Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday 23 September 2014

#PengkalanKubor : PAS Mula Bagi Rasuah !!! #PRKPengkalanKubor #PrkDR

Bagi PAS, sekiranya UMNO memberi sumbangan kepada masyarakat dianggap sebagai rasuah. Namun bagaimana dengan pemberian PAS kepada pengundi Pengkalan Kubor? Ini bermakna PAS juga memberi rasuah untuk mendapat dan membeli pengundi. Ini terbukti di Pengkalan Kubor. PAS membawa dan menghantar barangan kepada pengundi. PAS pasti akan menyatakan ini kononnya sedekah dari PAS. Dalam hal ini PAS menghalalkan setiap cara. 

Yang menghairan Black, dari mana sumber kewangan PAS ini ? Sedangkan setiap kali ceramah pasti akan mengumumkan tabung sumbangan untuk ceramah. Adakah dari hasil pembalakan yang disapu oleh PAS? Mungkin ada kebenarannya duit ini hasil dari pembalakan. Contohnya pembalakan di Lojing dan calon PAS juga mempunyai kilang papan haram di Kg Bendang Pak Yong.

#PengkalanKubor : Calon BN Di Tolak ??? #PRKPengkalanKubor #PrkDr






#PengkalanKubor : Rakan Tahaluf Siyasi PAS Jadi Menteri Besar Ais Kerim !!!! #PrkPengkalanKubor #PrkDR



Tahniah Menteri Besar Ais Kerim... gambar sterusnya di SINI .

#PengkalanKubor : PAS Dakwa Pembahagian 50-50 Wang Ehsan Hina Mahkamah !!! PRKPengkalanKubor #PrkDr



PAS nampaknya terus memainkan isu wang ehsan dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor, Penasihat Jentera Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa penyelesaian sementara antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri sebagai menghina mahkamah.
Menurut Ahli Parlimen Kota Bharu itu, penyelesaian sementara pembahagian 50-50 Jabatan Pembangunan Persekutan (JPP) dan  Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada nisbah 50:50 menghina mahkamah.
Beliau mempersoalkan bagaimana kerajaan Persekutuan boleh mengatasi mahkamah sedangkan sehingga kini mahkamah belum membuat sebarang keputusan.
“Tidak boleh, kes tuntutan ini masih dalam mahkamah. Bolehkah kerajaan pusat mengatasi mahkamah? Itu isunya.
“Mahkamah belum putuskan lagi, soal tiga batu nautika itu pun belum diputuskan mahkamah. Saya salah seorang peguam yang hadir dalam kes royalti ini. Ini satu penghinaan kepada mahkamah,” katanya dalam satu sidang media harian PAS di pengkalan Kubor Isnin.
Turut serta dalam sidang media itu Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kerajaan Persekutuan sebelum ini memutuskan mulai tahun 2015, Program Wang Ehsan yang sebelum ini dilaksanakan oleh JPP Kelantan turut dilaksanakan oleh MAIK pada nisbah 50:50 tertakluk kepada siling RM25 juta setiap agensi.

Ia merupakan satu langkah interim sehingga penyelesaian yang komprehensif dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan setelah kes tuntutan kerajaan Kelantan diputuskan oleh mahkamah kelak.
Bagaimanapun, Takiyuddin berkata wang ehsan tersebut tetap diterima walaupun kes tuntutan royalti masih berjalan di mahkamah.
“Persoalan 50 peratus tidak timbul walaupun diberi dan mungkin diterima MAIK tetapi tuntutan royalti tetap dan perkara ini masih dalam proses mahkamah.

“Kalau hendak bagi boleh tetapi ini bukan penyelesaian tuntutan dari kerajaan Kelantan terhadap Petronas dan kerajaan Pusat,” katanya.

#PengkalanKubor - PAS turut Julang Khidmat Bakti Dato' Hj Di #PRKPengkalanKubor #PrkDR

Monday 22 September 2014

#PengkalanKubor : Jawapan Mat Razi Mengenai Pondok !!! PrkPengkalanKubor # PrkDR



"MENYAMBUNG TRADISI CEMERLANG"

#PengkalanKubor : Asal sini...untuk ore sini... mudoh baso #PRKPengkalanKubor #PrkDR



"MENYAMBUNG TRADISI CEMERLANG"

#PengkalanKubor : Apa Sebenarnya Terjadi Diantara Anwar Dengan TG Hadi Awang ??? #PRKPengkalanKubor #PrkDR

#PengkalanKubor : Rakyat Pengkalan Kubor Mengamuk !!!! #PRKPengkalanKubor #PrkDR





#PengkalanKubor : Penipuan PAS Sehingga Kini !!!! #PRKPengkalanKubor #PrkDR

Tanggal 26.Oktober.1996 MB sekarang, YAB Datuk Ahmad Yakub yang ketika itu selaku Exco Perdagangan dan Perindustrian memberitahu Dewan Undangan Negeri Kelantan bahawa kerajaan negeri akan membangunkan sebuah kawasan di Pengkalan Kubor untuk dijadikan Bandar Baru Pengkalan Kubor. Dalam sidang DUN berkenaan beliau menyatakan dengan terbinanya bandar baru berkenaan akan wujud 6000 peluang pekerjaan, 4000 buah rumah yang berharga RM 35,000.00 sebuah akan dibina, Pusat dagangan islam, masjid, institut pengajian tinggi dan pasar borong.



Bukan setakat mengumumkan projek berkenaan dalam DUN Kelantan, malah pada 22.Disember.1996 kerajaan negeri menandatangani perjanjian dengan pemaju projek berkenaan di sebuah hotel di Kota Bharu, dan mula menjual borang kepada rakyat Pengkalan Kubor untuk membeli rumah-rumah yang bakal dibina. 
Masih ingatkah bagaimana rakyat Pengkalan Kubor dan Tumpat berebut-rebut membeli borang rumah berkenaan dengan harga RM 1.  Begitu tingginya harapan rakyat Kelantan untuk memiliki sebuah rumah di kawasan yang begitu hebat seperti yang dicanangkan oleh Kerajaan Pas Kelantan.
Tahun demi tahun rakyat menunggu projek berkenaan berjalan. Kini 18 tahun telah berlalu, jangan kata rumah , sebatang cerucuk pun belum nampak lagi. Rakyat Pengkalan Kubor ditipu hidup-hidup oleh Kerajaan Pas Kelantan. Kata orang Kelantan, kena tipu atas darat.
Itu baru satu projek. Kerajaan Pas pernah berjanji untuk membina sebuah pelabuhan di Tumpat. Sampai hari ini satu dermaga pun belum nampak lagi. Begitu juga dengan Jambatan Palekbang. 
Menjelang pilihanraya 1995 Kerajaan

 Pas umumkan akan membina sebuah jambatan baru yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu. Tahun 1996 mereka membawa Sultan Kelantan turun mencemar duli untuk meletak batu asas projek berkenaan. Tetapi hingga kini batu asas masih tegak terpacak di sana dan sebatang besi pun belum nampak lagi untuk membina jambatan berkenaan. 

Lu Pikirlah sendiri !!!!!

Sunday 21 September 2014

#PengkalanKubor : Ceramah Ustaz Kazim Tiada Sambutan ??? Tak Percaya ??? #PRKPengkalanKubor #PrkDR



Macam tak percaya ceramah Ustaz Kazim Elyas di Pengkalan Kubor tidak mendapat sambutan. Benarkah gambar ini di berlaku di ceramah Ustaz Kazim ? Hakikatnya memang benar...






Gambar pertama adalah dari tepi... sebenarnya sambutan amat baik dan menggalakkan.


Saturday 20 September 2014

#PengkalanKubor : PAS Menghalalkan cara !!! #PRKPengkalanKubor #PrkDR


Pernah dahulu PAS menyatakan bahawa memperdengarkan suara wanita adalah satu perbuatan yang HARAM. Dahulu Muslimah PAS juga tidak dibenarkan bersuara dalam majlis tertinggi PAS. Namun, sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitu juga dalam PAS. Dalam kepimpinan PAS kini perubahan adalah ketara.. dari kepimpinan Ulamak dan kini adalah dari ANWARINAS. Kini suara wanita dibenarkan dan telah di'HALAL'kan oleh mazhab Anwarinas. Segalanya Halal. PAS bebas melakukan apasahaja. Semua halal. Namun sekiranya berlaku kepada masyarakat yang tidak berada dalam jemaah PAS semua HARAM. 

Konsert Amal Darul Naim akan menampilkan Ustazah Segera Abby Abadi, Aisyah dan Dayang Ku Intan membukti bahawa PAS telah menghalalkan cara. Tahniah kepada Mat Sabu.

#PengkalanKubor : Pulau..Pulau.. DiPULAUkan !!! #PrkPengkalanKubor #PrkDR


 Adakah ini Abang Mat ??? Ehhh.. buka...
 Adakah ini Abang Mat ??? Ehhh.. buka jugak..
Ini pun bukan jugak !!!

Kemanakah perginya Abang Mat Sabu ? Dalam ceramah Umum Pas di Pantai Geting malam tadi tiada kelibat Mat Sabu. Mat Sabu telah dipulaukan oleh PAS ? Benarkah? Mungkin ada benarnya. Black menanti kemunculan Abang Mat di pentas ceramah umum tersebut sehingga habis...nyata bayang Mat Sabu pun tiada. Ini menguatkan sangkaan Black bahawa beliau telah dipulaukan. 

#PengkalanKubor : Mat Sabu Terus Dihina ??? #PRKPengkalanKubor #PrkDR




Pernah suatu ketika dahulu PAS membuat satu kejutan yang hebat sehingga sanggup mendoakan KO UMNO. Apa yang terjadi kepada Mutamar PAS kali di Batu PAS juga amat mengejutkan. Sungguh tidak disangka bahawa perwakilan PAS sanggup membuat doa 'Khas" untuk abang Mat.

Ini pandangan Black... Mat Sabu seharusnya tidak berada di dalam PAS. Mat Sabu adalah punca dan penyebab PAS terus dipandang rendah di mata masyarakat. Mat Sabu wajib dikeluarkan dari PAS. Dialah punca kemasukan ANWARINAS di dalam Mazhab PAS. Suatu ketika dahulu Black amat mengkagumi beberapa pemimpin PAS yang benar-benar terdiri dari Ulamak. Tetapi sekarang telah menjadi ULARMAK.. PAS dahulu benar-benar memperjuangkan Islam. Setelah mendapat nasihat dari Mat Sabu, PAS tidak lagi memperjuangkan Islam yang sebenar. PAS kini telah banyak terpesong dari pembawakan para Ulamak PAS sebelum ini.

Black amat menghormati Dato' Haron Din. Ketegasan dan perjuangannya masih berteraskan pejuang PAS terdahulu.

MAT SABU HARUS DICAMPAKKAN KELUAR DARI PAS.


#PengkalanKubor : Tutup Mulut !!!! Calon PAS Terus Diperbodohkan Oleh Rakan Sendiri ??? #PRKPengkalanKubor #PrkDR


Inilah yang terjadi di PRK Pengkalan Kubor. Calon PAS tidak dibenarkan untuk menjawab beberapa soalan dari wartawan. Black teringat Dyana Sofya di PRK Teluk Intan.  Dyana juga tidak dibenarkan menjawab soalan dari wartawan kerana dikhuatiri tersilap menjawab soalan. Soalan yang diajukan kepada Dyana tetapi di jawab oleh 'Daddy Lim'. 

Adakah calon dari Pas ini tidak berwibawa sehingga tidak dibenarkan menjawab ? Siapakah yang tidak membenarkan Wan Rosdi menjawab soalan? Seharusnya calon dibenarkan untuk menjawab soalan dari wartawan. Barulah nampak hebat. Barulah boleh dikatakan terbaik. 

#PengkalanKubor : Denggi Di Tumpat Antara Tertinggi Di Kelantan !!! #PRKPengkalanKubor #PrkDR


Sepanjang Black berada di Pengkalan Kubor, Black mendapati kebanyakan kawasan di sini sistem perparitan tidak diselanggara dengan baik. Maklumat di atas diperolehi dari sumber yang sememangnya dipercayai. KLIK SINI .

 Longkang Tersumbat
 Punca penyebab nyamuk Aedes membiak
Longkang yang tidak diselenggara dengan baik

Untuk pengetahuan semua, Pengkalan Kubor adalah dibawah pentadbitan Majlis Jajahan Tumpat iaitu PBT yang bertanggungjawab dalam permasalahan ini. Mungkin masyarakat tidak perasan akan kes denggi disini. Di Negeri Kelantan merupakan negeri yang mempunyai kes tertinggi selepas Selangor. Jumlah kes Denggi di negeri ini sehingga19 September 2014 ialah 11938 kes. 




Yang menghairan, Apakah tugas yang dijalankan oleh PBT di Tumpat ini terutama kepada penduduk di Pengkalan Kubor ini? Adakah sengaja tidak mahu diselanggara atau buat-buat tak nampak ???

Kementerian Kesihatan dibawah Kerajaan Persekutuan hanya dapat membantu dengan cara membuat 'FOGGING' di sekitar kawasan ini, tetapi peranan PBT Tumpat yang di tadbir oleh Kerajaan Negeri iaitu kerajaan yang diterajui oleh PAS tidak membuat sebarang tindakan ke atas permasalahan yang Black rasa amat serius. Sebelum ini negeri Kelantan di bawah pentadbiran TG Nik Aziz tidak membuat apa-apakah? Lebih 20 tahun memerintah Kelantan masih tidak sebarang tindakan? Apakah yang dilakukan oleh TG Nik Aziz? Hanya pergi berceramah sahaja kah? Dan sekarang ditadbir oleh seorang MB yang baru dan masih terkial-kial. ADUN Meranti iaitu YB Nasharuddin Mat Daud, yang lancang dalam berceramah dalam pentas yang juga dalam Parlimen Tumpat merupakan jiran kepada Pengkalan Kubor tidak berani bertindak? Beliau adalah seorang EXCO di dalam pentadbiran negeri Kelantan. Fitnah sahaja kot yang berani ditaburkan.

Jangan hanya pandai menuding jari kepada Kerajaan Persekutuan sahaja. Pandanglah cermin...