Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday 8 April 2014

Penemuan Beri Harapan : 28 Aset Dikerah Jejaki MH370 Hari Ini

Ekoran petunjuk terbaharu yang diperoleh kapal pertahanan Australia, Ocean Shield dan kapal peronda China, Haixun 01 dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 membawa ke arah penemuan yang lebih kukuh semalam, 28 aset telah dikerah di selatan Lautan Hindi pada Selasa.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan dilaporkan Bernama berkata aset membabitkan 11 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 14 kapal.
Menurut kenyataan itu Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengarahkan pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 77,580 kilometer persegi di kedudukan 2,268 km barat daya Perth.
“Cuaca sepanjang hari ini dijangka baik. Pencarian bawah permukaan air diteruskan hari ini dengan ADV Ocean Shield melakukan operasi di utara kawasan pencarian sementara Haixun 01 dan HMS Echo di bahagian selatan,” kata JACC.

Semalam, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.



No comments:

Post a Comment