Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Sunday 14 April 2013

kerana nurul izzah, seramai 210 keluar umno, melompat rianglah semua pencacai!!!

berita yang sangat mengemparkan, sangat memberikan impak yang sangat sadis bagi kita.. tapi.. mungkin kerana pru13 yang tidak lama lagi.. maka impak ini menjadi satu bualan yang popular di lembah pantai....... jadi pesan untuk semua... sayonara... :(



hehe.. sebelum pencacai gembira tak terhingga, harap boleh tarik nafas panjang-panjang dulu ye.. sebab, cerita sebenarnya bukan orang keluar umno.. tetapi keluar pkr di lembah pantai....

Nurul Izzah Anwar mendapat tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila seramai 210 ahli PKR Lembah Pantai mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Lebih pedih, tindakan itu diketuai oleh pencadang Nurul Izzah semasa penamaan calon pilihan raya umum 2008 Norleha Ghani dan Ketua Wanita PKR Cawangan Taman Bukit Angkasa, Rossimah Abu Bakar. Norleha yang mendakwa berjuang bersama PKR sezaman dengan bekas pengasas parti itu Ng Lum Yong berkata, keputusan meninggalkan parti tersebut dibuat kerana sudah tidak yakin dengan perjuangan parti itu dan kecewa dengan sikap anak Ketua Pembangkang itu.


"Beliau (Nurul Izzah) tidak tahu bagaimana kami meninggalkan suami dan anak-anak di rumah semata-mata untuk membantunya semasa berkempen (2008).

Kami bekerja kuat, malah menganggapnya seperti anak kami sendiri. "Kami bukannya menagih jawatan, tetapi kesal kerana selepas beliau menang, kami dilupakan.

Janji-janji yang dibuat kepada pengundi-pengundi tidak ditunaikan,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengisytiharkan keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini. 

Dalam pada itu, Norleha dengan nada sebak memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai Firaun.

"Saya sebenarnya terikut-ikut dengan ahli-ahli PKR lain selepas kami ditiupkan api kebencian terhadap Dr. Mahathir yang memenjarakan Anwar pada 1999," ujarnya. Beliau berkata, penyokong-penyokong pakatan pembangkang khususnya PKR perlu mengambil langkah sama untuk keluar parti dan mengundi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. 

"Hanya BN yang boleh membela nasib rakyat. Kita harus memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara," katanya. 

Sebelum ini Nurul Izzah diumum akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU-13. Untuk rekod, pada pilihan raya lalu Nurul Izzah menewaskan calon BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan calon Bebas,

ps: macam biasa ayat yang di keluarkan oleh pencacai tegar... orang umno yang masuk umno sebenarnya... hehe...
 

1 comment:

  1. sesat tengah jalan balik kepangkal jalan. Parti anak beranak memang dah perangai macam tu...

    ReplyDelete