Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday 16 April 2013

KADIR SHEIKH FADZIR DEDAHKAN DALANG VIDEO TERLARANG MIRIP MUSTAFA ALI !! #SpendaStopa

Kesihan pada TS Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Veteran tua hampir senja yang cuba kembali ke dalam politik tetapi beliau seperti tidak diendahkan dan tidak diberi publisiti yang hangat di dalam media perdana dan alternatif, pembangkang dan pro-BN.




Mungkin di permulaan kontroversi beliau mengutuk parti UMNO dan kerajaan BN yang telah memberi beliau tugas sampai ke tahap Menteri sebelum ini tetapi selepas itu, veteran tua ini tenggelam dek pemimpin-pemimpin lain yang lebih kontroversi dan diikuti oleh rakyat.

Kadir Sheikh Fadzir di dakwa tenggelam terus setelah beliau merepek di dalam satu ceramah pada bulan September 2012.

Dek kenyataan beliau itu, ramai pihak yang menegur beliau dan meminta bekas Menteri Penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir agar bertaubat segera.

Di antaranya ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul yang terakhir dan tidak ada sesiapa boleh mengaku bercakap dengan Allah SWT kini. Beliau memberikan teguran tanpa menyebut nama Abdul Kadir dan kepada semua pihak termasuk dalam UMNO serta PAS. Jelas beliau, berpolitiklah tetapi jangan membawa masuk tuhan dalam aktiviti itu.

“Saya yakin beliau bukan mengakui menjadi nabi, tetapi secara realiti, kata-kata seperti Allah SWT perintah kami ke Putaraja apa semua, zaman sampaikan wahyu telah ditutup. Tidak ada lagi wahyu. “Kalau sekiranya hendak turun berpolitik, tak payahlah tarik tuhan sekali, gunakan Allah SWT, gunakan agama untuk kepentingan, tak kiralah hang UMNO, tak kira PAS, tak kira hang PKR.

“Kita kena berhati-hati dalam isu seperti ini, saya harap orang-orang yang berkata seperti ini, tidak kira siapa pun agar bertaubat kepada Allah SWT dan beristiqfar banyak-banyak,” katanya.

tidak pasti sama ada Kadir Sheikh Fadzir sudah bertaubat atau belum tetapi perkara ini adalah di antara beliau dan Allah SWT. Tetapi dalam masa yang sama, beliau sepatutnya mendedahkan kepada umum kerana ucapan merepek beliau di depan orang ramai.

 

Tiba-tiba Kadir Sheikh Fadzir yang disarankan supaya bertaubat itu buat satu kenyataan mempertahankan pemimpin PAS yang didakwa terlibat dalam video terlarang! Yang kesihannya, beliau sendiri yang memberi kenyataan kepada Haprakah Harakah Daily bukannya sebaliknya!

Apa pun, bolehkah kita percaya kepada seseorang yang 'mendengar suara Allah SWT' dan disarankan untuk bertaubat ? Seriously, bolehkah?

Di bawah adalah laporan Haprak Harakah Daily :

Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mendakwa beliau mendapat maklumat wujudnya pasukan khas yang ditubuhkan pihak tertentu untuk membuat video fitnah bagi merosakkan imej pemimpin politik tertentu.

Pemimpin veteran Umno yang menghubungi sendiri Harakahdaily berkata, pasukan khas itu terdiri daripada beberapa pakar video yang yang dibayar dengan upah khas. Sila baca seterusnya : KLIK SINI
 
sumber

2 comments:

  1. IKUTI KAMI SEGERA!!! SENARAI PENAMAAN CALON UNTUK KERUSI2 YG BERTANDING PRU13 PERAK!!! http://perakrawk.blogspot.com/2013/04/terkini-senarai-penamaan-calon-pru-13.html

    ReplyDelete
  2. Legaaaaa Stopa Ali. Untungnya berada dipihak pembangkang sebab buat apapun ada saja pecacai akan tutup rapat-rapat. kalau pakar luar kata 99% tulinpun mereka akan cari jalan pula supaya kata pakar itu di bayar oleh UMNO.

    ReplyDelete