Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 22 April 2013

BONGKAR! CALON PKR TUKANG JUAL PIL KUDA!! #PRU13

Di dalam usaha Anwar Ibrahim cuba menyakinkan penyokong PKR tentang aksi badut politik yang menyaksikan pertembungan di antara Yusni Mat Piah, calon PAS dan Chegubard, calon PKR di Sungai Acheh, Hadi Awang secara terbuka telah menyindir hebat parti PKR!


foto ilustrasi
Sindiran tajam lagi pedas dan pasti memalukan Anwar Ibrahim dan parti PKR dinyatakan oleh Presiden PAS semasa ceramah beliau di Kampung Tebakang, Alor Limbat.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat sebagai usaha menyelamat bagi memastikan tiada syaitan yang menyerap masuk ke dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas. 
Beliau menyatakan demikian kerana dipercayai berang dengan gejala kemasukan sebilangan calon tangkap muat di kalangan pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. 
Katanya, Pas berkeupayaan melakukan kerja-kerja menyelamat ini dengan kekuatan jentera di seluruh negara. 
"Ada calon-calon (pembangkang) yang kita khuatir...tak boleh sebut di mana-mana. Kita ada maklumat calon-calon, ada jadi tukang jual pil kuda. Orang Pas tak boleh terima calon macam ini," katanya ketika berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat dekat sini malam tadi. - Utusan
Kita tentu tertanya-tanya identiti 'calon-calon pembangkang bukan PAS' yang dianggap sebagai syaitan oleh Hadi Awang. Begitu juga dengan calon pembangkang yang juga tukang jual pil kuda.

Jika beginilah kualiti calon-calon pembangkang, bukan PAS dan penyokong-penyokong PAS sahaja yang perlu tolak calon tersebut tetapi rakyat keseluruhannya sepatutnya menolak pakatan pembangkang yang menjadi sarang syaitan dan tukang jual pil kuda.

Selain daripada tukang jual pil kuda dan syaitan, Hadi Awang juga mendedahkan calon PKR yang berideologi komunis! Laporan media :
Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mendapat maklumat terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan beideologi komunis. 
“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut” tambah beliau. 
“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan .. dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.

sumber

No comments:

Post a Comment