Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday 26 April 2014

Memang Tak Ade Orang ??? @ZambryAbdKadir
















Karnival Pendidikan & Kerjaya Di Lumut Senyap Sunyi??? @ZambryAbdKadir

Benarkah Karnival Pendidikan & Kerjaya yang dianjurkan oleh UMNO Lumut, Pusat Kerjaya Amanjaya dan Kerajaan Negeri Perak tiada sambutan? Adakah kehadiran kira-kira 5000 pengunjung tidak ramai? Mungkin juak pembangkang akan kata tidak ramai. Biasa latu. Tapi inilah hakikatnya bahawa kedua-dua karnival ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Bermula dari jam 9.00 pagi hingga ke 5.00 petang, orangramai masih berpusu-pusu datang untuk mencari pekerjaan yang ditawarkan dari pelbagai syarikat termasuk GLC.
Black tidak terkejut dengan kehadiran Pegawai Khas YB Laksamana Imran iaitu Cikgu Razak dari PKR turut sama dalam karnival ini. Dengan muka selamba jer. Biasa la tu. Nak hantar laporan kepada boss die yang konon karnival ini tiada sambutan.
Satu perkara yang Black rasa ianya begitu baik ialah pengumuman bahawa Daerah Manjung telah diisytiharkan telah dimasukkan ke dalam Rancangan KORIDOR UTARA. Banyak manafaatnya kepada penduduk Manjung. Sebelim ini di negeri Perak hanya beberapa daerah di utara Perak, tetapi kini Manjung telah di berada di dalam KORIDOR UTARA. Peluang pekerjaan dan pembangunan terus boleh dinikmati oleh penduduk Daerah Manjung.

Malam Cinta Rasul Dapat Sambutan Di TLDM Lumut @ZambryAbdKadir

Alhamdulillah. Program cinta rasul yang dijalankan di TLDM Lumut amat menggalakkan. Kira-kira 10,000 umat iskam turut hadir di majlis tersebut. Program bermula dari jam 6.30 petang. Solat maghrib, ceramah agama, solat isyak, berzanji dan qasidah okeh Sheikh Habib dari Indonesia. Black mengucapksn tahniah kepada kerajaan negeri kerana berjaya menjalankan program yang amat baik ini. Tahniah juga kepada warga TLDM kerana sama-sama bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Alhamdulillah.

Thursday 24 April 2014

Pemilihan PKR : Siapa Yang Akan Pegang Jawatan??? Ratu_Naga @Tunfaisal

Siapa yang akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita & semua jawatan yang dipertandingkan dalam Wanita PKR dan tidak ketinggalan Ketua AMK & semua jawatan yang dipertandingkan dalam AMK PKR mungkin ramai telah tahu. Namun mungkin ada yang tidak dapat maklumat sepenuhnya. Black rasa eloklah dipamirkan. Bukan nak promosi jin-jin tanah ni... tetapi untuk semua orang tahu dan mungkin juga yang mengenali calon-calon yang bertanding siapa sebenar mereka.
Adakah PKR ini terus diterajui oleh kroni Anwaris atau ada perubahan.... Untuk jawatan Presiden, apa yang dijangka benar-benar terjadi. Anwar akan terus mengekalkan Mbah Jijah sebagai presiden. Anwar meletakkan dirinya sebagai calon presiden adalah cara untuk tidak membenarkan orang lain bertanding. Apabila telah tutup tarikh pencalonan, maka beliau menarik diri dengan membiarkan isteri kesayangan menang tanpa bertanding. Ini adalah cara Anwar untuk mengekalkan kuasa kroni di dalam Parti Kian Rebah ini.
Inikah demokrasi yang sering dilambung-lambung oleh Pembalun Belakang ini? Jawapannya memang ya...Demokrasi Terpimpin... Untung kat die jer.

#PrkGelugor : Satu lagi PRK tahun ini.

Ringkasan Data Pengundi:
1. Jumlah Keseluruhan Pengundi Parlimen P51 PRK Bukit Gelugor  82,431orang
Keluar writ :24/4/2014
Penamaan calon : 12/5/2014
Tarikh undi awal : 21/5/2014
Tarikh undi : 25/5/2014
2. Perbezaan Majoriti:
a. PRU 11 (2004) - Calon DAP tewaskan Calon MCA majoriti 1,261undi.
b. PRU 12 (2008) - Calon DAP tewaskan MCA majoriti 21,015 undi
c. PRU13 (2013) - Calon DAP tewaskan Calon MCA majoriti 42, 706 undi.
3. Jumlah Daerah Mengundi - 21 PDM.
4. Jumlah lokaliti - 432 lokaliti.
Majoriti pengundi disini adalah cina. Adakah cina akan terus menyokong pengganti Karpal? Sama-sama kita tunggu keputusan nanti.

Thursday 17 April 2014

Kemalangan di Cameron Highland : Takziah untuk YB Dato Nozula

Kemalangan Melibatkan ADUN Paloh

Tarikh : 17.4.2014
Masa : 6.30 petang
Lokasi : Cameron Highlands menghala ke Simpang Pulai

Mangsa 1: YB Dato Paduka Nozula Mat Diah (Cedera Ringan)
Mangsa 2: YBhg Datin Paduka Maziah bt Din (Meninggal Dunia)

Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, kenderaan yang dipandu sendiri oleh YB Dato Paduka dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit. Kenderaan dipercayai terbabas kerana permukaan jalan yang licin.
Beliau kini berada di Hospital Ipoh dalam keadaan tenat manakala isteri beliau dikhabarkan telah meninggal dunia sebentar tadi.

Status Nabi Muhamad nak disamakan dengan Karpal Singh!!! @Ratu_Naga @Tun_Faisal

Black hairan umat Islam sekarang ni.. Kalau dibaca komen dari minah ni...status Karpal hendak disamakan dengan Junjungan Besar Islam Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Rasul Allah terakhir.
Black tak dapat nak pastikan bahawa minah ni Islam ataupun telah murtad. Mungkin juga orang kafir menggunakan nama dan gambar orang Islam. Mungkin nak mengelirukan umat Islam.
SKMM diminta agar dapat menangkap dan mengenakan tindakan terhadap individu yang menghina Islam hingga Rasullullah s.a.w. tidak kiralah tuanpunya akaun sebenar facebook ini Islam ataupun sebaliknya.

Hudud ada harapan cerah??? Takziah kepada keluarga Karpal Singh

Takziah kepada keluarga Karpal Singh di atas kematian Karpal Singh dalam kemalangan tengah malam tadi di Gua Tempurung.

Ape pun PRK Gelugor tetap akan berjalan dan kepada pencacai #DAPbiadap jumpa di sana nanti.

Wednesday 16 April 2014

#GST menaikkan harga barang??? Biar betul??? @Ratu_Naga @Tun_Faisal @NajibRazak

Anda semua boleh memikirkan GST ini menyebabkan harga barang boleh naik atau tidak.. Anda semua boleh kira sendiri...

Tuesday 15 April 2014

Taiping di landa ribut lagi

Simpang (Taiping)- 15hb Selasa. Hujan lebat yg disertai dengan angin kencang yg melanda pekan ini selama satu jam sejak jam 5.30 ptg telah menyebabkan sebuah pondok menunggu bas dan pusat jualan kereta terpakai mengalami kerosakan. Sebatang pokok tumbang dan menghempap pondok menunggu bas mengakibatkan bumbungnya tercabut. Kejadian tersebut turut menyebabkan sebuah khemah besar yang menempatkan kereta-kereta terpakai  syarikat jualan kereta terpakai O Car Auto Sdn Bhd diterbangkan angin sejauh 30 meter keatas jalanraya mengakibatkan kesesakan jalanraya yg agak teruk. 2 buah kereta jenis Harrier dan Nissan yg ditempatkan dibawah khemah turut mengalami kerosakan. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Pekerja-pekerja dari JKR LMS tiba untuk membersihkan kawasan kejadian. Petugas-petugas dari pejabat Umno Bahagian Bukit Gantang yang terletak berhampiran tempat kejadian turut membantu memindah dan membersihkan serpihan-serpihan khemah yang bertaburan diatas jalan.

Wartawan : Mohd Ibrahim