Mungkin kerana terlalu taksub maka beliau secara tidak sedar apa yang dilakukan oleh beliau sebenarnya menunjukkan bahawa Lahad Datu adalah pajakan kekal kerajaan Sulu kepada North Borneo yang ditandatangani pada tahun 22 Januari 1878 menyatakan :-
"GRANT BY THE SULTAN OF SULU OF A PERMANENT LEASE COVERING HIS LANDS AND TERRITORIES ON THE ISLAND OF BORNEO DATED JANUARY 22, 1878"
Ternyata perkataan 'Permanent Lease' yang ada didalam perjanjian tersebut membuktikan bahawa Sabah adalah milik kerajaan Malaysia selama lamanya dan ianya tidak boleh dituntut oleh mana mana pihak seperti kata Perdana Menteri.
Kita tetap akan mempertahankan kedaulatan negara Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak kerana Sabah dan Sarawak juga adalah Malaysia.
Mungkin juga puteri sulu ini tidak faham dengan maksud yang tertera di dalam surat perjanjian tersebut, hinggakan didalam laman twitter milik beliau, beliau mengatakan bahawa kesultanan sulu akan tetap berusaha untuk menuntut Sabah.
Kita tengok dah macam cerita Pak Kadok pulak si puteri ni, keturunan dia dulu dulu dah jual tanah hak milik mereka dan kini apabila Sabah telah maju di bawah kerajaan Barisan Nasional baru pengikut kesultanan sulu ni kata Sabah mereka punya? Setelah ratusan tahun perjanjian tersebut dibuat baru nak tuntut semula negeri Sabah?
SUMBER
No comments:
Post a Comment