Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 9 April 2014

TERKINI #MH370 : DUA ISYARAT BAHARU DIKESAN DALAM MISI DIPERCAYAI DARIPADA PESAWAT


Kapal pertahanan Australia (ADV), Ocean Shield mengesan dua isyarat baharu ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

"Ocean Shield dapat mengesan semula dua isyarat pada petang dan lewat malam (Selasa)," kata Ketua Penyelaras Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia.

Beliau berkata, satu isyarat 'ping' dikesan selama kira-kira lima minit 25 saat, manakala yang ke dua untuk tempoh selama tujuh minit.

Sebelum ini, Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan dua isyarat yang berlarutan sehingga lebih dua jam.

Misi mencari pesawat MAS kini memasuki hari ke-33 dengan 11 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 14 kapal dikerah ke kawasan meliputi 75,423 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Usaha itu kini menjadi misi mengejar masa memandangkan hayat bateri kotak hitam itu hanya boleh bertahan dalam tempoh 30 hari dan paling lama beberapa hari lagi selepas itu sebelum penghantaran isyarat berhenti sepenuhnya.

Dalam satu kenyataan, JACC berkata pusat kawasan pencarian itu kira-kira 2,261km di barat laut Perth.

Menurut JACC, usaha mencari di dasar laut diteruskan dengan ADV Ocean Shield di hujung sebelah utara kawasan carian dan kapal China Haixun 01 dan HMS Echo di sebelah selatan.

No comments:

Post a Comment