4 APR: Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang
diterajui DAP digesa agar tidak meneruskan langkah menaikkan tarif air
kerana ia akan menambah bebanan pengguna terutamanya golongan berpendapatan
rendah dan sederhana.
Desakan dibuat Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang pada
Jumaat kerana rakyat di Pulau Pinang belumpun sampai setahun dibebani
dengan kenaikan 100 peratus surcaj pemuliharaan air yang dikuatkuasakan pada 1
September 2013.
Apakah aktivis TURUN akan turun ke P. Pinang bagi membantah
kenaikan tarif air yang meningkatklan kos sara hidup rakyat di negeri itu?
Setakat ini belum ada pihak lain turut tampil ke depan bagi
membantah keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri, Lim
Guan Eng, sama ada Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) atau Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim berkata,
adalah malang jika rakyat di Pulau Pinang akan berhadapan dengan satu lagi
kenaikan tarif air yang dijangka akan dilaksanakan tidak lama lagi seperti yang
diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng Rabu lalu.
Katanya, tindakan kerajaan negeri itu jelas sekali
bercanggah dengan janji manifesto DAP untuk tidak akan menaikkan tarif air
sekiranya pakatan pembangkang terus menerajui Pulau Pinang pada Pilihan Raya
Umum ke-13 yang lepas.
Sur caj air di Pulau Pinang baru sahaja dinaikkan 1
September tahun lalu
“Sebelum ini kita telah dijanjikan (oleh Ketua Menteri) Lim
Guan Eng bahawa tidak akan berlaku kenaikan tarif air tetapi apabila beliau
telah menang pada pilihan raya umum yang lalu, tarif air dijangka
naik. Ini satu lagi janji palsu, lidah bercabang daripada pihak kerajaan
negeri.
“Pemuda UMNO negeri mendesak agar kajian kenaikan tarif air
ini tidak diteruskan dan walaupun diteruskan, kenaikan ini tidak akan berlaku,”
kata Rafizal pada satu sidang media.
Pada 2 April, Guan Eng berkata kerajaan negeri telah
bersetuju memberi kebenaran kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)
yang beliau sendiri adalah pengerusinya, untuk menjalankan kajian mengenai
kenaikan tarif air.
seterusnya
seterusnya
No comments:
Post a Comment