Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday 19 July 2014

Lagi Penghinaan terhadap Islam dan Melayu #MH17 #PrayMH17 #PrkDr @Pdrmsia

Memang dah melampau minah ni... Ada sahaja kemalangan melibatkan kehilangan nyawa, Islam dan Melayu dipersalahkan. Semua orang nak buat yang terbaik.
Dalam kes ini MH17 ditembak dan bukan kelalaian juruterbang disebabkan puasa. Sial betul la.

Thursday 17 July 2014

PAS Boleh Kutip Duit Fitrah !!!

Black terkejut juga apabila ada sahabat Black menghantar gambar resit yang menyatakan bahawa PAS ada menerima bayaran fitrah sebanyak RM 42.00 dan derma sebanyak RM 8.00 dan jumlah keseluruhan sebanyak RM 50.00 yang di bayar oleh Dzura bte Zainuddin resit bernombor 047686. Maknanya PAS boleh collect duit fitrah la ye????

Wednesday 9 July 2014

TEAM AZMIN ALI BERUSAHA TUMBANGKAN KHALID IBRAHIM

Nampaknya team Azmin Ali tak sudah sudah nak menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Hari ini satu berita palsu telah disebarkan oleh pengikut Azmin yang mengayakan bahawa Menteri Besar Selangor telah melepaskan jawatan dan mereka menggunakan nama BERNAMA bagi menarik perhatian orang ramai.

Namun begitu pihak BERNAMA dengan pantas telah menafikan bahawa berita berkenaan di petik dari berita yang mereka keluarkan dan dengan jelas bahawa ada unsur unsur untuk menjatuhkan Khalid dibuat menggunakan nama portal berita berkenaan.

Nampaknya memang beriya iya Azmin nak jatuhkan Khalid tambahan pula baru baru ni Khalid dah keluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan ini kemungkinan besar telah membuatkan pengikut Azmin bertindak dengan lebih agresif.

Perpecahan demi perpecahan dalam PKR dan Pakatan jelas kelihatan kini dimana DAP dengan kemelut perlembagaannya dan PKR dengab pemilihan partinya.

PAS kini nampaknya terpaksa menjadi pak turut apabila mereka kini walaupun mempunyai kerusi melebihi PKR di Selangor, namun tidak mampu untuk menghantar wakik sebagai Menteri Besar memandangkan suara dan kuasa PKR lebih kuat dari PAS.

Beberapa pemimpin PKR juga dilihat begitu lantang bersuara meminta supaya Khalid melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Besar dan salah seorang dari mereka ialah Shamsul Iskandar yang begitu beriya iya meminta Khalid turun dari memegang jawatan.

Kalau nak diikutkan disini, Shamsul tidak layak untuk bersuara kerana beliau merupakan Ahli Parlimen di Melaka tetapi mungkin kerana terlalu taksub dengan Azmin maka tiada sempadan bagi Shamsul membuat desakan.

Tuesday 8 July 2014

YEHAA!! YEHAA !!! PUSAT LUMBA KUDA TERBESAR DI ASIA BAKAL DIBINA DI HULU SELANGOR!!


TAHNIAH kepada kerajaan negeri Selangor yang bermurah hati meluluskan tapak projek pembinaan pusat perjudian lumba kuda terbesar di Asia. Kalau kira ukuran mahu lebih kurang Casino terbesar di Las Vegas.

Hebat betul lah negeri Selangor. Kata Khalid Ibrahim nak menaikkan ekonomi negeri dengan menjadikan Hulu Selangor sebagai satu hub pelancongan berasaskan perjudian seperti di Genting Highlands, Pahang.

Khalid Ibrahim telah meluluskan pembinaan di hub perjudian ini dan tiada apa-apa yang dapat dibuat oleh rakyat Hulu Selangor.

PAS kata membangun bersama Islam.

Tapi PAS Hulu Selangor turut membantah pembinaan pusat judi ini. Lihat SINI

Sudahlah pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah ditolak mentah-mentah.

Bangunan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dirobohkan di Hulu Selangor.

Sekarang, Hub Perjudian Lumba Kuda pula DILULUSKAN oleh kerajaan negeri.


Hancur Selangor kalau PKR terus dibiarkan memerintah.