Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday 4 April 2014

ROS Akan di Cabar Anwar ???

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak berminat dengan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebaliknya bertanding kerusi nombor satu itu kerana mahu menyalahkan kerajaan jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak pencalonannya atau tidak mengiktiraf keputusan pemilihan, sekiranya dia menang.
Bekas Bendahari Agung PKR, Abdul Rahman Othman berkata, tindakan itu sudah dijangkakan dari awal lagi apabila Anwar mengumumkan mahu mencabar penyandang jawatan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga isterinya.
Katanya, taktik itu menyamai kejadian dalam pemilihan PKR di Seremban, Negeri Sembilan pada 2007 apabila parti itu bermesyuarat pada saat akhir untuk mengkaji apa kesan sekiranya Anwar menjadi Presiden.
“Pada malam itu, PKR tidak membenarkan Anwar bertanding dan dia mengumumkan berundur. Apabila dia berundur, saya juga tidak bertanding sebab saya hanya mahu lawan dia.
“Sebab itu bagi saya, kesimpulan orang ramai bahawa Anwar mengamalkan nepotisme dalam PKR apabila dia bertanding jawatan Presiden adalah tidak tepat. Sebenarnya, Wan Azizah hanyalah ‘insurans’ kepada Anwar jika berlaku apa-apa kepadanya," katanya kepada Utusan Malaysia di kediamannya, di sini hari ini.
Abdul Rahman mengulas pertembungan Anwar dan Wan Azizah dalam perebutan jawatan Presiden parti itu dalam Pemilihan PKR yang bermula 25 April sehingga 11 Mei ini.
Abdul Rahman berkata, pada pemilihan kali ini, Anwar dilihat mahu mengulangi perkara sama meskipun beliau mengetahui risiko akan ditolak pencalonannya oleh ROS sebagaimana tujuh tahun lepas.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Anwar yang tidak bertanding pada 2010 walaupun tidak mempunyai sebarang kes mahkamah.

“Hal ini sekali gus membayangkan beliau sengaja mahu mencabar ROS," tegasnya.

No comments:

Post a Comment