Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Saturday, 16 March 2013

Faekah serang Tun M !!!!

Faekah Hussin, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor telah menulis surat terbuka kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed, bagi menangkis kenyataan negarawan tersebut bahawa hak keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa di Negeri Selangor.
Kata Faekah, kenyataan tersebut melampaui batas, celupar dan menunjukkan yang Tun Mahathir ketinggalan jauh dari perkembangan politik semasa selain menghina Institusi Agama dan Raja di Selangor.
Lebih menarik, Faekah juga seolah-olah khuatir yang kenyataan tersebut akan menjadi liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang dipromosi oleh BN.
Faekah memulakan warkah terbukanya dengan membentangkan penghormatan tertinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Sultan-sultan yang menjadi pengawal kesucian agama Islam, sambil menekankan kedudukan Klang sebagai Bandar DiRaja, iaitu tempat di mana Tun Mahathir membuat kenyataan tersebut, bagi menunjukkan sanjungan Pakatan Rakyat terhadap Institusi Raja-raja Melayu. Katanya, PR menyerahkan semua urusan agama Islam kepada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor tanpa sebarang campurtangan politik.
Faekah mengemukakan bukti-bukti peruntukan yang tinggi untuk masjid, sekolah agama, elaun guru KAFA sebagai menguatkan hujah yang PR tidak meminggirkan kesucian agama Islam. Selain itu, Tun Mahathir juga dituduh Faekah sebagai menghina pembelajaran agama, memperlekehkan aktiviti qiamullail tetapi berlagak sebagai jaguh agama.

SUMBER

No comments:

Post a Comment