Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday 13 April 2013

PAS &PKR Bergaduh !!!!! Ape ke hei nye YOP ???

 
IPOH 12 April - Perebutan kerusi antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin panas apabila Pengerusi PKR negeri, Dr. Muhammad Nur Manuty menuduh Pas melanggar janji dengan mengumumkan calonnya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering.Muhammad Nur menegaskan, dalam satu perjanjian bertulis di Kuala Lumpur sebelum ini, PKR bersetuju melepaskan kerusi Changkat Jering dengan syarat Pas meletakkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding, selain menyerahkan satu kerusi sebagai ganti.
Beliau turut menafikan bahawa PKR hanya 'dipinjamkan' kerusi tersebut seperti diuar-uarkan pemimpin Pas negeri sebelum ini.
''Tiada istilah dipinjamkan, tapi sekarang Pas negeri sendiri mengumumkan calonnya. Jadi, kita harap akan dapat gantinya. Perkara ini masih dibincangkan dalam beberapa hari singkat ini (sebelum penamaan calon).
''Terdapat perjanjian bertulis dalam mesyuarat di Kuala Lumpur, kita lepaskan Changkat Jering dengan syarat mereka mesti memberikan kerusi yang boleh membawa potensi kemenangan untuk PKR, tetapi (janji) itu mereka tidak penuhi," katanya.
Muhammad Nur berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar bagi memperkenalkan slogan terbaharu pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dihadiri Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming di sini hari ini.
Sidang akhbar itu tidak dihadiri mana-mana pemimpin Pas.
Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussian dalam satu ceramah di Lumut, Selasa lalu mengumumkan Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri bertanding di DUN Changkat Jering sebelum menegaskan kerusi itu diserahkan oleh PKR tanpa ganti.
Perkembangan tersebut dilihat bakal mencetuskan perbalahan terbuka antara penyokong kedua-dua parti, apatah lagi Pas turut bertegas mahu kerusi milik PKR di DUN Alor Pongsu dan Sungai Manik diserahkan semula kepada parti itu.
Ditanya bantahan penyokong akar umbi Pas terhadapnya sebagai calon di Parlimen Bagan Serai kerana dianggap sebagai orang luar, Muhammad Nur berkata, perkara itu tidak menjadi isu kerana ramai pemimpin Pas turut berbuat demikian di tempat lain.
Mengambil contoh di Kelantan, Muhammad Nur berkata, masyarakat di sana boleh menerima Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presidennya, Salahuddin Ayub walaupun kedua-duanya bukan penduduk negeri tersebut.
''Ini fenomena biasa dalam negara kita. Dr. Burhanuddin al-Helmy dan dahulu Setiausaha Agung Pas, Abu Bakar Hamzah yang merupakan cikgu saya di Sekolah Izzudin Shah, Ipoh juga bertanding di Bachok.
''Namun, keadaan sudah berubah kerana arahan pucuk pimpinan untuk mereka (penyokong Pas) menerima saya sebagai calon," ujarnya.

No comments:

Post a Comment