Sebelum ini, kisah perceraian Nurul Izzah telah dibocorkan
oleh puak dari dalam PKR sendiri terdiri daripada kumpulan pro-Azmin Ali
termasuklah Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin. Cerita tersebut disampaikan
kepada blogger pro-UMNO dan apabila berita tersebut viral, cytro pro-UMNO
dipersalahkan kerana kononnya melakukan fitnah.
Walau bagaimanapun cerita tentang perceraian Nurul Izzah dan
suaminya, benar-benar berlaku dan Nurul Izzah sendiri yang memohon mahkamah
syariah agar membenarkan dia menceraikan suaminya yang dikatakan mengalami
kegagalan syahwat, sekaligus gagal memenuhi keperluan batinnya.
Hari ini, gempar pula dengan berita bekas perempuan simpanan
seorang Menteri Besar menuntut agar diberikan RM3 juta selepas Menteri Besar
tersebut gagal menepati janjinya.Baca
Sini
Siapakah perempuan simpanan itu dan siapa pula Menteri Besar
yang dimaksudkan?
Berita berkenaan dipangkalkan di PETALING JAYA. Sekaligus
cuba memberi petunjuk bahawa Menteri Besar itu adalah Menteri Besar Selangor.
'Perempuan simpanan' yang paling terkenal walaupun kesahihannya belum diketahui
adalah seorang wanita bernama Rahimah yang khabarnya adalah Pegawai Koordinator
di Pejabat Menteri Besar Selangor selain turut memiliki beberapa buah syarikat
perniagaan.
Mengapa berita ini dikeluarkan dan apakah kesannya kepada
Khalid Ibrahim?
Khalid Ibrahim dikenali sebagai Menteri Besar kedekut yang
gagal mengeluarkan duit Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai operasi PKR.
Beberapa kali cubaan menggulingkan Khalid Ibrahim gagal oleh para pemimpin PKR
termasuklah yang terbaru, yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sendiri.
Semalam, Wan Azizah melafazkan ikrar bahawa dia tidak
berniat hendak menjadi Menteri Besar Selangor. Namun seperti biasa, setiap kali
ada pengumuman yang dibuat oleh Wan Azizah, maka perkara sebenar yang berlaku
adalah sebaliknya.
Berita tentang Menteri Besar serta perempuan simpanannya,
sebenarnya adalah adalah berita yang bertujuan untuk memalukan Khalid Ibrahim,
sekaligus menekannya agar segera melepaskan jawatan, selain ugutan agar tidak
meneruskan niatnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Kumpulan
pro-Azmin Ali yang dibantu oleh Ketua Wanita PKR sebelum ini telah berjaya
mengenakan Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim sendiri. Justeru, mereka
cuba mengulanginya terhadap Khalid Ibrahim agar tidak meneruskan niatnya untuk
menentang Azmin Ali. Apatah Khalid Ibrahim bagi mereka tidak cukup bijak untuk
berpolitik dan seringkali boleh dijadikan lembu yang dicucuk hidung.
Agak menarik ialah, pro-PKR kelihatan tidak begitu teruja
dengan berita ini walaupun ada seorang dua yang memetiknya sambil cuba
menghalakan kepada beberapa orang Menteri Besar dari kalangan pimpinan UMNO.
Ramai yang melihat berita ini sebenarnya lebih tertumpu dan terkait dengan
Khalid Ibrahim serta wanita bernama Rahimah yang sebelum ini telah dikhabarkan
menjalin hubungan terlarang semenjak dari PNB lagi.
No comments:
Post a Comment