Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday 19 April 2013

Dap Pakai Lambang Pas - Teresa Kok HINA Status Ustazah

Pukul 3 petang esok kita akan tahu apakah calon2 Dap akan gunakan lambang Pas dalam kempen PRU13.

DAP memberikan masa sehingga jam 3 petang esok kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan DAP tidak sah.

Jika gagal berbuat demikian, kesemua calon DAP akan bertanding di atas tiket PAS di Semenanjung dan di atas tiket PKR di Sabah dan Sarawak.
Harakah


Lim Guan Eng jelas masih ingin bermain politik dalam isu ini walaupun kemelut ini adalah berpunca dari kesilapan Dap sendiri. Kenyataan diatas seolah ingin meletakkan kesalahan keatas bahu ROS pula !

Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoal ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak mengundi.

"Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13, SINAR

Bukannya Tokong Lim mahu berbincang atau buat rayuan .... tapi diberi katadua pula kepada ROS supaya tarik balik keputusan yang dibuat. Memang dasar BODOH SOMBONG dan ULTRA KIASU ! Diri sendiri tak pernah buat salah, apa yang tak kena semuanya salah orang lain.

"DAP tidak akan terima begitu sahaja, kita akan lawan kezaliman ini. Kita akan tetap bertanding dalam PRU13." SINAR


? ? ? KEZALIMAN ? ? Tang mana yang zalimnya ? Bukankah ROS kata DAP BOLEH bertanding pakai lambang roket - NO PROBLEM ! Dan pihak SPR juga mengesahkan perkara ini -

SPR menjelaskan DAP boleh menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini kerana siasatan RoS itu tidak akan memberi kesan kepada parti itu dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada PRU13.

Tapi kenapa Tokong Lim keluarkan kenyataan seolah wujud konspirasi yang mahu mensabotaj Dap ?

Apakah Dap sudah ketandusan isu untuk dimainkan dalam kempen pilihanraya sehingga terpaksa MENCIPTA isu dari satu keadaan yang langsung tidak ada isu ?

*******************************


Nada SUMBANG yang sama turut dimainkan oleh Teresa Kok -

Beliau yang juga Pengerusi DAP Selangor juga menambah, implikasi daripada keputusan ini, DAP tidak mempunyai pilihan lain daripada tetap terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas tiket Pas.

"DAP tidak ada pilihan lagi kerana sudah tidak boleh bertanding atas tiket roket.
-
SINAR

Kalau kita kata ahKok tak pandai cakap Bahasa Kebangsaan, dia akan marah ..... TAPI bilamasa dan siapa yang kata Dap tidak boleh bertanding pakai lambang roket ? ? ?


Komen ahKok seterusnya ini yang saya nak jadikan isu ! - sambil merujuk kepada kemungkinan terpaksa pinjam lambang Pas -

"Saudara boleh panggil saya ustazah selepas ini,"

Bunyi macam bergurau .... mungkin orang Pas akan BERTAKBIR ! beramai-ramai dengan kenyataan itu tapi saya pula melihat kenyataan ahKok itu sebagai SATU PENGHINAAN kepada status Ustazah atau Ustaz dan kepada Islam itu sendiri !

Ustazah adalah gelaran yang kita berikan kepada seorang GURU AGAMA wanita. Status seorang GURU AGAMA dipandang tinggi dalam Islam dan masyarakat kita, seharusnya dihormati tapi ahKok begitu mudah telah mempermain dan memperlekehkan status seorang GURU AGAMA ISLAM.

Begitu rendahnya martabat seorang USTAZAH dimata ahKok. Baginya sesiapa saja boleh digelar sebagai Ustazah, waima seorang kafir sepertinya kalau pakai lambang Pas saja sudah melayakkan dirinya untuk digelar sebagai Ustazah.

Bayangkan setinggi serendah mana penghormatan yang diberikan oleh ahKok sekiranya beliau bertemu dengan seorang yang bergelar Ustazah.

JELAS sekali ahKok tidak memahami / tidak mempunyai sensitiviti keagamaan apabila mengeluarkan kenyataan itu. Adakah sikap sebegini yang pemimpin Pas kata sebagai pemimpin kafir Dap telah menerima dan memahami cara Islam ? Ini bukan memahami tapi MENGHINA !

Tapi saya percaya orang Pas akan sambut penghinaan ini dengan TAKBIR ! kan ? kan ? Macam Nik Aziz kata, Dap dah terima Islam hanya kerana mereka nak pakai lambang Pas......

Oya, satu lagi ...... seseorang kena beritahu ahKok yang gelaran Ustazah atau Ustaz itu bukannya dimonopoli oleh Pas. Masuk Pas jer dah boleh dapat gelaran Ustazah ? Apakebendanya yang telah diajar oleh pemimpin Pas kepada ahKok ni ?


Para Ustaz dan Ustazah Segera yang bakal diiktiraf Pas

sumber

No comments:

Post a Comment