Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 2 April 2014

Nurul Izzah!!!! Kesian....

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam menetapkan 17 April depan bagi suami kepada Nurul Izzah Anwar, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim membawa wakil masing-masing untuk dilantik menjadi jawatankuasa pendamai dalam usaha menyelamatkan rumah tangga mereka.Tarikh itu ditetapkan selepas ahli perniagaan itu gagal membawa wakil pada prosiding sebutan kes itu semalam.Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan tarikh itu dalam kamarnya semasa sebutan kes itu yang dihadiri pasangan itu dan peguam masing-masing di sini, semalam.Nurul Izzah hadir buat pertama kalinya di mahkamah semalam ditemani adik perempuan dan rakannya.Nurul Izzah membawa bapa saudaranya, Rosli Anwar sebagai wakil pihaknya dalam jawatankuasa berkenaan.Mahkamah turut menetapkan 12 Jun depan bagi kedua-dua jawatankuasa pendamai yang dilantik mengemukakan laporan masing-masing sebelum mahkamah itu membuat sebarang keputusan berhubung permohonan cerai difailkan Nurul Izzah.Pihak media gagal mendapatkan sebarang komen daripada Nurul Izzah, sebaliknya beliau mengulangi kata ‘terima kasih kerana menghormati privasi kami’ lantas bergegas meninggalkan mahkamah.Pada prosiding sebelum ini, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak itu segera melantik wakil masing-masing kerana kes berkenaan sudah begitu lama tertangguh.Nurul Izzah, 34, memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahrir mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.Pasangan yang berkahwin pada 9 Mei 2003 di kediaman Anwar di Damansara dan dikurniakan dua orang anak masing-masing perempuan dan lelaki tujuh dan empat tahun.

No comments:

Post a Comment