Pada 25hb Februari 2013, Isnin Pakatan Pembangkang atas nama yang tidak didaftarkan kepada ROS iaitu Pakatan Rakyat telah melancarkan manifesto yang dinama Manifesto Rakyat bertemakan Pakatan Harapan Rakyat pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor.
Manifesto ini menekan dan menitikberatkan 4 perkara teras yang ditawarkan kepada rakyat iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.
Manifesto Pakatan Rakyat dianggap bukan janji sepertimana ucapan yang pernah
dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dari PKR ketika tertekan dalam tuntutan pengagihan air percuma kepada pemilik meter pukal bahawa manifesto bukan janji. Sewajarnya ia menjadi kontrak sosial yang perlu ditunaikan apabila memenangi pilihanraya. Perkara lain yang menjadi pertanyaan adalah kebanyakan yang ditawarkan dalam manifesto ini adalah berbentuk yang akan menjadi percuma kepada rakyat dengan tanpa menyebut dari mana sumber atau punca kewangan negara. Ini seolah ada benda yang sengaja disembunyikan dan apabila dapat memerintah kelak baru memberikan tekanan kepada rakyat dengan pengumuman cukai-cukai tertentu atau tidak menunaikan apa janji yang ditawarkan seperti janji-janji pilihanraya umum ke 12 lalu yang dimungkiri.
twitter @28879018
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment