Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday 11 April 2014

Kejadian Ribut Di Felda Lawin Selatan 2, 23 buah rumah rosak @ZambryAbdKadir

10.4.2014 lebih kurang jam 6 petang semalam,          kejadian hujan ribut yg terlalu kuat telah menyebabkan kemusnahan rumah warga Felda Lawin Selatan 2 sebanyak 23 buah rumah. Ianya turut memusnahkan bumbung surau dan menumbangkan beberapa tiang letrik yg menyebabkan terputus bekalan eletrik dibeberapa blok kawasan. Namun tiada berlaku kemalangan jiwa dalam bencana alam ini. Menurut Ketua Cawangan UMNO Felda Lawin Selatan 2, En Hamdan, rumah mangsa telah dilawati dan dikenalpasti kemusnahan yang menimpa utk dilaporkan kepada wakil rakyat untuk tindakan seterusnya. 
Semoga wakil rakyat sediada dapat membantu dalam membaiki semula rumah yang terlibat. Semoga Allah merahmati segala usaha yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment