocang?

Kita sedia maklum bahawa penyokong PAS percaya bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.  Tetapi, pelik sekali apabila PAS atau pemimpin PAS dihina mereka marah, bila Islam atau orang Islam dihina mereka membisu, atau kalau marah pun secara berlapik dengan belitan-belitan indah agar musuh Islam tidak tersinggung.   Contohnya apabila pemimpin DAP mengutuk tindakan orang Islam yang berdemo menentang filem yang menghina Rasulullah SAW PAS membelanya atas alasan beliau bukan Islam dan tidak faham Islam.  

Dan baru semalam, perkara yang hampir sama berlaku, apabila Patrick Teoh menyumpah-nyumpah di dalam laman sosialnya kerana tidak puas hati dengan larangan yang dikenakan dalam persembahan hiburan di Kedah.   Walaupun larangan tersebut telah ditarik balik oleh PAS, seperti yang dijangka, tetapi kemarahan Patrick Teoh telah pun diluahkan dan sudah terlambat untuk beliau menafikannya. 

Apa yang diluahkan oleh Patrick menggambarkan kebencian dan marah yang amat sangat, bukan terhadap tindakan PAS tetapi terhadap Islam kerana beliau tentunya turut terpedaya kononnya Islam itu PAS dan apa yang PAS lakukan pastinya selari dengan Islam.  

Mudah kita menyalahkan PAS dalam hal ini, tetapi kita tidak harus mengenepikan hakikat kebencian dan kemarahan Patrick yang tulen dan asli, iaitu yang datang dari dalam lubuk sanubarinya terhadap Islam. 

Mudah juga kita menepis dengan berkata Patrick bersikap demikian kerana tersalah faham mengenai Islam tetapi apakah ini benar?  Kenapakah kita perlu memberi alasan bagi pihak Patrick sepertimana PAS sering memberi alasan bagi pihak DAP? 

Terdapat kemungkinan bahawa kebencian Patrick terhadap Islam itu adalah semulajadi dan tanpa sebab atas dasar Evangelisme atau perjuangan Kristian sejati?  Jika benar, apakah semua penganut Kristian di Malaysia berkongsi kebencian yang sama terhadap umat Islam?   Sedangkan, kedua-dua agama menyeru kepada perdamaian, malah terdapat ayat khas mengenainya yang wajib dipegang oleh orang Islam iaitu ‘untuk mu agamamu dan untukku agamaku’. 

Sekiranya kebecian seperti itu benar wujud maka tidak mustahil ia sedang merebak serta semakin membara di kalangan masyarakat Kristian.   Dan kenyataan Patrick yang langsung tidak berlapik dan tidak berfikir panjang adalah bukti bahawa masyarakat Kristian semakin biadab kerana sengaja mencabar umat Islam agar berhadapan dengan mereka.  

Cabaran ini dibuat kerana mereka melihat umat Islam semakin lemah.   Apatah lagi apabila PAS yang kononnya simbol Islam itu sendiri asyik membuat U-turn, flip-flop dan terhegeh-hegeh membontoti Kristian DAP.    Isu murtad, Injil berbahasa Melayu dan kalimah Allah adalah ujian tertinggi dalam mencari ukuran tepat kekuatan Islam di Malaysia.  

Dan apa yang dapat dilihat ialah umat Islam begitu sukar untuk bersatu untuk mempertahankan kesemua isu yang melibatkan akidah ini, malah sanggup bertekak sesama sendiri kerana satu pihak enggan mempertahankannya. Hanya sehari dua ini, sejak bertahun-tahun lepas, PAS akhirnya turut bersetuju dengan UMNO bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab agama lain.  Itupun tanpa mengakui kesilapan lalu dan tanpa menghulurkan tangan tanda berpegang pada pendirian yang sama dengan UMNO.  Pendek kata, permusuhan dan perpecahan tetap kekal di kalangan umat Islam walaupun pada dasarnya mereka bersetuju dalam isu ini. 

Inilah yang UMNO khuatirkan sehingga memaksa parti itu beberapa kali sanggup merendah diri menghulur tangan persahabatan kepada PAS.  Namun, setiap kali juga ditolak mentah-mentah oleh PAS sambil tangan mereka merangkul erat Kristian DAP.   Mana-mana pemimpin PAS yang bernada sama dengan UMNO akan dipecat, ditekan atau dianak-tirikan, konon pembelot.  

Lebih dahsyat lagi apabila Amanat Hadi yang menjadi akar kepada perpecahan ummah yang paling tragic iaitu sehingga menyebabkan pertumpahan darah, penceraian dan putus saudara masih terus terawang-awang, iaitu boleh dipegang atau boleh juga dilepaskan, terpulang kepada penyokong PAS itu sendiri.   Selagi ia terawang-awang, selagi itulah penyatuan umat Islam menjadi sukar, malah mustahil.   Apatah lagi apabila dicelah-celah itu, Nik Aziz juga telah menambahkan lagi arang dan minyak ke dalam Amanat ini dengan memberi gambaran bahawa UMNO murtad. 

Atas semua yang berlaku inilah maka puak Kristian semakin naik tocang kerana mereka tahu, yang PAS akan sentiasa membela dan menyebelahi mereka biarpun mereka memijak-mijak AlQuran di hadapan mata PAS.  Mereka yakin, pasti ada pemimpin PAS yang memberi alasan bahawa tindakan itu tidak salah kerana dilakukan oleh bukan Islam yang tidak faham Islam.   Lalu, umat Islam lain pun menjadi serba-salah kerana yang berkata demikian adalah PAS, dan PAS itu adalah Islam, mengikut fahaman mereka. 

Apapun, Patrick Teoh tidak boleh dilepaskan begitu saja walaupun PAS mungkin akan berdemo membelanya.   Kejahilan mengenai Islam bukan alasan kerana beliau tinggal di negara Islam dengan umat Islam sebagai majoriti.    Patrick Teoh wajib meminta maaf, sebagai seorang yang bertamadun, berpelajaran dan sebagai Kristian yang baik.  

Semoga episod ini bukan sahaja menjadi pengajaran kepada beliau, tetapi juga kepada semua Umat Islam dan rakyat Malaysia dari berbagai kaum dan agama.   Adalah penting untuk kita semua bersatu dan menghapuskan prasangka buruk serta kebencian sesama sendiri sebelum terlambat.   Jangan membiarkan keghairahan pemimpin politik untuk berkuasa mempengaruhi pemikiran rasional kita.   Kita telah hidup aman damai selama beberapa dekad, kenapa kita perlu menukar keadaan ini hanya kerana kebodohan orang-orang politik?

Cina Kurang Hadir, Bukti Tolak Kepimpinan Melayu

Seminggu sudah berlalu sejak berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu minggu lepas, namun hingga kini khalayak umum masih tercari-cari jawapan kenapa kehadiran masyarakat Cina di HKR #KL112 merosot dengan agak ketara.

Keadaan luar biasa itu jauh berbeza bila dibandingkan dengan penyertaan besar mereka semasa demonstrasi Bersih 3.0 pada April 2012 yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan di mana hampir separuh pesertanya adalah keturunan Cina.

Mungkinkah benar majoriti masyarakat Cina kini sudah beralih arah setelah menyedari pakatan pembangkang, PR hanyalah satu kerjasama longgar yang berpaut pada dahan rapuh yang tidak menjamin perubahan yang lebih baik berbanding BN?

Persoalan ini menarik perhatian ramai kerana senario selepas PRU 12 2008, menyaksikan majoriti pengundi Cina dilihat lebih dekat dengan PR dan mereka dianggap sebagai aset utama yang membolehkan PR membina kekuatannya untuk berdepan dengan BN.

Bila mana HKR #KL112 yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu memperlihatkan senario berbeza di mana amat ketara kurangnya penglibatan orang Cina dari DAP dan PKR, ia tidak hanya menyebabkan khalayak umum tercenggang kehairanan malah dikalangan pimpinan PR sendiri garu kepala kepeningan.

Untuk merungkai persoalan ini, kompilasi info dari beberapa sumber dalaman PR yang menggariskan ringkasan faktor penyebab kegagalan HKR #KL112 menarik penglibatan besar orang Cina mungkin boleh memberi gambaran sebenar kenapa berlakunya keadaan sedemikian.

Pertama, kejadian 'silap pengiraan' undi semasa pemilihan CEC DAP seperti diumumkan pada minggu pertama tahun 2013 nyata memberi impak besar dalam menggugat kepercayaan masyarakat Cina terhadap integriti dan kredibiliti PR khususnya DAP.

Kedua, beberapa hari sebelum menjelang tahun baru 2013, PR melalui NGO proksinya yang didominasi penyonong Cina DAP dan PKR telah melancarkan kempen Mogok Lapar Anti Lynas yang kemudiannya menjadi bahan lawak orang ramai apabila peserta dan penganjurnya makan senyap-senyap di lobi hotel dan restoran berhampiran.

Ketiga, penglibatan ramai anggota keluarga dan saudara mara terdekat dalam kepimpinan tertinggi DAP, PKR dan PAS dilihat oleh khalayak umum khasnya bagi majoriti orang Cina adalah amalan yang tidak sihat yang boleh memudaratkan negara.

Manakala faktor keempat dan paling besar impaknya ialah ketidaksediaan Cina DAP dan Cina PKR untuk mengiktiraf penglibatan utama PAS dalam menggerakkan HKR #KL112.

Pada mereka, kepimpinan Ambiga dalam menjayakan Bersih 3.0 dilihat lebih meyakinkan hala tujunya berbanding HKR #KL112 yang diketuai pemimpin kanan PAS, Mat Sabu yang bercampur baur dan kabur matlamat penganjurannya.

Ini merupakan manifestasi ketidakyakinan orang Cina DAP & PKR terhadap kemampuan PAS untuk mengetuai dan mengurus tadbir sesuatu program besar atau lebih tepat lagi ia adalah signal dan bukti penolakan terhadap kepimpinan yang diterajui oleh orang Melayu.

Justeru itu, suka atau tidak, pahit atau kelat sekalipun, PAS terpaksa menerima hakikat kedudukannya dalam PR akan kekal sebagai keldai tunggangan selagi ramai orang Cina dalam DAP dan PKR meragui keupayaannya dan menolak kepimpinan orang Melayu dalam menentukan arah tuju PR.

Kalimah Allah: Hinanya Majlis Syura PAS Di Mata PR

Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.

Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian.

Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul.

Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka.

Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui.

Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.

Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.

Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri.

Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini.

Tuesday 22 January 2013

Seminar Nusantara (18-20 Jan. 2013): Isu Rohingya Sebagai Pencetus Pemikiran Umat Islam


“Seminar Nusantara – Islam di Asia Tenggara, Harapan dan Cabaran” yang berlangsung selama 3 hari, telah pun selesai semalam.   Seminar yang dianjurkan oleh Generasi Bestari, MyKmu dan Felda ini adalah kesinambungan dari usaha kerajaan untuk membuka minda umat Islam di Malaysia, khasnya, rantau ini dan seluruh dunia, amnya, dalam mengharungi tekanan dan ‘serangan’ dari berbagai arah, termasuk dari dalam kelompok Islam itu sendiri. 

Sebelum ini, Ulama-ulama dalam negeri telah dipertemukan dalam seminar Fiqh Mentaati Pemimpin, dan kemudiannya, Ulama-ulama dari Asia Barat pula dijemput untuk tujuan yang sama.  Kesemua seminar ini mendapat sambutan menggalakkan dan disimpulkan sebagai berjaya menyampaikan mesej penting kepada umat Islam.  

Satu kesepakatan yang jelas di antara semua pembentang dalam Seminar Nusantara ini, dan juga seminar-seminar terdahulu, ialah ilmu, perpaduan dan sikap taat kepada pemerintah adalah pemangkin kepada kekuatan ummah.   Kekurangan ilmu adalah punca utama perpecahan, kelemahan dan seterusnya kejatuhan umat Islam. 

Umat Islam yang berilmu akan lebih mudah memahami bahawa perlaksanaan undang-undang Islam bukanlah jaminan kekuatan ummah, malah dengan meletakkannya sebagai ‘keutamaan asas’ seringkali menjadi punca kepada perpecahan, kelemahan dan seterusnya kejatuhan sesebuah kerajaan Islam.   Secara ringkasnya, umat Islam tidak wajar meletakkan Fardu Ain mengatasi Fardu Kifayah tetapi kedua-duanya wajib berjalan seiring tanpa bersikap berat sebelah. 

Pembentang kertas bertajuk “Islam di Indochina:  Cabaran dan Harapan Muslim di Myanmar” iaitu Y.Bhg. Tuan Mohd Mohiyuddin b Mohd Sulaiman, Pengkaji Islam di Myanmar, UiTM menyarankan bahawa peranan Yahudi dalam memusnahkan Islam dan umat Islam bukanlah satu imaginasi atau paranoia yang tidak berasas.  Sekali gus membuktikan bahawa pesanan Allah SWT yang disampaikan melalui AlQuran adalah benar dan bahawa AlQuran itu adalah benar. 

Bagi memahami apa di sebalik pembersihan etnik Rohingya, Tuan Hj. Mohiyuddin mencadangkan agar kita melihat semula hubungan Yahudi dengan negara tersebut.  Etnik Rohingya Muslim kini tiada tempat untuk dituju kerana telah dinafikan kerakyatan oleh kerajaan negara tersebut.  Mereka telah lama menerima tekanan hebat dari pihak sami Buddha yang tidak senang dengan kehadiran mereka.  Konflik bermula dari satu tuduhan palsu dari pihak Buddha kononnya tiga lelaki Rohingya merogol wanita Buddha.  Walaupun laporan perubatan menafikan wanita tersebut dirogol dan gambar menunjukkan bahawa salah seorang tertuduh mempunyai tattoo, di mana menunjukkan yang beliau bukan seorang Muslim, namun berita ini menjadi panas dalam sekelip mata melalui laman sosial dan media alternatif sehingga tidak terkawal lagi. 

Akibat dari situ, masjid-masjid dan rumah orang Islam dibakar dan tindak balas berlaku sehingga akhirnya membawa kepada penghapusan etnik. 

Modus Operandi yang sama, iaitu ektremis agama (dalam konteks ini ialah Buddha), perpecahan kerana agama, serta peranan internet yang pantas, terancang dan konsisten mengingatkan kita kepada modus operandi standard bagi sebuah misi ‘penukaran regim’ yang didalangi Yahudi. 

Ramai yang tidak tahu mengenai hubungan akrab Myanmar dengan Yahudi yang bermula sejak kemerdekaan kedua-dua negara itu lagi iaitu pada tahun 1948. 

Sehingga kini, Myanmar dan Israel telah menyaksikan sekitar 20 orang Duta sebagai wakil ke negara masing-masing.   U Nu adalah Perdana Menteri pertama Myanmar yang membuat kunjungan hormat ke atas David Ben Gurion, Perdana Menteri pertama Israel pada 1955 dan yang mana menyaksikan lawatan balas dari David pada tahun 1961 yang dirujuk sebagai ‘lawatan rasmi ke luar negara yang terpanjang’ (dua minggu) di mana beliau turut mengkaji agama Buddha.  Antara wakil Israel yang lain yang melawat Myanmar ialah President Yitzhak Ben-Zvi, Menteri Luar Moshe Sharett, Golda Meir, Abba Eban, Moshe Dayan dan Shimon Peres. 

Pembangunan sosial di Myanmar dibina berasaskan model Israel seperti dalam konteks kesihatan, pertanian dan lain-lain.  Beribu-ribu pelajar dari Myanmar mendapat latihan di dalam negeri dan biasiswa untuk menyambung pelajaran di Israel.  



Walaupun begitu, hubungan akrab yang melebihi dari sekadar hubungan diplomatik  di antara kedua-dua negara ini terus terjalin secara ‘bawah tanah’ dengan kedua-dua pihak menafikannya. 



Namun, maklumat risikan yang berjaya diperolehi oleh beberapa pihak, dan didedahkan  oleh beberapa pihak menunjukkan bagaimana kedua-dua negara saling bekerjasama dalam latihan ketenteraan.  Pada tahun 1954, Myanmar melawat Israel untuk satu misi ketenteraan dan mengkaji struktur pertahanan.  Lawatan pada tahun berikutnya pula, Perdana Menteri U Nu telah ‘membawa pulang’ idea untuk membina empat kampung yang dimodelkan mengikut sistem kibbutz Israel iaitu kubu pertahanan diri.  Dari situ lahirlah militia yang bergerak di bawah sistem yang serupa dengan Israel iaitu lengkap dengan tentera wanita, Institut pertahanan dan organisasi perdagangan yang diuruskan olah Tatmadaw sebagai penjana kewangan tambahan ke atas dana rasmi pertahanan negara yang sedia ada. 



Seperti yang dijangka, mengaitkan masalah Rohingya kepada Israel adalah sesuatu yang hampir mustahil.  Namun, apa yang dikatakan oleh Dr. Aye Maung, Ahli Parlimen dan Pengerusi Rakhine Nationalities Development Party di dalam wawancara dengan majalah Venus News Journal pada 14 June 2012 mungkin dapat memberi kita sedikit gambaran di belakang krisis ini, iaitu, “Rakhine (sebuah ibu negeri di mana kekejaman terhadap puak Rohingya berlaku) harus dibina dengan cara bagaimana Israel dibina.  Inilah impian penduduk Rakhine dan mereka ingin menghalau Muslim Rohingya dari situ.” 



Lebih malang bagi kaum Rohingya apabila Aung Suu Kyi, yang diangkat sebagai pejuang hak asasi manusia juga tidak mempunyai  jawapan yang pasti terhadap nasib mereka.  Ketika ditanya oleh seorang pelajar Universiti dari Thailand ketika lawatan Suu Kyi ke Harvard Kennedy School suatu ketika dahulu, Suu Kyi telah tergamam sekejap sebelum memberi satu jawapan yang bersifat umum iaitu pencabulan hak asasi adalah melibatkan kedua-dua belah pihak dan enggan menunjuk sokongan kepada hanya sebelah pihak.  Kerana itu, keikhlasan Suu Kyi juga menjadi persoalan iaitu apakah beliau juga melihat hak asasi itu secara terpilih?



Melihat dari perkembangan ini, maka apa yang didedahkan di dalam kertaskerja mengenai Myanmar ini wajar menggerakkan umat Islam dari tidur untuk mengambil langkah awal menyediakan diri dengan ilmu dan maklumat agar tidak menjadi mangsa dalam percaturan Yahudi untuk menakluk dunia dan memusnahkan Islam.  



Jangan sekali-kali kita terpedaya sehingga sanggup berpecah kerana perkara remeh.  Jangan kita meletakkan pendapat sendiri sebagai lebih tinggi dari perpaduan ummah. 



Jika benar kita ingin melihat Islam kuat kembali, hentikanlah bermimpi yang ianya boleh tercapai dengan cara menghukum sesama sendiri atas apa yang kita lihat sebagai kejahilan dan dosanya.   Satu-satunya cara untuk menjadi kuat ialah dengan memastikan setiap dari kita cukup ilmu di dada serta sentiasa mencari maklumat secara lengkap agar tidak mudah dijadikan senjata yang bakal memusnahkan diri sendiri.



Sesungguhnya, tiada sesiapa yang dapat membantu sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri. 

PM Suntik Kebangkitan Rakyat Kelantan

Kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke negeri Kelantan sehari dua hari lepas rupanya telah mengundang kerisauan dan rasa tertekan dikalangan pemimpin PAS Kelantan sehingga memaksa mereka tergesa-gesa mengadakan mesyuarat tergempar pada sebelah malamnya.

Kerisauan mereka ada asasnya bila mengetahui sekitar 50,000 orang rakyat Kelantan yang bagaikan mendapat suntikan semangat tambahan telah hadir beramai-ramai di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu semata-mata untuk meraikan kehadiran Dato' Seri Najib.

Cubaan jentera propaganda PAS Kelantan untuk mensabotaj majlis tersebut dengan menaikkan beberapa papan iklan besar bertulis "Listen! Listen! Listen! Mana Royalti Kami" tidak pun meninggalkan kesan apabila rata-rata rakyat Kelantan yang celik minda langsung tidak mempedulikannya.

Rakyat negeri ini ternyata lebih menyenangi kaedah pengagihan wang ehsan yang diamalkan sekarang kerana ia lebih telus dan dinikmati terus oleh khalayak berbanding propaganda royalti yang diselit dengan sentimen kenegerian dan kepartian sempit.

Sementara itu, semasa PM merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di RTC Tunjong itu, beliau turut mengumumkan 7 projek pembangunan bersaiz mega yang kesemuanya cukup dekat dengan nurani rakyat Kelantan.

Projek tersebut meliputi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru yang lebih besar, masjid terbesar di Kelantan untuk menyemarakkan program dakwah Islamiah dan juga perumahan rakyat.

Manakala bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas dalam bandar kota Bharu dengan mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, diikuti pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek bersepadu untuk menyelesaikan permasalahan bekalan air bersih.

Semua 7 projek pembangunan yang diumumkan oleh PM ini diyakini mampu membawa Kelantan seiring dengan pembangunan negara dan ia bukan satu masalah untuk disempurnakan sekiranya dalam PRU 13 kelak majoriti pengundi Kelantan memilih BN untuk mengurus tadbir semula negeri ini.

Khalayak yang hadir nyata teruja dengan pengumuman itu, tambahan pula BN sememangnya sudah terbukti sentiasa berusaha menepati janji. Jauh bezanya dengan janji propaganda PAS dan PR yang lebih banyak menabur janji manis tapi bila diminta untuk melaksanakannya, pelbagai alasan diberikan.

Ambil contoh janji PAS Kelantan untuk membina Lebuhraya Rakyat, sampai sekarang tak terbuat walau satu tiang konkrit pun, tapi duit rakyat sudah berkoyan-koyan dipungutnya. Orang lain mengenakan kutipan tol selepas lebuhraya siap dibina, tapi PAS dah mula 'kutip tol' walaupun bayang lebuhraya langsung tak kelihatan.

Begitu juga dalam hal janji PAS untuk membina stadium, kecohnya bukan main lagi semata-mata untuk menarik perhatian peminat bolasepak The Red Warrior, alih-alih janji tinggal janji. Hanya kelihatan dalam bayangan bila mata dipejam rapat, tapi semuanya hilang tanpa kesan bila mata dicelik kembali.

Hatta kesesakan lalulintas di pusat bandar Kota Bharu yang sepatutnya merupakan tanggungjawab Kerajaan PAS Kelantan, tapi hampir 23 tahun PAS memerintah negeri ini macam itu jugalah masalahnya tak berkesudahan. Balik-balik Kerajaan Pusat juga yang kena campurtangan untuk membantu menyelesaikannya.

Akibatnya menyebabkan kian ramai rakyat negeri ini hilang kepercayaan pada urus tadbir negeri oleh pemimpin PAS dan tidaklah menghairankan bila ia diganti pula dengan kebangkitan semangat Gelombang Merah yang makin membuak-buak.

Justeru itu, usahlah PAS terkejut andainya dalam PRU 13 nanti majoriti rakyat Kelantan beramai-ramai merealisasikan kebangkitan semangat Gelombang Merah ini dengan menobatkan kembali BN ke tampuk pemerintahan dan menghanyutkan terus PAS dari peta politik negeri ini kelak.

Harun Din Akan Pertahankan Kalimah Allah Sehingga PRU Sahaja?

Apabila PAS buat hal, maka DAP pun akan melepaskan anjingnya yang paling garang untuk menundukkan anjing-anjing kurap yang tak henti-henti menyalak walaupun telah setuju untuk berdiam diri asalkan diberi makan dan dijanjikan rumah yang cantik di Putrajaya.   Begitulah pandangan DAP terhadap PAS dan Karpal Singh, yang diarahkan atau dibiarkan untuk bertelagah sesama sendiri dalam isu Kalimah Allah, sementara menunggu pilihanraya. 

Kita faham bahawa PAS terpaksa menunjuk tegas bagi memastikan sokongan Melayu terus mantap dan DAP juga perlu menunjuk garang bagi memastikan sokongan Cina kekal.   Meletakkan Karpal Singh sebagai ‘anjing-sabung’ merupakan strategi untuk menutup chauvinisme kaum Tokong Lim.  Ini samalah dengan meletakkan Zairil, si anak Cina sebagai wakil Melayu. 

Maka, salak menyalak sesama sendiri dan lolongan akan berlarutan sehingga pilihanraya walaupun kata putus telah pun dibuat iaitu segala keputusan Majlis Syura PAS hanyalah sampah yang tidak bernilai.  Malah, Majlis  Syura juga pada hakikatnya, tiada hak untuk bermesyuarat pun mengenai isu ini kerana kepimpinan PAS telah lebih awal memberikan persetujuan membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah.

Justeru, mengambilkira etika, professionalisme dan moral, PAS adalah terikat kepada persetujuan asal dan tidak akan terlepas darinya dengan hanya menyatakan perubahan fikiran.  Jika PAS ingin melepaskan diri dari ikatan persetujuan ini, maka satu-satunya cara ialah keluar dari Pakatan Rakyat.  Jika tidak, segala penafian dan U-turn yang dibuat adalah tidak bermakna sama sekali. 

Oleh kerana itu, ketegasan Harun Din, Harun Taib atau Hadi Awang dalam mempertahankan Kalimah Allah tetap diragui, selagi mereka masih berada di dalam PAS.  Apatah lagi apabila mereka hanya mengeluarkan kenyataan ‘lembik’ dan berlapik, meminta Karpal Singh jangan mempertikaikan keputusan Dewan Ulama, berbanding kenyataan Karpal yang berbentuk herdikan atau tempelak terhadap PAS.

Lebih-lebih lagi, apabila Hadi Awang belum menyatakan ketegasannya secara langsung.  Ini kerana kenyataannya yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia hanyalah pendapat Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, iaitu setiausaha politik Hadi, mengenai pendirian Hadi.  Laporan tersebut memetik Dr. Ahmad sebagai ‘yakin’ dan ‘pasti’ bahawa Hadi Awang tidak akan berganjak dari keputusan Majlis Syura, tetapi apakah jaminan yang keyakinan dan kepastian Dr. Ahmad tersebut benar-benar berasas? 

Sedangkan, secara dasarnya, hakikat bahawa PAS tidak sanggup keluar atau sekadar mengugut untuk keluar dari PR kerana mempertahankan Kalimah Allah adalah satu kekalahan yang nyata di pihak PAS.   Hakikatnya juga bahawa Harun Din, seorang Ulama dan Harun Taib, Ketua Dewan Ulama, telah kalah di tangan Karpal Singh. 

Kita menjangkakan pertengkaran PAS-Karpal Singh akan terus berlarutan sehingga isu ini ditenggelami isu lain atau sehingga pilihanraya.  Namun, kita tidak menjangkakan apa-apa penyelesaian kerana walaupun apabila ia dianggap selesai, tidak mustahil PAS akan menafikannya pula suatu hari nanti apabila keadaan mendesak mereka berbuat demikian.  Umum sedia maklum bahawa PAS telah pun mengambil sikap yang sama dalam isu hudud dan Negara Islam yang sehingga kini masih tiada noktahnya. 

Nampaknya, bertengkar dan kemudian melupakannya, dan bertengkar lagi dan kemudian melupakannya lagi merupakan ‘cara pemerintahan’ PR yang mana rakyat sudah faham benar.  

Biarpun isu yang berbangkit adalah isu agama, yakni yang melibatkan akidah dan membawa kepada syirik, namun bagi PAS ia hanyalah isu politik yang boleh dipertelagahkan dan dilupakan mengikut keadaan semasa. 

Maka, tidak ada keraguan lagi bahawa Ulama-ulama PAS inilah yang disebut sebagai Ulama-ulama jahat yang akhirnya menjadi bingung akibat fitnah dan belitan mereka sendiri, sepertimana hadith berikut: 

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah  SAW bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi


Patrick Teoh Juga Wajib Minta Maaf Pada PM

Kebiadapan pelakon keturunan Cina, Patrick Teoh menghina Islam masih hangat diperkatakan ramai sekalipun Patrick yang juga adalah penyokong kuat PR telahpun memohon maaf di atas keterlanjurannya.

PAS yang baru mengetahui kecondongan politik Patrick yang dekat dengan rakan sepakatannya iaitu DAP segera sahaja melembutkan nada kecaman dalam usahanya mengurangkan impak negatif terhadap prestasi PR dalam PRU 13 nanti.

Serentak dengan itu juga PAS terutama sekali pemimpin bawahan dan penyokongnya cuba mengalihkan tumpuan umum dengan menyalahkan Kerajaan Pusat termasuk Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berikutan timbulnya isu ini.

Kata mereka kegagalan Kerajaan Pusat menerangkan keindahan Islam kepada orang bukan Islam seperti Patrick merupakan punca sebenar wujudnya ketidakfahaman dan perlakuan biadap sedemikian.

Tak pasal-pasal PM dan Kerajaan Pusat pula yang dipaksa menanggung biawak hidup dari PR. PAS yang gagal mentarbiah DAP sejak kedua-duanya bersekongkol tidur sebantal, tidak pula mahu diakui kelemahannya.

Sedangkan hakikatnya sejak negara ini merdeka hingga kini, pelbagai perancangan pendidikan dan penerangan mengenai Islam serta dakwa Islamiyah telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat pimpinan BN.

Selama ini tiada masalah bagi orang bukan Islam mendalami Islam dan menghormati sensitiviti agama, sebaliknya hanya golongan keras hati dan tebal perkaumannya seperti Patrick sahaja yang sengaja buat-buat tidak faham.

Pun begitu, kesediaan pelakon itu mengakui kesilapannya walaupun dialu-alukan namun di masa yang sama sukar untuk umat Islam menerima hakikat seorang Cina yang sudah berusia seperti Patrick masih jahil dengan sensitiviti agama di negara ini.

lebih-lebih lagi sejak hampir 5 tahun kebelakangan ini sudah agak kerap penyokong dan pemimpin PR terutama dari DAP bertindak kurang ajar sebegini.

Antara yang masih segar dalam ingatan ramai ialah sikap biadap pemimpin DAP Perak, Ngeh Koh Ham mempertikaikan bantahan umat Islam terhadap sebuah filem barat yang menghina Islam.

Sebelumnya, seorang pemimpin DAP, M. Manoharan juga pernah mempermainkan doa masuk tandas sehingga menjadi bahan lawak pengikutnya di ruangan sosial Facebook miliknya.

Tidak berapa lama dulu pula, kalangan penyokong dan pemimpin DAP pernah mempertikaikan laungan azan serta turut mempertikaikan tulisan jawi di papan tanda jalan.

Dan yang terbaru ialah berkaitan tuntutan melampau berunsur penghinaan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap kalimah Allah s.w.t untuk digunakan dalam Bible versi Bahasa melayu.

Tidak mustahil kebiadapan yang dilakukan oleh Patrick Teoh juga ada kaitan langsung dengan trend penghinaan terhadap Islam yang semakin mendapat tempat dalam parti chauvinist Cina itu.

Apapun disamping kita dengan berat hati mengalu-alukan kesediaan Patrick memohon maaf atas kesilapannya, harapnya penyokong tegar PR itu juga perlu perlu berani untuk memohon maaf dengan PM dan Kerajaan Pusat kerana turut menerima tempias berikutan keterlanjurannya.

Monday 21 January 2013

HKR #KL112 & Kanak-Kanak, Apa Bezanya Dengan Majlis PM?

Pakatan pembangkang kelihatannya seperti mati kutu dibuatnya apabila Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) di Stadium Merdeka akhir minggu lepas mengundang kritikan ramai berikutan ramai kanak-kanak diperalatkan untuk meramaikan himpunan itu.

Tindakan mengheret kanak-kanak dalam perhimpunan politik seumpama itu bukan sahaja satu perlanggaran terhadap syarat Akta Perhimpunan Awam (APA 2012) tetapi ia juga memperlihatkan sikap tidak cakna PR terhadap untung nasib kanak-kanak.

Menyedari kritikan tersebut boleh menyebabkan sokongan khalayak kian menjunam, tak semena-mena PR melalui NGO proksi Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menuduh pihak berkuasa bertindak dwi standard apabila membenarkan kanak-kanak menyertai program bersama Perdana Menteri.

Rupanya PR & NGO proksinya itu gagal membezakan antara perhimpunan politik HKR #KL112 dengan program bertemu rakyat yang dihadiri PM.

Menjawab kekeliruan PR dan Mipas berhubung isu itu, seorang Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan & Jenayah dari UIA menjelaskan, akta APA 2012 hanya terpakai pada perhimpunan yang boleh mengundang risiko keselamatan kepada kanak-kanak.

Kenyataan tersebut ada kebenarannya, tambahan pula sejarah membuktikan banyak perhimpunan dan demonstrasi anjuran pembangkang atau yang dikelolakan oleh NGO-NGO pro PR, seringkali sinonim dengan huru hara dan tingkah laku liar pesertanya.

Lihat saja dalam demonstrasi Bersih 2.0, 3.0 dan Sambutan Ambang Merdeka, selain kenderaan polis diserang dan diterbalikkan, mereka mencabar arahan pihak polis serta sengaja menonjolkan sikap tidak bermoral seperti menayang punggung dikhalayak ramai dan mengganggu lalulintas.

Semua tingkah laku di atas tentu sahaja tidak hanya mendedahkan kanak-kanak kepada risiko kecederaan, malah tak mustahil boleh mempengaruhi pemikiran mereka untuk turut sama melakukan perbuatan tidak bermoral.

Selain itu, umum tentunya masih ingat pada akhir bulan Disember 2012 yang lepas, PR melalui sebuah NGO proksinya juga terlibat langsung memperalatkan kanak-kanak untuk turut serta dalam mogok lapar selama 100 jam.

Walaupun acara mogok lapar itu sehari dua kemudiannya didapati ramai peserta dan penganjurnya telah makan secara senyap-senyal di restoran dan hotel, namun tindakan melibatkan kanak-kanak dalam program yang membahayakan kesihatan dan nyawa itu sukar untuk diterima masyarakat.

Semua yang disebutkan di atas tidak pernah wujud dalam program politik anjuran BN mahupun majlis perjumpaan rakyat yang melibatkan PM. Inilah perbezaan besar yang agak ketara.

Manakala itu, dalam kebanyakan demonstrasi atau himpunan PR termasuklah yang terbaru HKR #KL112 juga agak sinonim dengan aktiviti berarak berjalan kaki sejauh beberapa kilometer sebelum berkumpul di sesatu tempat.

Tambah menjelikkan bila mana penganjur termasuk pemimpin PR tanpa rasa janggal boleh pula menaiki kenderaan 4x4 sambil menghambur kata-kata propaganda melalui pembesar suara sementara rakyat marhaen tercunggap-cunggap keletihan berjalan kaki demi menjayakan agenda politik PR.

Dalam keadaan panas terik mentari atau hujan lebat, membawa bersama bayi, kanak-kanak ataupun orang tua untuk berarak bukanlah tindakan yang bijak, sebaliknya merupakan satu bentuk penganiayaan yang sepatutnya dibanteras sama sekali.

Justeru itu, PR dan NGO proksinya perlulah sedar segala perbezaan ini dan belajarlah menghormati hak asasi bayi, kanak-kanak mahupun orang yang sudah tua.

Sesekali pimpinan PR serta NGO proksinya memperbetulkan kesalahan dan merendah diri mengakui kelemahan lebih baik daripada terus berlagak ego mengaitkan dan menyalahkan orang lain pula.

Bawani: Satu Lagi Agen PR Terkantoi

Bawani diangkat sebagai seorang hero hanya kerana 'keberaniannya' dalam membuat kekecohan dalam sebuah forum di University Utara Malaysia, beberapa hari lalu. Semua telah melihat bagaimana Bawani membuat kecoh di forum tersebut di saat-saat akhir forum, dan berkeras untuk mempersoalkan tentang hak berdemonstrasi, kebebasan bersuara dan pendidikan percuma, dan mahu  Puan Sharifah Zohra, moderator, bukan ahli panel forum tersebut, untuk menjawab segala persoalan yang diberi.
Jelas, Bawani telah membuat persediaan dalam memberikan hujah-hujah. Mengharapkan penjelasan daripada Puan Sharifah terhadap persoalan yang diajukan adalah seperti meminta penjelasan daripada seorang pakar Matematik tentang Undang-Undang.
Apa yang menghairankan adalah publisiti yang diterima Bawani. Dari ucapan yang diberi hinggalah segala komen di Youtube dan juga artikel yang dikeluarkan tentang perkara ini, segalanya boleh Bawani dari seorang hero kepada pelajar yang gagal.
Facebook Bawani menjelaskan pandangan politiknya, itu hak Bawani. Rangkaian komuniti sosial UUM pula menjelaskan minat Bawani terhadap dunia politik, juga hak Bawani. Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa Bawani adalah penyokong tegar Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Tidak mengapa, itu hak Bawani.
Namun, rakyat sering memandang sinis terhadap PSM kerana PSM adalah dari Parti Komunis Malaya (PKM). Apabila pihak komunis mula berundur, PKM mula beroperasi melalui parti-parti politik, terutamanya, DAP, dimana rakyat dapat lihat pendirian mereka terhadap Hak Melayu, Institusi Diraja, Islam sebagai agama rasmi, dan sebagainya.
Pada 13 Mei 1969, puak komunis ini telah membuat serangan terhadap musuh mereka - kaum Melayu, kerajaan dan islam. Namun, tindakan mereka gagal. Kegagalan mereka telah membawa kepada pecahan parti tersebut kepada beberapa tempat seperti  Parti Buruh, Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan kesatuan pekerja.
Kemudian, pecahan-pecahan ini disatukan semula dan dikenali sebagai Parti Sosialis Malaysia. Bagaimanapun, pendaftaran parti ini tidak dibenarkan pada tahun 1998 oleh kerana kaitan mereka dengan komunisme. Jadi, mereka bertanding di bawah DAP bagi pilihanraya 1999, dan di bawah PKR pada pilihanraya 2004. Berjaya mengambil kesempatan akibat daripada kepimpinan yang lemah pada masa itu, PSM akhirnya berjaya bertanding secara rasmi di bawah nama parti itu sendiri pada tahun 2008.
Jadi, itulah Bawani. Segala apa yang dipersoalkan tentang Cuba, Argentina, Denmark, Finland, Sri Lanka dan Turki tentang pendidikan percuma hanyalah salah satu cara untuk memburuk-burukkan Malaysia. Kerana jika Bawani benar-benar tahu akan keadaan sebenar di negara-negara tersebut di mana rakyat terpaksa dikenakan cukai yang tinggi untuk mendapatkan pendidikan percuma, dia tidak akan menimbulkan isu tersebut.
Motif Bawani? Prejudis, Publisiti, Kebencian dan Kuasa. Mudah.
Dengan sikap prejudis dan kebencian yang membuak-buak, mungkin Bawani terlepas pandang akan hak eksklusif yang dapat dinikmati oleh kaumnya di negara ini, atau hak untuk berkongsi kuasa di kabinet, atau peluang untuk menguasai ekonomi lebih daripada kaum Melayu sendiri, dan juga cuti awam khas bagi perayaan agamanya, segalanya di Malaysia.

Bawani: Pendidikan Percuma Atau Publisiti Murahan?


Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, semestinya tidak menjangkakan bahawa jemputan yang diterima beliau untuk menjadi moderator bagi satu forum di UUM beberapa hari lalu akan mengubah hidup beliau. Sharifah Zohra bukanlah salah seorang daripada panel bagi forum tersebut (Forum Wanita dan Politik), jadi, bukanlah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan para peserta. Namun, seorang pelajar, Bawani, bertindak mengajukan soalan kepada  Sharifah pada saat-saat akhir forum dan enggan 'berhenti bercakap'.
Tidak salah bagi sesiapa untuk mengesyaki bahawa walaupun Syarifah tidak menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku, Bawani mungkin telah membuat rancangan awal terhadap insiden tersebut.
Masa yang dipilih oleh Bawani untuk mengajukan soalan adalah satu perkara. Namun, satu lagi perkara yang tidak boleh diterima adalah nada dan kelakuan Bawani terhadap Syarifah. Budaya timur tidak boleh menerima kelakuan buruk seperti itu, terutamanya kelakuan Bawani kepada seorang yang lebih berusia darinya.
Namun, Bawani hanyalah seorang pelajar, seorang wanita yang masih lagi muda yang masih lagi mentah, penuh dengan perkara yang mahu dilepaskan. dan sama seperti mana-mana golongan muda terpelajar, Bawani percaya bahawa dia adalah lebih arif berbanding orang lain, termasuklah, terutamanya, kerajaan dan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, dan dalam kes ini, Sharifah.
Syarifah bagaimanapun, gagal untuk mengawal provokasi yang dibuat oleh Bawani. Penulis percaya bahawa Syarifah mungkin mampu mengawal pelajar tersebut jika beliau lebih bersedia. Sebagai moderator, Syarifah tidak bertanggungjawab untuk menjawab soalan, beliau bertanggungjawab terhadap masa, dan ketika itu, masa bagi forum tersebut telah tamat.
Kami faham bahawa bagi Sharifah, tindakan pelajar tersebut dalam melakukan provokasi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Atas sebab itulah beliau memberikan respon-respon yang tidak relevan. Namun, segalanya berubah dalam sekelip mata.
Kita dapat lihat bagaimana Youtube mampu mengubah kehidupan seseorang; dalam masa sekelip mata, Syarifah dianggap sebagai seorang agen kerajaan yang tidak sensitif dan bodoh sementara Bawani dianggap sebagai seorang hero.
Tiba-tiba, insiden tersebut bertukar menjadi isu politik, lengkap dengan elemen-elemen perkauman, pegawai kerajaan yang tidak bertauliah dan juga mangsa yang berani.
Soalan yang diajukan oleh Bawani bukanlah berbentuk 'killer question'. Penulis pasti Sharifah pasti mampu menjawab persoalan tersebut jika beliau berada dalam situasi yang berlainan. Dengan segala fakta yang diberkan oleh bawani terhadap pendidikan percuma di beberapa negara, mungkin Bawani rasa bahawa dia adalah lebih besar daripada mana-mana kabinet kerajaan. Namun, seperti apa yang penulis katakan, Bawani adalah seorang anak muda yang belum matang dan naif. Memerintah sebuah negara dan memberikan pendidikan percuma bukanlah semudah ibu bapanya memberikan wang belanja kepada dia dan adik-adiknya.
Nampaknya, Bawani sebenarnya tidak begitu arif tentang isu ini. Bawani membandingkan Malaysia dengan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil berkenaan dengan pendidikan percuma. Mungkin dia tidak tahu bahawa untuk mendapatkan sistem pendidikan percuma, kos untuk perkara-perkara lain akan meningkat. Untuk memberikan pendidikan percuma, Argentina dan Cuba kekal sebagai negara miskin. Mereka tidak mampu menggunakan sebarang dana untuk memajukan sektor-sektor lain. Selain itu, pendidikan percuma juga tidak memberikan sebarang jaminan bahawa negara tidak akan dibelenggu masalah lain. Argentina sebagai contoh, akibat daripada kemiskinan, masalah rasuah adalah terlalu tinggi dan kemudiannya membawa kepada ketidakseimbangan dalam peluang pendidikan yang mana nisbah pelajar dari keluarga kaya dan golongan pelajar miskin untuk mendapat peluang untuk mendapatkan pendidikan tertiari adalan 9:1.
Dan hanya 10% pelajar-pelajar di Sri Lanka berpeluang untuk mendapatkan pendidikan tinggi, selebihnya hanya mampu mendapatkan pendidikan menengah. Brazil juga memberikan pendidikan percuma, namun, kadar cukai di negara tersebut adalah tinggi.
Hampir kesemua negara-negara maju tidak memberikan pendidikan percuma. Denmark sebagai contoh, walaupun memberikan pendidikan percuma, mereka terpaksa mengenakan kadar cukai yang amat tinggi kepada rakyat. Turki dan Malaysia pula adalah sama, pendidikan hanyalah percuma hingga ke sekolah menengah.
Cukai pendapatan di Finland mencecah kadar 50% berbanding dengan Malaysia pada kadar 26% dan rakyat Malaysia masih mampu menikmati subsidi bagi pendidikan tinggi dimana pelajar hanya perlu membayar 5% daripada kos keseluruhan pembelajaran.
Jadi, Bawani, penulis mahu mencadangkan Bawani supaya membuat satu thesis tentang perkara ini dan berikan idea-idea bernas dalam memberikan pendidikan percuma tanpa perlu menaikkan kadar cukai dan memastikan kadar inflasi stabil. Jika Bawani berjaya, kami akan pastikan Bawani mendapat tempat di Kabinet. Dan hanya jika Bawani berjaya berbuat demikian, barulah Bawani layak digelar sebagai seorang hero.

Hanya 8% Cina Hadiri HKR

Berminggu-minggu pemimpin pakatan pembangkang memainkan propaganda bombastik bahawa ibukota KL kononnya akan dibanjiri sejuta orang sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) di Stadium Merdeka.

Besar angan-angannya nak gapai angka sejuta (1,000,000) sedangkan lokasi perhimpunan hanya dilangsungkan di stadium yang berkapasiti 30,000 orang sahaja.

Dalam bab memperbesarkan cerita, menipu dan melagukan propaganda serah saja pada pemimpin PR, itu salah satu kelebihan utama mereka. Memanjang saja bila gebang politik, kakinya jarang sangat memijak bumi nyata.

Akhirnya realiti yang berlaku seperti mana disaksikan khalayak ramai, nak mencapai 5% daripada sejuta orang sasaran kehadiran pun tercunggap-cunggap PR nak menggapainya.

Secara keseluruhannya HKR hanya merekodkan kehadiran sekitar 45,000 orang sahaja termasuk ribuan penyokong PR yang berada di luar Stadium Merdeka bersamaan 4.5% daripada sasaran utama sejuta orang hadirin.

Menarik untuk dianalisa apabila kehadiran kaum Cina kelihatan seperti merudum di mana penyertaan mereka dalam HKR dianggarkan hanya sekitar 8% sahaja daripada keseluruhan peserta. Manakala kehadiran dari kalangan masyarakat India pula mewakili sekitar 2% sahaja.

Majoriti peserta himpunan adalah orang Melayu Islam yang terdiri daripada ahli dan penyokong totok PAS dan PKR, sebahagian besarnya dari PAS yang dikerah datang dari seluruh negara untuk meramaikan himpunan.

Kekurangan ketara sokongan dari masyarakat India kepada PR semestinya tidak sukar dijangkakan setelah mengambil kira layanan buruk PR terhadap mereka khususnya membabitkan insiden Kampung Buah Pala dan isu perobohan kuil-kuil ibadat Hindu tanpa melalui prosedur yang betul.

Kegagalan DAP & PKR mengembleng tenaga ahli dan penyokongnya dari kalangan kaum Cina untuk beramai-ramai menyertai HKR barangkali benar disebabkan penonjolan ketara pemimpin PAS dalam penganjuran himpunan kali ini.

Lagipun HKR #KL112 ini bagaikan rojak yang tak siap bila mencampur adukkan 4 kumpulan propaganda terdiri daripada merah, oren, hijau dan kuning yang berlainan matlamat menjadikannya seakan hilang tarikan apabila digabungkan bersama.

Walau apapun, yang pastinya HKR #KL112 ternyata telah gagal mencapai objektifnya untuk menghimpunkan sejuta orang penyokong PR. Kegagalan yang agak memalukan disaat himpunan itu menyaksikan hampir kesemua pimpinan utama PR telah turun memberikan sokongan.

Sunday 20 January 2013

Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) Gagal

Media-media pembangkang pantas melaporkan ‘kejayaan’ Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) sejurus himpunan tersebut berlangsung.  

Nampaknya, tafsiran ‘kejayaan’ oleh pihak Pakatan Rakyat memang pelik kerana selalunya sesuatu itu ditafsirkan sebagai berjaya jika ia menepati sasaran.  Sedangkan HKR yang dianjurkan mereka hanya mencapai 4.5% jumlah peserta yang berjaya dikelentongkan, berbanding 1 juta yang disasarkan. 

Namun, himpunan ini tetap diwar-warkan mereka sebagai ‘berjaya’.  Mungkin mereka menggunakan program yang sama sepertimana yang digunakan oleh DAP dalam pemilihan CEC parti itu yang menggunakan matematik tidak logik sehingga mendapati bahawa angka 45,000 adalah bersamaan dengan 1 juta.

Perlu diingatkan, bahawa sebelum himpunan berlangsung, puak-puak PR telah terlebih dahulu mewar-warkan kononnya, terdapat 10,000 polis baru direkrut khas untuk membuat kacau dan menyamar menjadi peserta.   Jika ini benar, maka angka sebenar jumlah peserta hanyalah 35,000.  

Bagaimanapun, media pro-PR terus mengkelentong penyokong mereka dengan memaparkan gambar-gambar superimpose serta jarak dekat yang memperlihatkan seolah-olah jumlah peserta begitu ramai.   Ada juga yang cuba bermain logik matematik dengan mengira ruang sekaki persegi berbanding kawasan perhimpunan dan memberikan jumlah menghampiri 700,000 orang.  Kiraan ini, walaubagaimanapun tidak mengambil-kira keluasan dan kapasiti stadium. 

Faktanya, kapasiti tempat duduk staduim hanyalah 25,000.  Jika dicampur dengan yang berdiri termasuk di tengah padang yang seluas 50ribu kaki persegi, dibahagi dengan 2 kaki persegi keluasan yang diperlukan untuk seorang individu bersaiz sederhana berdiri tegak, maka paling ramai mungkin terdapat lebih kurang 10,000 – 15,000 lagi.   Di luar stadium pula, hanya satu bahagian sahaja yang menyaksikan peserta yang ramai, dan dalam perimeter beberapa puluh meter sahaja dari stadium, yang mana dianggarkan hanya mampu mendapat kiraan dalam 5,000 – 10,000 orang sahaja. 

Justeru, anggaran rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis adalah lebih munasabah iaitu 45,000 orang. 

Daripada jumlah ini, hanya terdapat lebih kurang 8% kaum Cina dan 2% kaum India yang berjaya dikelentong.   Selebihnya, semuanya adalah Melayu PAS dan PKR yang terpaksa membawa lambang DAP dan sepanduk berbahasa Cina bagi mengkelentongkan diri sendiri kononnya kaum Cina juga ramai yang ‘terkelentong’. 

Apa yang kurang jelas dari himpunan ini ialah tujuan ia diadakan.  Kononnya, ia untuk menuntut PRU bersih, menuntut professionalisme kakitangan awam, menuntut Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan entah apa-apa lagi.   Tetapi, entah kenapa pemilihan parti sendiri yang jelas kotor dan tidak professional tidak pula menjadi isu.   Dan entah bila pula DAP bersetuju untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sedangkan kepala surat rasmi kerajaan Selangor juga menyaksikan bahasa Mandarin diangkat setaraf. 

Sebenarnya, pemimpin-pemimpin PR telah menjangkakan jumlah ini, kerana itulah mereka memilih Stadium Merdeka yang jauh lebih kecil bagi mengelak ia kelihatan kosong.  Jika dibanding dengan perhimpunan ulang tahun UMNO baru-baru ini yang menyaksikan 100,000 orang di Stadium Bukit Jalil, maka jumlah RAKYAT yang menyertai HKR adalah jauh lebih rendah dari jumlah ahli UMNO.   

Walaubagaimanapun, melihat dari komen-komen penyokong PR di media sosial,  nampaknya 100% daripada mereka telah benar-benar percaya dengan apa saja dikelentongkan oleh pemimpin dan media mereka mengenai HKR ini. 

Oleh itu, jika tujuan HKR ini adalah untuk kelentong, maka ia wajar dikatakan sebagai berjaya dengan cemerlang sekali kerana walaupun hanya 4.5% dari penyokong PR yang turun berdemonstrasi, tetapi habis satu Malaysia dan seluruh dunia berjaya dikelentong oleh PR kononnya mereka ramai penyokong, sedangkan hakikatnya, untuk mendapat 10% dari sasaran 1 juta pun tidak terdaya.

PAS BUAT ISLAM MACAM BOLA DALAM ISU KALIMAH

Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop' pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.

Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada tekanan Dap.

Peraturan yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua hari sahaja oleh Dap.

Inilah igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli Pas kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan politik lebih daripada agama.

Pada 8 Januari lalu di sidang media pemimpin Pakatan Rakyat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyatakan orang kafir bukan sahaja boleh menyebut nama ALLAH tetapi juga boleh di terjemahkan ke dalam Al-Kitab.

Tidak sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis Syura Ulama parti itu membuat keputusan melarang terjemahan 'God' atau 'Lord' di dalam kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan penyebutanya.

Kalau dahulunya Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan keputusan parti itu membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam Al-Kitab berdasarkan pendirian yang dibuat pada tahun 2010 tetapi sekarang ia pula lantang melarangnya.

Beberapa minggu sebelum ini Nik Aziz berkata membenarkan orang kafir menggunakan kalimah ALLAH di dalam kitab agama mereka adalah sebahagian daripada usaha dakwah dan mendekatkan ajaran Islam dengan golongan itu.

Sebenarnya Nik Aziz secara tidak langsung menghina risalah dakwah Rasulullah SAW kerana meletakkan kepentingan orang kafir lebih daripada keutamaan orang Islam.

Pada saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana Pas dan PKR gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai betapa pentingnya umat Melayu bersatu.

Sepatutnya dakwah menjurus kepada perpaduan sesama Islam perlu diutamakan oleh Nik Aziz tetapi beliau memilih untuk berdamping rapat dengan orang bukan Islam.

Bak kata pepatah, kerana di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan!

Kali ini Nik Aziz berdalih pula apabila beliau berkata bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam akan membawa kepada kekeliruan.

Bukankah dalam hal ini UMNO lebih konsisten daripada Pas kerana selama ini UMNO berpendirian bahawa ALLAH hanya eksklusif kepada Islam dan melarang ia digunakan di dalam Al-Kitab kecuali di Sabah dan Sarawak?

Pas 'flip flop' dan Nik Aziz juga 'flip flop' bukan sebab alasan agama tetapi demi kepentingan politik mereka.

Perubahan pendirian Pas yang bertukar-tukar sekelip mata membuktikan Islam hanya digunakan sebagai buah dadu atau soldadu dalam permainan catur parti itu.

Apabila bersesuaian dengan nafsu politiknya dan memberi keuntungan undi dan pengaruh, Islam akan ditunggangi.

Apabila peti undi Pas tergugat, dengan mudah sekalim Islam di campak ke luar tingkap malah turut dikorbankan.

Begitulah yang berlaku dalam isu kalimah ALLAH, disebabkan takut bangkangan Dap dan hilang sokongan daripada pengundi Cina dan kumpulan Kristian, Pas merelakan ALLAH dipermainkan.

Kini apabila anggota parti rata-rata tidak bersetuju dan membantah pendirian parti mereka, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dalam Majlis Syura Ulama boleh mengubah keputusan mereka untuk mengambil hati ahli-ahli parti pula.

Jadi Islam bagi Pas boleh di tendang ke sana ke sini asalkan Nik Aziz, Abdul Hadi dan pemimpin-pemimpin lain tidak hilang kedudukan politik mereka.

Namun sikap berbolak balik yang dipamerkan oleh Pas dan Nik Aziz akan memberim impak besar kepada imej dan kredibiliti parti itu dikalangan Dap dan PKR.

Sekiranya Pas boleh menjadi seperti sesumpah yang boleh menukar warna politiknya mengikut selera dan keadaan, tidak mustahil jika berkuasa parti itu juga boleh mengingkari janji taat setia yang dibuat dengan PKR dan Dap.

Jika sekarang Pas mengikat janji sehidup semati dengan kedua-dua sekutu politiknya, apakah tidak mungkin Pas juga boleh menikam belakang Dap dan PKR dalam keadaan terdesak dan apabila merasa ia sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sekutunya?

PR Kekal Benarkan Kalimah Allah Dalam ‘Bible’

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya.

Nampaknya, ‘bola’ kini di kaki Majlis Syura pula untuk bertindak balas. Itupun jika berani dan jika ada sedikit kekuatan untuk mempertahankan nama Allah dari dipijak-pijak oleh puak penganut Kristian dan Plural.  

Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain membawa kepada dua permasalahan besar iaitu kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada murtad, dan juga syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah itu sendiri. Kedua-dua masalah ini bolehlah disifatkan sebagai satu bencana besar kepada umat Islam.

Oleh itu, tidak keterlaluan rasanya untuk menyarankan supaya mana-mana umat Islam yang tidak merasa gusar atau terganggu dengan kedua-dua permasalahan ini, agar menyemak kembali imannya.

Pendirian yang diambil oleh Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh Azmin boleh ditafsirkan seperti berikut:  

1. Terbukti bahawa Majlis Syura PAS tidak ada nilai di dalam Pakatan Rakyat

2. Sah bahawa PKR membawa fahaman plural

3. Puak Kristian dengan sengaja mencabar Islam

4. Kuasa tertinggi Pakatan Rakyat adalah DAP

Alasan PR bahwa keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahli PAS dilihat sebagai ejekan kepada semua umat Islam kerana ia adalah tidak relevan sama sekali.

Ini kerana yang ingin menggunakan Kalimah Allah dalam Bible bukan ahli PAS tetapi puak Kristian yang dijuarai oleh DAP. Justeru, apa ke jadahnya jika halangan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura itu ditujukan kepada ahli PAS?

Nampaknya, apa yang kita khuatiri selama ini telah pun menjadi nyata iaitu keghairahan PAS berpolitik dan kerakusan mereka mengejar Putrajaya akhirnya membawa kepada tragedi ini. Apabila PAS mendabik dada sebagai Islam maka tindakan dan kenyataan PAS dikaitkan dengan Islam. Oleh itu apabila PAS mengambil sikap flip-flop, sentiasa mengalah dan sering U-turn, maka PAS sebenarnya menunjukkan kelemahan mereka, tetapi dilihat sebagai kelemahan Islam.

Akibatnya, Islam dilihat sebagai lemah sehingga musuh Islam tidak memandang sebelah mata pun kepada PAS dan seluruh umat Islam.

Dari apa yang berlaku ini, tidakkah kita melihat bahawa orang yang disanjung sebagai Ulama besar, Mursyid, Tok Guru, Tuan Guru, yang kononnya berada di dalam darjat yang tersendiri di sisi Allah SWT., yang maksum, alim lagi keramat, sebenarnya langsung tidak punya harga, tidak ada nilai walau satu sen pun, di mata orang-orang kafir. Tiada rasa gerun atau hormat orang lain terhadap mereka sepertimana yang dijanjikan Allah SWT kepada kekasih-kekasihnya, iaitu para Ulama sebenar. Sebaliknya orang-orang kafir menggelengkan kepala melihat kebodohan mereka.

Maka, masihkah kita tidak mengaku bahawa mereka ini semua telah berbuat kesilapan besar, dan bahawa kita yang menyanjung mereka juga telah membuat kesilapan besar? Telah dikatakan bahawa akan datang di akhir zaman Ulama-ulama jahat – tidakkah kita percaya pada ayat AlQuran ini?  

Masih belum terlambat untuk umat Islam bangkit dan membangun semula kekuatan. Namun, ini hanya boleh dilakukan dengan bersatu. Walaupun kita masih dinaungi kerajaan Islam, namun sedarlah bahawa kekuatan kerajaan Islam itu juga bergantung kepada umat Islam yang bersatu dibelakangnya. Sukar bagi sebuah kerajaan Islam untuk mempertahankan Islam tanpa sokongan umat secara bersepadu.

Hentikanlah menipu diri sendiri mengenai hudud atau Negara Islam sebagai alasan menolak kepimpinan Islam. Hentikanlah membiarkan minda kita dimanipulasi oleh Ulama-ulama jahat itu tadi.

Insaflah bahawa akibat terlalu mengejar bintang di langit, bumi dipijak menjadi padang jarak padang tekukur. Sedangkan yang berkelip bukannya bintang rupanya kelip-kelip yang berterbangan. Sebelum kita membetulkan undang-undang negara, betulkanlah diri sendiri terlebih dahulu.

Jika tidak, inilah akibatnya, di mana iman sendiri bercelaru, sehingga lebih percaya kepada Tok Guru daripada ayat-ayat Allah SWT. sendiri. Percaya yang sesama Islam itu kafir, walaupun Allah SWT. menegaskan bahawa kita semua bersaudara. Malah, ada yang sibuk mengejar hudud tetapi akhirnya bersolat juga caca marba seperti yang berlaku dalam Himpunan HKR #112 baru-baru ini di mana kiblat berlainan arah dan makmum selesai lebih awal dari imam.

Semoga Allah SWT selamatkan kita dari kesesatan dan perpecahan yang berterusan. Amin.


PAS Akan Umum Keluar Pakatan Rakyat?

Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.

Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.

Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR.

Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.

Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013.

"Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.

Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.

Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.

Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Isu Air: Azizan Tak Berani Mengadap Guan Eng

Belanjawan Kedah 2013 yang dibentangkan baru-baru ini, menunjukkan anggaran hasil sebanyak RM640.55 juta manakala perbelanjaan pula dianggar berjumlah RM656.5 juta. Ini menjadikan menjadikan anggaran defisit fiskal negeri berjumlah RM15.95 juta. Bagaimanapun, anggaran ini dibuat secara ‘mimpi’ iaitu mungkin dicongak-congak sendiri oleh kepimpinan negeri tanpa mengambilkira faktor realiti.

Jumlah defisit tersebut mengambilkira anggaran hasil dari jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjumlah RM33.8 juta dan juga kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM20 juta.

Seperti yang dikatakan, semua ini hanyalah ‘mimpi’ Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah semata-mata. Kita menyatakan ia sebuah mimpi kerana sehingga bajet tersebut dibentangkan, Azizan hanya syok sendiri tersenyum-senyum mengenangkan hasil yang bakal diperolehi tanpa mengambil langkah untuk merealisasikannya.

Mungkin Azizan tidak tahu bahawa bajet negeri bukannya untuk syok sendiri, tetapi untuk kesejahteraan rakyat. Apabila kita bermain dengan angka maka ia perlu ada logiknya kerana angka matematik atau ekonomi bukannya perkara seni yang boleh dibentangkan berdasarkan imaginasi. Kiraannya perlu tepat dan bersandarkan fakta yang nyata. Sekiranya ia diletakkan sebagai anggaran, maka anggaran juga perlu dibuat berdasarkan logik.

Justeru, di manakah logik bajet yang dibentangkan Azizan jika tiada sepatah perbincangan, tiada satu pun pertemuan atau sehelai pun surat yang boleh dijadikan sandaran bagi anggaran hasil yang dibentangkan?  

Amatlah menghairankan apabila selepas bajet tersebut dibentangkan serta dikritik hebat, kerajaan negeri Kedah masih tidak mengambil langkah untuk berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan hasrat untuk mengenakan bayaran kepada air yang dibekalkan kepada negeri tersebut.

Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, atau gelaran terhormatnya, Tokong, hanya mengetahui akan hasrat Kedah ini melalui pembentangan bajet tersebut. Tentu sekali, Tokong Lim amat terkejut dan marah. Dan sudah tentu sekali beliau tidak bersetuju kerana ia melibatkan kerugian di pihaknya.

Amalan manusia biasa dalam berurusan jual beli, haruslah melalui proses pertemuan atau perbincangan dan mungkin juga tawar menawar. Jika kedua-dua pihak bersetuju, barulah urusan tersebut boleh diteruskan dan barulah proses anggaran jumlah kewangan yang bakal terlibat boleh dibuat. Apabila semua pihak berpuas hati, wang dan barangan pun bertukar tangan, barulah ia dianggap selesai. Selagi tidak selesai, ia masih dirujuk sebagai anggaran.

Namun, satu pun dari proses di atas tidak berlaku dalam isu penjualan air ini, melainkan dalam mimpi Azizan.  

Tindakan kerajaan negeri Kedah ini seolah-olah tidak beradab, tidak beretika dan tidak professional. Nampak benar yang Azizan dan pegawai-pegawainya kekok serta tidak tahu di mana kedudukan mereka. Azizan bukannya pegawai bawahan dan exco-exco negeri bukannya pekerja kilang atau kerani kerajaan. Azizan wajib mengadakan pertemuan dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang apatah lagi apabila kepimpinan negeri tersebut telah menempelak Azizan secara terbuka kerana isu ini.

Apakah Azizan takut dengan Tokong Lim? Ini tidak mustahil kerana sudah termaklum bahawa PAS amat takut kepada Tokong-tokong DAP serta rela memperhambakan diri kepada mereka asalkan Tokong tidak menyepak PAS keluar dari Pakatan Rakyat.  

Jika kita lihat Azizan begitu garang dengan wartawan dan orang-orang UMNO, kenapa Azizan tidak mampu membawa sikap yang sama dalam bekerja? Di manakah keberanian Azizan yang kita lihat di dalam televisyen itu?

Justeru benarlah desas-desus yang didengar mengenai Azizan yang mempunyai masalah ‘inferiority complex’. Buktinya, setelah empat tahun memerintah, Azizan langsung tidak pernah mengambil masa untuk membuat perjumpaan dengan para pelabur asing di negeri tersebut. Jika di bawah BN, Menteri Besar Kedah mengunjungi pelabur beberapa kali setahun bagi mendengar sendiri masalah mereka, tetapi kini pelabur hanya berpeluang bertemu dengan wakil MB sahaja, atas alasan MB sekarang bukan lagi Pengerusi kepada Kulim Technology Park Corporation, syarikat pemaju projek tersebut.

Nampaknya, Azizan tidak tahu skop dan kapasitinya sebagai seorang MB, jauh sekali memahami nilai signifikan satu-satu pelaburan langsung asing kepada sebuah negeri.  

Ramai yang berkata bahawa Azizan enggan berjumpa pelabur asing kerana takut kelemahan beliau mengenai ekonomi dan pentadbiran negeri terserlah. Begitu juga kesnya dengan Tokong Lim, di mana Azizan bimbang beliau tidak mampu menangani proses tawar-menawar yang bakal berlangsung dan Tokong akan melihat sendiri bahawa Azizan tidaklah sehebat mana.  

Sebenarnya, masalah ‘inferiority complex’ wujud dengan segar di dalam PAS. Masalah itulah yang menjadi akar kepada sifat mengalah PAS tatkala bersemuka dengan DAP. PAS tidak mampu berhujah dengan baik, dan dengan yakin, kerana tidak punya pergaulan, pengetahuan dan pengalaman yang luas, selain sifat rendah diri semulajadi yang ada di dalam diri orang Melayu.  

Kerana itu, PAS hanya berani dengan UMNO, iaitu yang satu bangsa dengannya. PAS berdengki dengan UMNO kerana walaupun sebangsa tetapi UMNO tampak lebih yakin dan bergaya serta tidak kekok untuk bersaing. Bukan seperti PAS yang hanya mampu bermegah soal agama, itupun separuh masak saja.

Saturday 19 January 2013

Apa komen PAS tentang Statement DAP ?

Hari ini Karpal Singh membuat satu statement menyuruh PAS tarik balik keputusan MENGHARAM penggunaan kalimah ALLAH dalam bible. Katanya kepada Press satu perjanjian telah dibuat untuk membenarkan kalimah Allah di dalam bible bahasa melayu.
Bacul la PAS sekiranya takut pada Karpal Singh yang OKU tu..
Msalahnya, beranikah PAS menentang kehendak DAPigs....???

Punca Cina Jauhkan Diri Dari HKR

Jumlah peserta yang jauh dari sasaran 1 juta sebenarnya, bukanlah satu-satunya faktor Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 dilihat sebagai gagal.   Tetapi, sokongan yang merosot teruk dari kaum bukan Melayu juga adalah petunjuk penting bahawa Pakatan Rakyat semakin kehilangan sokongan rakyat.  

HKR menyaksikan hanya 8% dari 45,000 peserta adalah dari kaum Cina, manakala kaum India jauh lebih corot sambutannya iaitu hanya 2%.   Jumlah kedua-dua kaum ini yang begitu sedikit telah memaksa kaum Melayu PAS dan PKR mengangkat lambang DAP bagi pihak sekutu mereka itu.   Antara koleksi gambar Melayu menjadi anjing kurap DAP di dalam HKR, kelihatan wanita bertudung dan lelaki berkopiah putih terkinja-kinja menjerit-jerit sambil memakai lambang DAP, serta sekumpulan anak muda mengarak banner bertulisan Cina. 

Kaum Cina dan India, terutamanya, jelas enggan terlibat lagi dalam kegilaan ini.   Lebih dari itu, kaum Cina DAP juga lebih suka terlibat dalam himpunan yang hanya mengumpul kaum mereka sahaja seperti Himpunan Hijau.  Manakala kaum India pula telah serik ditipu oleh PR dalam isu-isu yang membabitkan kaum itu di Selangor dan Pulau Pinang serta enggan mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan PR. 

Bagi memahami situasi ini, post-mortem himpunan BERSIH 3.0 yang lalu mungkin dapat memberi penjelasan yang lebih tepat tentang keengganan kaum Cina untuk turut bersama balaci mereka dari PAS dan PKR di dalam HKR. Himpunan BERSIH 3.0 menyaksikan 30% penyertaan dari kaum Cina dan 7% dari kaum India. 

Dapatan dari post-mortem tersebut menunjukkan yang kaum Cina sudah tidak percaya lagi dengan Anwar dan Azmin setelah mereka didapati mengarahkan rempuhan sewaktu BERSIH 3.0 sehingga menyebabkan kekecohan.   Dan kaum Cina, terutamanya, enggan mengambil risiko terperangkap dalam kekecohan lagi.  

Selepas BERSIH 3.0, ramai dari kaum Cina mula menyedari bahawa tuntutan pilihanraya bersih yang dilaungkan hanyalah gimik semata-mata kerana yang sebenarnya, pembangkang hanya ingin membuat kecoh. 

Bermula dari situ juga ramai di antara mereka mula belajar mendengar penjelasan kerajaan dan mencari maklumat lebih mendalam mengenai sistem SPR serta jawapan-jawapan yang SPR dan kerajaan diberikan terhadap semua tuduhan BERSIH. 

Bertitik tolak dari itu, lebih separuh dari mereka nampaknya sudah mula faham.  Biarpun agak terlambat sedikit, tetapi sekurang-kurangnya mereka telah berusaha untuk mendapatkan maklumat sebenar.   Dari situ juga, lebih separuh dari mereka ini mula menyedari bahawa selama ini mereka telah termakan hasutan pembangkang sehingga tidak mampu lagi menghadamkan maklumat secara rasional.  

Justeru, PR wajar menilai semula apa yang dilaporkan oleh media sebagai ‘berjaya’ mengenai HKR.  Ini kerana, sesungguhnya, tiada apa yang mereka berjaya capai selain berjaya menipu diri sendiri sahaja.   Segala tuntutan yang konon dibuat di dalam HKR juga hanya mengundang ketawa bagi mereka yang arif mengenai politik Malaysia. 

Mana tidaknya, jika antara tuntutan yang dibuat termasuklah mendaulatkan bahasa kebangsaan serta menuntut pilihanraya bersih.   Sedangkan, apakah layak bagi PR untuk menuduh pilihanraya Malaysia sebagai tidak bersih jika pemilihan parti mereka sendiri juga sudah lintang pukang menipu secara terang-terangan?    Dan apa pula ini, yang dibebelkan mengenai bahasa kebangsaan sedangkan DAP begitu beria-ia ingin menghapuskan daulat bahasa tersebut dengan mengangkat Mandarin sebagai lebih tinggi lagi kalaupun tidak sama tinggi melalui nama-nama jalan di Pulau Pinang dan kepala surat kerajaan Selangor. 

Maka, nampak sangat bahawa senarai tuntutan HKR dibuat dengan cara ‘hentam sajalah’.   

Lagipun, jika HKR dikatakan berjaya, ia seharusnya bermakna bahawa segala isu tuntutan itu juga telah selesai dengan jayanya. 

Kini semua orang dapat melihat bahawa HKR tidak ada motif jelas, selain dari cuba membuat huru-hara di samping cuba menunjuk pada dunia kononnya rakyat menyebelahi pembangkang. 

Namun, dengan jumlah rakyat yang hadir begitu sedikit, iaitu kurang dari jumlah ahli UMNO yang berhimpun ketika Ulangtahun UMNO,  maka tiada alasanlah lagi bagi PR untuk mempersoalkan keputusan PRU-13 nanti, sekiranya ia tidak menyebelahi mereka. 



Majlis Syura: Isu Kalimah Allah Selesai, Isu Amanat Hadi Bagaimana?

Isu Kalimah Allah akhirnya selesai dengan semua pihak sependapat iaitu, ia tidak boleh sama sekali digunakan dalam kitab dan risalah agama lain.  Walaupun sebelum ini PAS mengambil pendirian bertentangan, tetapi kembali rasional setelah Majlis Syura bersidang dan memutuskan bahawa Kalimah Allah adalah ekslusif dan tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan agama lain. 

Seperti biasa, PAS menegaskan konon mereka sentiasa konsisten dan tidak pernah membuat U-turn walaupun kenyataan-kenyataan rasmi pemimpin PAS beberapa tahun kebelakangan sejak isu ini mula timbul, membuktikan pendirian flip-flop PAS.   Alasan kononnya PAS hanya bersetuju sebelum ini dengan syarat Kalimah tersebut tidak disalahguna, adalah alasan dangkal untuk menutup malu. 

Tidak mungkin selama ini PAS menyangka yang puak Kristian ingin menggunakan Kalimah Allah untuk merujuk kepada Allah SWT yang Maha Esa, pencipta sekalian alam.   Tidak mungkin PAS menyangka yang Kristian percaya pada Allah SWT dan tidak akan menyalahgunakan nama ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan Kristian.   

Apa yang berlaku menunjukkan kegagalan PAS menangani isu agama di mana ketika PAS menyokong penggunaan Kalimah tersebut oleh agama lain, pemimpin PAS tidak pula terlebih dahulu merujuk kepada Majlis Syura tetapi hanya terus membuat kenyataan mengikut sesedap rasa.  

Keputusan Majlis Syura PAS menunjukkan yang masih ada harapan bagi PAS untuk kembali ke pangkal jalan.  Sesungguhnya, PAS telah tersasar jauh kerana memberi kuasa mutlak kepada pemimpin tertinggi membuat apa jua keputusan dan kenyataan dalam isu agama.   Bagaikan seorang Pope Kristian, pemimpin tertinggi PAS diangkat mengatasi manusia biasa, Majlis Syura, Jawatankuasa Fatwa dan mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, mengatasi Sheikhul Azhar juga.   Tindakan inilah yang menjadikan mereka riak dan takbur serta tersesat jauh dalam mempertahankan ego masing-masing. 

Ego pemimpin-pemimpin PAS telah banyak merosakkan ummah selama ini.   Oleh itu, walaupun isu Kalimah Allah selesai tetapi Majlis Syura PAS tidak wajar untuk merasa lega.  Ini kerana masih terdapat isu lain yang sama berat dengannya yang masih belum selesai hanya kerana ego pemimpin PAS yang terlalu tinggi.  Isunya tidak lain tidak bukan adalah isu Amanat Haji Hadi. 

Hari ini, nampaknya Hadi cuba membayangkan seolah-olah beliau tidak pernah menuduh UMNO kafir.  Tetapi, dalam Muktamar PAS yang baru lalu, pemimpin PAS terus bermain kata-kata dan memberi gambaran seolah-olah UMNO itu murtad yakni kafir.   Walaupun tidak secara langsung, tetapi ia membawa kepada pemahaman yang sama. 

Walaupun PAS cuba mengelak dengan alasan isu ini telah basi dan terkubur bersama pejuang Memali di tahun 1980-an, namun itu hanyalah cakap-cakap Hadi untuk memujuk perasaan bersalah di dalam dirinya.   Tidak apa jika isu ini hanya melibatkan Hadi seorang.  Malangnya, ia tidak semudah itu, kerana ia melibatkan begitu ramai umat Islam dari beberapa generasi selama lebih 2 dekad. 

Sehingga ke hari ini,  masih ada yang enggan bersolat berimamkan orang UMNO.   Jika melihat dari segi positif, tidak apalah kerana mereka mungkin masih punya peluang menyedari kesilapan dan bertaubat sebelum mati. 

Tetapi, bagaimana yang telah meninggal dunia dalam keadaan mengkafirkan atau dikafirkan ibu bapa sendiri?  Bagaimana yang telah meninggal dunia dalam keadaan tidak dimandikan konon ‘syahid’ sebab menentang kerajaan Islam UMNO yang hakikatnya tidak pernah menentang Islam pun? 

Jika Hadi berkata beliau tidak pernah mengkafirkan UMNO, kenapakah tragedi ini semua terjadi?   Salah siapa?   Apakah salah mereka sendiri kerana tersalah faham amanatnya? 

Memandangkan Hadi enggan bertanggungjawab, maka Majlis Syura PAS wajar memikul tanggungjawab ini bagi menghapuskan kekeliruan dan mengembalikan pemahaman penyokong mereka yang terbabit, ke landasan yang betul.   Tiada siapa lagi yang dapat menghentikan kegilaan mengkafirkan sesama Islam ini selain Majlis Syura PAS kerana jelas Hadi tidak punya kekuatan yang cukup untuk mengorbankan egonya.   Ulama UMNO atau mana-mana Ulama luar tidak mampu membantu kerana suara mereka tidak laku dalam komuniti PAS. 

Hanya Majlis Syura sahaja harapan kita untuk meletakkan noktah kepada kegilaan yang ditimbulkan oleh Amanat Haji Hadi.   Masalah mereka yang meninggal dunia tanpa dimandikan atau meninggal dalam keadaan dikafirkan sanak saudara dan keluarga sendiri pula, bolehlah diuruskan selepas Majlis Syura membuat keputusan. 

Apakah Majlis Syura juga tidak punya cukup kekuatan untuk bersemuka dengan ego Hadi?  Apakah air muka Hadi lebih penting dari ummah dan akidah?  Apakah politik lebih penting dari agama?

Malaysiakini Patut Pecat Jurugambar

Portal pro pembangkang, Malaysiakini yang terkenal mendabik dada kononnya telus, bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak berkepentingan politik patutnya malu apabila menyiarkan foto Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang mengelirukan pembacanya.

Malaysiakini dalam salah satu artikel Bahasa Melayu dan Inggeris telah menyertakan beberapa keping foto dalam usahanya untuk menyokong dakwaan wujudnya kehadiran 100,000 orang penyokong PR dalam himpunan yang diadakan di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas.

Sedangkan umum maklum kapasiti Stadium Merdeka hanya berupaya menampung kapasiti 30,000 tempat duduk dan ruangan untuk berdiri (22,000 tempat duduk + 7,000 ruang berdiri), manakala ruangan padang bola sepak serta kawasan sekelilingnya pula hanya mampu menampung lebihkurang 10,000 orang pada satu-satu masa.

Justeru itu jika ruangan dalam stadium benar-benar penuh dan padat, jumlah keseluruhan hadirin ialah 40,000 dalam stadium, yang mana sekiranya senario ini berlaku ia bermakna para pengunjung berada dalam keadaan agak rapat dan saling bersentuhan diantara satu sama lain.

Namun senario sebenar yang berlaku di stadium bersejarah pada 12 Januari 2013 itu, ruang tempat duduk masih banyak yang kosong, sementara di tepi-tepi padang bahagian kiri dan kanan jelas kelihatan lopong kosong. Di bahagian tengah padang pula ruangan di antara individu yang duduk mahupun yang berdiri ada jarak dan ruang kosong.

Berdasarkan senario itu, jumlah sebenar pengunjung HKR #KL112 di dalam stadium tentulah kurang dari 40,000 orang. Di luar stadium kawasannya tak begitu besar, tapi masih ada kira-kira 5,000 orang penyokong PR.

Untuk mudahkan pengiraan kita anggap saja jumlah 40,000 ada di dalam stadium dicampur dengan baki sekitar 5,000 orang diluar stadium maka jumlah keseluruhannya 45,000 orang. Itu angka yang hampir tepat bersandarkan luas kawasan dalam dan luar stadium.

Bagaimanapun berdasarkan gambar yang disiarkan oleh Malaysiakini jelas berbeza dengan suasana sebenar. Foto yang disiarkan cuba memperlihatkan keadaan serba padat tanpa sebarang ruang kosong.

Ia boleh dilakukan melalui dua cara, sama ada menggunakan teknik superimposed ataupun dengan memanfaatkan teknik fotografi dari sudut tertentu bagi menutup ruangan kosong.

Mana-mana cara di atas yang digunakan, ia tetap tidak boleh menutup realiti bahawa angka 100,000 adalah melampaui kemampuan kapasiti dalam stadium dan luas kawasan di luar Stadium Merdeka.

Kita faham Malaysiakini yang sahamnya turut dimiliki oleh beberapa orang pemimpin PR terdesak untuk mempotretkan 'kejayaan' HKR #KL112, namun menyembunyikan kebenaran dengan teknik fotografi mahupun superimposed bukannya satu etika yang baik untuk satu portal yang mendakwa dirinya telus dan bebas.

Lagipun cubaan Malaysiakini yang berterusan mahu memaksa pembacanya percaya wujudnya kehadiran 100,000 orang di sebuah stadium yang kecil dan kawasan diluarnya yang tidak berapa luas itu, semakin membunuh sedikit demi sedikit reputasi portal itu.

Dulu semasa demonstrasi Bersih 3.0 April 2012 yang lalu, portal yang sama juga mendakwa demonstrasi itu dihadiri 300,000 orang peserta.

Tiba-tiba sahaja untuk laporan HKR #KL112 ini, Malaysiakini mengisytiharkannya sebagai yang terbesar walaupun didakwa kehadiran di himpunan terbaru ini disertai 100,000 orang.

300,000 dengan 100,000 mana satu angka yang lebih besar? Nampaknya Malaysiakini pun terkeliru dengan propaganda dan dakyah sendiri, andainya Malaysiakini masih mempunyai sekelumit kredibiliti yang mahu dipertahankan, eloklah bertindak sekarang.

Jika dek kerana jurugambar punya angkara menyebabkan berita dilaporkan menjadi songsang dan mengelirukan pembaca, lebih bagus dipecat sahaja. Tapi sekiranya kaedah pemberitaan songsang dan fakta bercelaru sudah sebati sebagai amalan Malaysiakini, baik teruskan sahaja perbesarkan angka 100,000 itu.