Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday 12 April 2014

Lagi Ribut Di Perak : Sungai Siput Dilanda Ribut @ZambryAbdKadir

11 April 2014, kejadian ribut di beberapa kawasan di dalam kawasan Parlimen Sungai Siput.
ADUN Lintang telah membuat lawatan bersama pihak Jabatan Bomba dan JPAM serta menyampaikan sedikit sumbangan.
Anggaran kerugian belum ditentukan.

Kejadian ribut berlaku kira-kira jam 4.00 petang hingga 4.45 petang. Ianya melibatkan 6 kampung utama yang melibatkan kerosakan rumah iaitu Kampung Pulau Mentimun 28 buah, Kampung Trosor 10 buah, Kampung Temin 15 buah, Kampung Pulau Kemiri 4 buah, Kampung Bekut 1 buah dan  Kampung Tali Api 18 buah. Tiada kemalangan jiwa, ianya cuma melibatkan kerosakan bumbung, atap, pokok tumbang, putus bekalan letrik dan harta benda alatan rumah.
Black mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat Black yang berada disana dan menyampaikan maklumat. Terima kasih Saudara Faizal.

No comments:

Post a Comment