Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday 14 March 2013

Edisi khas !!! Pemusnahan Hutan bakau angkara SIAPA ???


Hutan bakau yang telah ditebang

Keadaan pesisir pantai tersebut


Betapa rakusnya peneroka haram..

Terpaksa menggunakan perkhidmatan bot untuk meninjau


Nelayan kecil persisiran pantai risau mengenangkan nasib yang bakal mereka hadapi hasil penerokaan hutan paya bakau di Pantai Tanjung Burung, Pantai Remis,Perak.  Penerokaan hutan paya bakau itu dijalankan secara haram dan bakal mendatangkan pelbagai ancaman kepada nelayan kecil.  Hutan paya bakau itu merupakan benteng pelindung di persisiran pantai daripada ancaman ribut serta lain-lain bencana alam. Kawasan ini pernah dilanda bencana tsunami sekitar 2004. Pemusnahan hutan paya bakau itu telah mencecah hingga ke gigi air dan lokasinya agak tersembunyi daripada mata umum. Pihak berkuasa juga mungkin tidak mengetahui berkenaan kerja penerokaan yang dipercayai untuk memajukan projek penternakan udang.  Aktiviti pemusnahan hutan paya bakau itu telah berlaku semenjak lima bulan kebelakangan ini. Lokasinya agak terselindung, mungkin dengan tujuan mengaburi mata pihak berkuasa. Secara tidak langsung telah memusnahkan habitat ikan di kawasan persisiran pantai dan sekali gus menjejaskan pendapatan nelayan.
 

2 comments:

  1. Yg confirmnye Jabatan Hutan mesti dh tahu..

    ReplyDelete
  2. kejadian begini sama keadaan dengan di Sungai Eloi, Sabah. bakau dimusnahkan oleh pihak Sunlight Seafood untuk membuat kawasan ternakan udang. sungguh tamak. hanya kerana udang, banyak spesis lain terancam seperti nasalis larvatus,pelanduk, ikan-ikan, firefly, silvery langur dan byk lagi

    ReplyDelete