Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday, 15 March 2013

Kematian 9 anggota berpunca dari UMNO????

Umno dan Barisan Nasional dipersalahkan sepenuhnya oleh bekas Ketua Polis Lahad Datu, Kamis Daming diatas kematian anggota keselamatan di Lahad Datu. Kamis juga mendakwa, kerajaan Malaysia langsung tidak memperdulikan keadaan keselamatan di kawasan tersebut sebelum ini sehingga penceroboh mudah masuk ke kawasan perairan negara.

"Kelengkapan pihak keselamatan disini juga didalam keadaan amat buruk sekali.. Kenderaan yang digunakan amat uzur dan sering rosak manakala bot peronda juga didalam keadaan yang amat mendukacitakan.."

"Kita juga tak mempunyai anggota yang mencukupi disini dan selalu mengalami bekalan bahanapi yang kurang.. Ini disebabkan pembekal tak mahu membekalkan minyak kerana beban hutang yang tinggi.." kata beliau didalam Daily Express


Beberapa hari yang lalu, kerajaan telah mengumumkan untuk menubuhkan Special Security Area di Sabah bagi menangani masalah keselamatan di kawasan-kawasan tumpuan. Ini diharap dapat meningkatkan taraf keadaan Polis serta PGA yang bertugas di Sabah.

Harus diingat, dalam keadaan daif dan juga kekurangan anggota keselamatan di Sabah dan banyak tempat lagi diseluruh negara, ada pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah yang mahu mengurangkan anggota PGA sekiranya mereka berkuasa. Adakah Nurul Izzah sedar tentang masalah seperti yang ditimbulkan oleh bekas OCPD ini?

3 comments: