Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday 31 August 2013

LOGO-LOGO KUMPULAN SAMSENG SUDAH DIDEDAHKAN OLEH PDRM... ADA TAK SEBARANG PERUBAHAN?

Penolong Pengarah Kongsi Gelap/Judi/ Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata logo berkenaan dipapar dalam laman sosial Facebook PDRM agar orang ramai memahami maksud sesebuah logo itu sekali gus menghindari mereka daripada terlibat dengan sebarang kumpulan kongsi gelap.

"Pada peringkat awal ini, kita melalui program kepolisan dan pemeriksaan, akan menasihati orang ramai, yang memiliki atau menampal sebarang logo seperti di kereta dan rumah, supaya menanggalkannya dengan apa cara sekalipun.

"Ini juga bagi menghindarkan mereka ditahan pihak polis. Mungkin mereka tidak tahu apa maksud logo berkenaan dan tidak terlibat pun dalam mana-mana kongsi gelap. Namun jika mereka masih berdegil atau dikenal pasti memang terlibat dalam kegiatan itu, tindakan tegas akan diambil," katanya pada sidang
akhbar hari ini.


Sidang akhbar itu turut memapar kesemua 49 logo kumpulan kongsi gelap berkenaan dan tatu logo yang dilukis pada badan melalui skrin selain penerangan berkaitan bangsa sesebuah kumpulan.

Antara kumpulan kongsi gelap itu ialah Geng 04 yang aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur; Geng 08 aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka serta Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.

Abdul Jalil berkata polis juga akan memantau penggunaan logo terbabit pada kenderaan yang diguna ketika perarakan atau upacara pengebumian.

"Kita akan 'turun padang'. Kalau kita lihat ada logo itu diletak pada kenderaan yang membawa mayat, kita akan minta mereka tanggalkannya," katanya sambil meminta ibu bapa memantau pergerakan anak mereka agar tidak terjebak atau menyertai mana-mana kumpulan kongsi gelap.

 
 

Thursday 29 August 2013

Marah Sungguh Bangsat Sepet Ni !!!!








Hari ini bermula tayangan Filem Tanda Putera. Si bangsat bapa peristiwa berdarah 13 Mei 69 begitu marah dengan penayangan ini. Di Pulau Pinang, diharamkan terus tayangan filem ini.... Hidup Melayu....

Monday 26 August 2013

DAP MAKIN SAKIT HATI, KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN PDRM TUBUH SKUAD KHAS BURU TAUKEH DADAH DAN 'GODFATHER' KONGSI GELAP PULAK!!!


Kementerian Dalam Negeri dan PDRM semakin bersungguh-sungguh memburu ikan-ikan besar dalam dunia jenayah apabila menubuhkan skuad elit khas yang menjadikan taukeh-taukeh dadah dan godfather sindiket jenayah sebagai sasaran yang baru.

Skuad tersebut mengandungi 400 orang pegawai, diberi kuasa untuk bertindak tanpa perlu melalui protokol dan prosedur biasa iaitu melaporkan diri kepada Ibu Pejabat Polis Negeri dan Daerah.

Kuasa yang diberikan kepada skuad itu juga lebih besar sekaligus tidak memerlukan kelulusan daripada polis daerah dan negeri. Skuad tersebut akan diletakkan berasingan daripada Unit Narkotik Bukit Aman.

Pastinya, ada pemimpin politik terutama sekali yang selama ini menjadi proksi kepada kepala-kepala penjenayah tidak senang duduk dan mencari-cari alasan untuk terus memburuk-burukkan pihak polis. Keputusan terkini Kementerian Dalam Negeri yang dipimpin oleh Zahid Hamidi dan PDRM itu, bagaimanapun, tidak pula menyatakan godfather yang dimaksudkan adalah orang politik.

Walau bagaimanapun, Zahid turut mengakui, satu bentuk undang-undang baru sedang dikaji.

Cuma yang menjadi persoalan nanti ialah, sejauh mana pula Pejabat Peguam Negara dan Peguam Negara sendiri akan memberikan respons. Adakah amalan selama ini iaitu, POLIS TANGKAP, PEGUAM NEGARA LEPASkan penjenayah akan berkekalan?

Justeru, tidak hairanlah mengapa ada sebilangan ahli-ahli politik, khususnya dari DAP dan peguam dari PKR seperti N.Surendran begitu kalut mencipta persepsi agar orang awam mencurigai pihak polis!!! 
 
sumber

Friday 23 August 2013

HINDRAF Pedih Telinga Bila Zahid Hamidi SOUND Senator Waytha Moorthy Timbalan Menteri Bangang Yang Persoal Tugas Kerja Polis Benteras Jenayah Kongsi Gelap

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

Beliau mengulas tindakan Waytha Moorthy mempersoal penjelasan polis bahawa lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis.

Waytha Moorthy dilaporkan akhbar sebagai berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Ahmad Zahid berkata sebagai seorang anggota pentadbiran kerajaan, Waytha Moorthy perlu mengetahui bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan, tidak boleh bercanggah dengan dasar yang ditentukan oleh kerajaan.

“Beliau (Waytha Moorthy) jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan (berfikir sebagai) pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Dalam insiden itu polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku dalam insiden itu adalah tugas polis biarlah polis buat kerja kerana mereka lebih arif.
 

Wednesday 21 August 2013

Bila Mayat Penjenayah Diarak Seperti Wira Oleh Pemimpin Pakatan???

Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia hari ini apabila penjenayah dianggap sebagai wira manakala pihak berkuasa dianggap sebagai musuh.

Itulah yang berlaku dalam kes lima orang penjenayah yang dipercayai ahli kongsi gelap yang maut dalam serbuan polis di sebuah rumah di Pulau Pinang.

Inilah yang berlaku apabila politik persepsi yang cuba diterapkan oleh pembangkang kepada rakyat.

Kenapa pembangkang suka membela penjenayah tetapi menyalahkan polis dalam segala tindakan yang polis lakukan untuk mencegah dan mengekang jenayah.

Mungkin akibat daripada tindakan segelintir pemimpin politik inilah yang menyebabkan jumlah jenayah kian meningkat akhir-akhir ini.

seterusnya

Tuesday 20 August 2013

Blogger Pro PAS Mahu Hapus Institusi Kesultanan Melayu Tahun 2030 !!


Wan Ji yang turut dikenali sebagai blogger pro-PAS, al-Bakistani membayangkan istitusi Kesultanan Melayu yang diamalkan di Malaysia hari ini akan terhapus pada tahun 2030 kerana ketika itu Sistem Republik yang diimpikan pembangkang sudah tertegak di negara ini.
Keyakinan blogger pro PAS itu berdasarkan usaha-usaha yang telah dilakukan pihaknya menghakis institusi kesultanan Melayu sejak dari tahun 2012 lagi.
“Ana punya cita-cita. Sekarang ni 2013kan? 2030, ‘MAP’ ana, Sultan tak ada. Sultan dah habis. Malaysia ni dah jadi negara Republik. Sistem berpresiden dah. Bila? 2030..
“Kita dah buat map, kita dah buat perancangan tau, sebenarnya ‘game’ ana ni awal lagi, 2011…’game’ ana. Dah ada 2012 dan 2013.
“Apa ana punya ‘game’, ‘game’ ana, tahun yang pertama, ana buat ‘game’, orang kate Sultan Syaitan.
“Mulut orang…Setan…setan…setan…setan…bile??…Tahun ke… Dan terbukti berjaya….ok…ok? Berjayakan??? Orang sekarang tak panggil Sultan….
“Kalau Sultan pun…Setan…dalam kepala otak diakan???…Setan…Setan…Setan…Setan…Setan…Setan,”katanya dalam satu ‘bengkel’ yang dipercayai dihadiri oleh ahli kumpulan blogger yang satu aliran pemikiran dengannya.
Ini bermakna dalam masa 17 tahun usaha-usaha yang dilakukan pihaknya, dia percaya pada tahun 2030 institusi Kesultanan Melayu akan terhapus apabila majoriti rakyat Malaysia menolak institusi itu.

tonton di sini

MAMPUKAH @ZairilKJ PERTAHANKAN JAWATAN TANPA SOKONGAN @CmLimGUANENG

Kemenangan Zairil Khir Johari dalam kiraan semula pemilihan CEC DAP Januari lalu dirujuk sebagai ‘ajaib’ oleh bekas pemimpin parti itu iaitu, Tunku Aziz.   Zairil pada mulanya hanya mendapat 305 undi tetapi jumlah undian telah melonjak sehingga 803 dalam pengiraan semula.  Keputusan tersebut meletakkan beliau di tangga ke 20 yang mana membolehkan beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif parti.
Pengiraan semula dibuat setelah parti itu mendakwa telah ‘tersilap kira’ dalam pemilihan awal dua minggu sebelumnya.
Umum melihat alasan DAP untuk mengira semula undi adalah kerana ingin menutup sifat rasis parti itu apabila tiada wakil Melayu yang terpilih walaupun di kalangan mereka yang telah berabad berkhidmat kepada parti. Oleh kerana tidak tahan dengan kecaman ramai, maka DAP sanggup memanipulasi undi bagi memenangkan Zairil.
Tindakan tersebut bagaimanapun bukan sahaja telah menyerlahkan ketidaktelusan DAP dan sifat penipu pemimpinnya, tetapi juga membuktikan bahawa DAP benar-benar sebuah parti yang tersangat rasis.  Ini kerana Zairil yang dicanangkan sebagai wakil Melayu adalah seorang Cina 100%, melainkan pada namanya yang ditumpangkan kepada nama bapa tirinya, Tan Sri Khir Johari.
Rakyat terkejut besar melihat betapa kroniknya sifat perkauman DAP sehingga tidak sanggup melantik Melayu, sebaliknya sanggup melantik seorang Cina bagi mewakili Melayu!
Sifat rasis DAP kini bakal di-uji sekali lagi apabila ROS mengarahkan parti tersebut untuk mengadakan pemilihan semula setelah didapati terdapat unsur tidak telus, tidak adil dan manipulasi undi yang ketara dalam pemilihan terdahulu.
Justeru, kedudukan Zairil kini berada dalam perhatian ramai.  Rakyat sedang memerhati DAP dari segi ketelusan, dan di masa yang sama ingin melihat bagaimana DAP mencaturkan parti dari segi kaum.  Apakah Zairil akan tertendang keluar atau atau apakah kedudukan beliau akan semakin kukuh?
 

Monday 19 August 2013

Mohon kerjasama semua

Teman mohon kerjasama semua pihak tidak kira dari parti politik ke, NGO ke, tak kira lah sape sahaja yang dapat membantu mencari 3 pelajar SMK Batu 10, Lekir yang telah hilang beberapa hari yang lalu....


Jamuan Aidilfitri UMNO Lumut tiada sambutan ??? @zambryabdkadir

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2013/1434H bertempat di Perkarangan Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung pada 18/8/13 tidak mendapat sambutan orangramai?? Benarkah? Mungkin itu kata pencacai pembangkang. Hakikatnya kehadiran mencecah 15,000 orang. Termasuklah Ahli Parlimen Lumut dari PKR Laksamana (B) Hj Imram yang dikatakan murtad PAS.

Majlis bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Orangramai membanjiri perkarangan MPM dari pelbagai masyarakat, termasuklah melayu, cina, india dan masyarakat dari Sabah dan Sarawak. Turut hadir YB Rashidi Ibrahim (ADUN Pasir Panjang), DS Kong Cho Ha (Mantan Menteri Pengangkutan), En Ting Tai Fook(Bekas Calon DUN Sitiawan), Panglima ARMADA Dato' Abd Hadi, Dato' Zamri Man (YDP MPM), Tuan Zamari (Pegawai Daerah Manjung) dan Ketua-ketua jabatan di Daerah Manjung.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan YB Pasir Panjang. Beliau mengucapkan kesyukuran sempena aidilfitri dan terima kasih kepada pengundi DUN Pasir Panjang kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk mewakili masyarakat bagi DUN Pasir Panjang. Masyarakat juga harus mensyukuri anugerah syawal dan sempena hari kemerdekaan serta keamanan yang dinikmati hingga hari ini.

Tidak ketinggalan juga ucapan dari Yg Bhg Dato' Seri Kong Cho Ha dengan membuat ucapan ringkas dengan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat islam terutama di Daerah Manjung ini.

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry Abd Kadir sudah pasti memberi ucapan dalam majlis ini. Bagi pihak seluruh jentera UMNO, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Beliau amat mengharapkan tiada berlakunya kucar-kacir dan sebagai rakyat Malaysia harus mensyukuri nikmat keamanan. Beliau tidak mahu rakyat negara ini menjadi seperti di timur tengah dimana keadaan tidak aman berlaku di sana terutama di Mesir dan Syria. Demonstrasi jalanan bukanlah amalan dari Barisan Nasional. Ianya adalah amalan dari Pakatan Pembangkang.
Hj Imran yang merupakan Ahli Parlimen Lumut merah telinga apabila terpaksa mendengar sindiran yang dilemparkan kepadanya.

Selesai ucapan dari MB, tetamu dijemput menjamu selera sambil didendangkan lagu-lagu hari raya yang dinyanyikan oleh Kumpulan Gelombang Biru TLDM.

Tidak dilupakan, sumbangan Hari Raya oleh YAB MB kepada kanak-kanak yang hadir dalam majlis tersebut.

Black Panther

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 18 August 2013

Baiknya Anwar Ibrahim 8481 ni !!!

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir kerajaan sebagai 'terlebih tindakan' terhadap wanita yang membuat video kontroversi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anjing-anjingnya, Maznah Mohd Yusof, 38, juga dikenali sebagai Chetz.

" (Sepatutnya) hanya beri teguran dan beri dia peluang untuk membela diri," kata Anwar dilaporkan FMT ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya baru-baru ini.

Anwar membuat kenyataan itu selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan status klip video '1 Hari Di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.

Nampak sangat Liberalnya si Anwar 8481 ni.

Black Panther

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 16 August 2013

Ape ke yang dibuatnya?? @pkamalanathan

Ape ke yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Kamalanathan kat area Manjung ni? Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Tunjuk sana, tunjuk sini.
Rupanya beliau membuat lawatan kerja ke Daerah Manjung. Beliau membuat lawatan kerja pada 15 Ogos 2013 hari khamis. Dalam lawatan ini, beliau telah mendengar taklimat oleh Pegawai Pelajaran Daerah Manjung mengenai status beberapa sekolah di Daerah Manjung ini termasuk Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan yang menjadi kontravesi beberapa bulan yang lalu.
Sekolah Kebangsaan Simpang Empat ini telah diarah tutup oleh tuan tanah yang kononnya ingin dibina pusat perniagaan. Oleh kerana sekolah ini dibina atas tapak persendirian, Kementerian terpaksa menutup dan memindahkan pelajar ke SMK Ahmad Boestamam untuk dijadikan sekolah tumpangan.
Selama ini, ibubapa pelajar SK Simpang Empat tidak mengetahui perkembangan status sekolah ini. Untuk pengetahuan semua, Kementerian Pelajaran telah memuluskan satu kawasan baru untuk pembinaan sekolah ini. Black turut sama meninjau kawasan tersebut. Ini bermakna kerajaan persekutuan yang diterajui Barisan Nasional tidak pernah mengabaikan keperluan rakyat, terutama kepada peneraju kerajaan pada masa hadapan iaitu anak-anak yang masih belajar.
Pembinaan akan dilakukan dalam masa terdekat, dan pastinya secepat mungkin kerana mahu para pelajar dapat belajar dalam suasana yang selesa.
Tahniah kerana BN sekali lagi membuktikan bahawa rakyat sentiasa didahulukan.

Black Panther

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 2 August 2013

Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara Dan Berbuka Puasa Media Bersama YAB Perdana Menteri @NajibRazak

Hari ini dalam sejarah, 2 Ogos 2013... Black dijemput berbuka puasa di kediaman rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak di Sri Perdana.

Majlis ini meraikan petugas Media di Lahad Datu. Black memang la tak pergi ke Lahad Datu, tapi sahabat Black iaitu AAKJ (Azmy Awang Kelana Jaya) telah bersama di Lahad Datu. Tahniah kepada AAKJ kerana menerima pingat PKN (Pingat Kedaulatan Negara). AAKJ telah bertugas di Lahad Datu semasa pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Pingat ini sebelum ini diberikan kepada ATM dan PDRM kerana bertugas di Lahad Datu. Kini pengamal media juga diberi pengiktirafan. Tahniah kepada semua penerima pingat PKN ini.

Black Panther

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone