Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Sunday 28 April 2013

#Vote4BN : Pembangkang Guna Taktik Kotor Dalam Berkempen...buruk betul perangai


aa1
Cara kotor pembangkang berkempen semakin menjadi-jadi dengan yang terbaru menggunakan taktik mengeluarkan risalah palsu melibatkan calon BN bagi DUN Pasir Panjang Rashidi Ibrahim dan DUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pendedahan ini dibuat Dr Zambry sendiri setelah beliau menjumpai risalah tersebut diedarkan di Pangkor ketika tiba untuk membuat kunjungan ke seluruh bilik gerakan BN di Pangkor pagi tadi.
Menurutnya risalah palsu itu mengandungi kenyataan Rasidi yang lebih dikenali dengan Cikgu Shidi dan beliau sendiri yang bersifat provokatif.
"Dalam risalah itu cikgu Shidi dikatakan hanya mahu undi daripada pemuda UMNO sahaja untuk menang dan tidak memerlukan undi daripada ahli komponen parti.
"Saya pula dikatakan menyeru pengundi Melayu untuk keluar mengundi manakala tidak akan mengharap undi daripada komponen parti kerana tahun 2008 calon UMNO menang kerana undi Melayu dan tanpa bantuan parti komponen.
"Kenyataan paslu ini sangat provokatif. Ianya bersifat jahat dan sangat tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas program tinjauan mesar di DUN Pangkor bersama Datuk Kong Cho Ha yang bertanding bagi kerusi Parlimen Lumut.  
Dalam nada sinis, beliau menasihati pembangkang supaya menggunakan pendekatan yang lain untuk mendapat sokongan semasa tempoh berkempen ini kerana mengeluarkan risalah palsu itu lansung tidak profesional.
Beliau yang menerima risalah itu sebaik sahaja tiba di Pulau Pangkor berasa terkejut degan beberapa isi kandungan risalah itu yang menyebut kononya Rashidi 
aa3
hanya memerlukan sokongan daripada golongan muda untuk memenangi kerusi DUN Pasir Panjang dan juga Kemenangan Umno pada PRU yang lepas adalah tanpa bantuan daripada parti komponen.

Menjawab satu soalan, Dr Zambry berkata beliau percaya taktik kotor itu sudah bermula agak lama namun kurang pasti sejauh mana pengedaran risalah itu dibuat.
Dalam perkembangan sama, beliau meminta supaya semua pihak mengelakkan diri daripada membuat sebarang provokasi yang boleh menimbulkan kekecohan sehingga mengganggu proses PRU-13.
"Di sini saya ingin menyeru agar semua pihak tidak terlalu ghairah berkempen sehingga tidak sedar bawaha perbuatan mereka itu kadangkala boleh menimbulkan fitnah dan juga kekecohan yang akhirnya akan menyebabkan banyak kerosakan," tambahnya.
Sementara itu, Kong Cho Ha melahirkan rasa gembiranya kerana sambutan warga Pulau Pangkor terhadap kerajaan BN semakin menunjukkan peningkatan.
"Saya berasa gembira kerana BN di DUN Pangkor ini mendapat sambutan yang hebat darada seluruh warga penduduk dan ini juga menunjukkan betapa rakyat masih mahu mengekalkan kerajaan BN untuk kehidupan yang lebih baik di masa yang akan datang," katanya

No comments:

Post a Comment