PERNAH satu ketika dahulu, Mustafa Ali diminta mengulas tentang
kewujudan dan kesasihan video seks Anwar Ibrahim bersama ChinaDoll yang
telah didedahkan oleh Trio Datuk T. Begitu bersungguh Setiausaha Agung
PAS ini menafikan individu dalam rakaman terbabit bukannya Anwar
Ibrahim, dan turut memfitnah bahawa ini adalah kerja jahat UMNO dalam
merosakkan imej Ketua Umum PKR itu.
Namun langit tidak selalunya cerah. Kali ini Mustafa Ali terperangkap
dengan permainannya sendiri. Kali ini rakaman aksi Mustafa Ali bersama
seorang wanita di dalam bilik hotel telah disebarkan oleh ahli Angkatan
Muda Keadilan (AMK) di salah sebuah negeri di Pantai Timur kepada orang
ramai.
Perkara ini tercetus akibat rasa kurang senang Anwar Ibrahim apabila
Mustafa Ali mencadangkan kepada Hadi Awang supaya memujuk kembali Nasha
dan Hassan Ali kembali kepada PAS menjelang PRU ini. Apabila Anwar
mendapat tahu sahaja rancangan mereka, maka dikerahkan AMK untuk
memasang camera tersembunyi didalam bilik hotel terbabit.
Tetap nak salahkan UMNO dalam hal ni? Korang yang dapat sedap, nama
busuk bagi kat UMNO. Adakah isu moral para pemimpin yang hendak memimpin
Malaysia tidak diambil berat langsung? Fikirkanlah wahai rakyat
Malaysia, ini negara Islam, agama rasmi Malaysia masih agama Islam,
adakah kes moral seperti ini adalah sebahagian dari Islam?
Bukan UMNO yang dedahkan rakaman ini tetapi AMK, jadi kesalahan jangan
terus dituduh kepada UMNO. Dua orang ahli AMK juga telah ditahan dan
disoal siasat malah mereka diupah oleh orang atasan parti untuk edarkan
cd tersebut.
Rasanya kalau ikut dari kata Hadi Awang, "Islam benar aibkan pemimpin",
jadi tidak salahlah tindakan AMK yang sebarkan rakaman video tersebut
kepada umum kerana telah bersanadkan kepada kata-kata Hadi Awang. Salah
UMNO lagi ke?
Seperti juga kes rakaman aksi Anwar dan ChinaDoll, Mustafa Ali pernah
berkata yang jika tidak mempunyai 4 orang saksi yang credible maka saksi
itu tidak layak menjadi saksi. Dan rakaman video tersebut itu juga
tidak boleh dijadikan saksi kerana rakaman itu BESI bak kata Nik Aziz.
Salah UMNO lagi?
Jadi siapa pula kali ini yang hendak mengkaji rakaman video Mustafa Ali ini?
No comments:
Post a Comment