Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday 8 April 2014

Susulan The Pool Jalan Ampang : DBKL Arah Tutup 7 Hari

 
KENYATAAN MEDIA

(Untuk siaran serta-merta)

KENYATAAN MEDIA MENGENAI AKTIVITI ‘TOPLESS FRIDAY BEACH PARTY'

DI THE POOL, JALAN AMPANG
                              
Berdasarkan siasatan yang dijalankan disahkan aktiviti di atas akan dianjurkan oleh Tetuan Nihonkan Sdn. Bhd di ‘The Pool', 347, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 11 April 2014 (Jumaat). Semakan jabatan juga mendapati tidak ada sebarang permohonan untuk menjalankan aktiviti sebagaimana di atas dibuat kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan lesen dibuat ianya tidak akan diluluskan memandangkan ianya tidak selaras dengan garis panduan pelesenan. Penganjur juga didapati telah pun mempamerkan iklan  tanpa kelulusan lesen daripada  DBKL.

DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur dan mereka diberikan tempoh selama 7 hari untuk mengemukakan representasi bertulis mengapa kelulusan lesen premis dan Lesen Hiburan serta lain-lain lesen mereka tidak boleh dibatalkan ekoran kesalahan di atas.

Di samping itu juga, DBKL akan mengarahkan agar premis di atas ditutup selama 7 hari mulai malam ini (8 April 2014) bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan oleh DBKL.

Disediakan oleh :

Unit Media

Jabatan Perancangan Korporat

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

8 April 2014

No comments:

Post a Comment