Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday 4 April 2014

Tian Chua Ada Ilmu Kebal, Mungkin Belajar Dari Raja Bomoh ??? @TunFaisal @PDRMsia



Sejak dari mula lagi Tian Chua Ahli parlimen Batu dilihat tidak pernah serik dengan apa yang berlaku.

Sejak memegang jawatan dalam PKR, pelbagai perkara yang beliau lakukan dan setiap kali itu jugalah laporan polis dibuat.

Namun apa yang kita lihat, laporan demi laporan terhadap Tian Chua tidak mendatangkan apa apa kesan terhadap beliau seolah olah beliau mempunyai kekebalan. Mungkin juga Raja Bomoh juga telah mengajar ilmu kebal kepada Tian Chua.

Seperti contoh, kes Lahad Datu, Tian Chua pernah memperkotak katikkan usaha kerajaan dalam menangani isu pencerobohan kedaulatan negara tersebut.

Walaupun banyak lapiran polis dibuat, tapi belum ada apa apa tindakan yang diambil terhadap Tian Chua dan mungkin atas sebab itu juga maka beliau kini mengulangi perangai buruk tersebut.

Baru baru ini apabila Anwar Ibrahim dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun diatas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan bekas pembantu peribadi Anwar, Tian Chua telah mengeluarkan kenyataan barbaur hasutan yang mana Tian Chua telah mengatakan bahawa Anwar dihukum 5 tahun penjara dan Najib (Perdana Menteri) akan dijatuhkan dalam masa 5 bulan.

Ini adalah satu ugutan yang mana ada kemungkinan Tian Chua serta rakan rakan mereka dari DAP dan PAS akan melakukan rusuhan untuk menggulingkan kerajaan dan Perdana Menteri.

Tapi apa pula tindakan yang diambil keatas beliau diatas kenyataan ugutan yang beliau lakukan? Ianya masih lagi kosong.

No comments:

Post a Comment