Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday 19 April 2013

BILA NIK AZIZ BERIMAN DENGAN SATU SAJA AYAT AL QURAN DAN MENINGGALKAN AYAT-AYAT AL QURAN YANG LAIN!!!

Para pecacai dan juhalak yang taksub tanpa ilmu akan mudah berasa kagum apabila melihat seorang individu berperawakan dan berperwatakan zuhud, alim dan sentiasa bercakap dengan dalih-dalih agama. Lantas, apabila ada yang menyanggah sebarang pendapat individu tersebut, maka akan dicoplah golongan penyanggah itu sebagai PENGHINA ULAMA, PENGHINA ISLAM, GOLONGAN YANG ANTI DENGAN MUFASSIRIN.

Mufassirin adalah golongan yang mentafsirkan ayat-ayat al Quran.

Mursyidul Am PAS dalam satu reaksi berhubung gambarnya yang dikatakan telah diedit, sekaligus mewujudkan persepsi menghina terhadapnya, cuba memperlihatkan kezuhudan dan kewarakannya dengan menyatakan, dia telah memaafkan semua orang yang berbuat begitu bersesuaian dengan Ayat 14, Surah Al-Jatsiyah.

Maksud Ayat 14, Surah Al-Jatsiyah:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman: hendaklah mereka memaafkan (kejahatan dan gangguan) orang-orang yang tidak menaruh ingatan kepada hari-hari (pembalasan yang telah ditentukan) Allah; (disuruh berbuat demikian), kerana Allah akan memberi kepada satu-satu puak: balasan yang patut dengan apa yang mereka telah usahakan.

Dan berbondong-bondonglah para juhalak dan jahilun menyebarkan mesej tersebut tanpa mereka memahami apa sebenarnya maksud ayat tersebut dan sambungan ayatnya yang kembali semula ke batang tubuh Nik Abdul Aziz dan segala perbuatannya selama ini.

Dalam Ayat 15, Allah Taala memberitahu, setiap orang dibalas dengan apa yang diusahakannya. Kalau kebaikan, maka manfaat dan faedah akan diperolehinya. Kalau kejahatan, maka kejahatan jugalah yang menimpanya.

Melihat kepada apa yang berlaku kepada Nik Abdul Aziz, sesungguhnya dia tidak sahaja menerima dugaan yang sebegitu besar, bahkan dia sebenarnya sedang menerima kifarah daripada Allah Taala sebagai cerminan kepada manusia beriman yang lain di negara ini. 

Apa yang tidak dilakukan oleh Nik Abdul Aziz. Seorang pengamal Assobiyah yang tegar seperti Nik Aziz, hanya membela kaum kerabat serta golongannya semata-mata, tetapi apabila kejahatan dan fitnah yang dilakukan oleh golongannya kepada golongan yang dianggap musuh, pantas pula dia mencari-cari dalil untuk membenarkan perbuatan tersebut dengan cara menyelewengkan ayat-ayat al Quran yang kemudian diberikan dalih terakhirnya iaitu POLITIK!

Isi al Quran diimani sepenuhnya, bukannya diimani sebahagian dan sebahagian lagi ditolak. Hudud diperjuangkan dan melabelkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan draf hudud ciptaan upahan PAS Kelantan sebagai menolak Islam, tetapi perintah al Quran agar umat Islam bersatu, berkasih sayang dan bersikap lembut sesama Islam, keras terhadap bukan Islam, ditolak dan tidak pula dilabelkan sebagai kafir.

Jangan melihat kepada besarnya serban, longgar dan labuhnya jubah atau putihnya janggut kambing, sebaliknya nilaikanlah amalannya sama ada setara dengan lisan atau sebenarnya Islam berpilih-pilih seperti yang diamalkan oleh Nik Abdul Aziz dan para juhalak serta jahilun muraqqab.

Sumber : http://theflyingkick.blogspot.com/2013/04/bila-nik-aziz-beriman-dengan-satu-saja.html?m=1


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment