Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday 23 April 2013

PRESIDEN PSM MENGAMUK SAKAN KAT PRESIDEN PAS DAN TUNTUT MAAF!!!


Kenyataan Presiden PAS bahawa PSM menyokong Komunis, telah mencetuskan kemarahan luar biasa kepada Presiden Parti Sosialis Malaysia itu, Dr. Nasir Hashim. Menurut Nasir, tuduhan yang dibuat oleh Abdul Hadi Awang benar-benar melulu dan melanggar batas-batas sebagai rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat.

Hadi Awang ketika berceramah di Marang memberitahu, PAS terpaksa meletakkan calon menentang calon PSM yang menggunakan lambang PKR kerana PSM menyokong komunisme.

Alasan yang diberikan oleh Abdul Hadi Awang ternyata, menyentuh sensitiviti PSM yang sememangnya mempunyai perjuangan yang sangat mirip dengan komunisme. Apatah lagi Lenin merupakan tokoh idola kaum Sosialis di seluruh dunia dan Lenin juga merupakan antara pemimpin Komunis Russia yang amat disanjungi sehingga kini.

Sebelum ini, PSM yang asalnya berlambangkan tukul dan sabit sebelum menukarnya kepada genggaman penumbuk, begitu kuat menyokong Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya. Tuntutan-tuntutan PSM yang sangat bersifat sosialis tetapi apabila mempunyai wakil di Parlimen, tiada pula sebarang tuntutan dibuat, bahkan kedua-duanya sekadar mentekedaghah gaji buta, menjadikan parti tersebut sebagai bayangan kepada PKR.

PSM merupakan pecahan kepada PSRM yang telah digabungkan dengan Parti Keadilan Nasional untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat. Secara tidak langsung, pengaruh sosialis yang dianuti oleh Anwar Ibrahim, begitu kuat di dalam PKR. Anwar Ibrahim melihat isu-isu yang berkaitan dengan Sosialisme, seringkali mendapat tempat di hati rakyat memandangkan ia adalah bersifat populis.

Bagaimanapun, ketika berkuasa di Selangor, PKR tidak memenuhi apa yang diperjuangkannya bahkan PKR telah bertukar menjadi sebuah parti kapitalis dan kronisme dengan penyebaran kekayaan negeri di kalangan kaum kerabat semata-mata.

Dakwaan Abdul Hadi Awang terhadap PSM sebenarnya, bukanlah baru. Anehnya, ketika PSM cuba dikaitkan dengan fahaman sosialis yang lebih mirip kepada komunis, Abdul Hadi Awang tutup mulut. Hanya apabila sudah terdesak, barulah dia membuka mulut dan menceritakan sebab-sebab sebenar PAS terpaksa meletakkan calon menentang PSM di Kota Damansara!

SUMBER

No comments:

Post a Comment