Golongan yang paling kuat menentang ISA adalah puak
sosialisme dan komunis. Sebabnya apa-apa juga perangai huduh mereka yang
mahu menjahanamkan negara pasti akan tersekat dek undang-undang
tersebut.
Satu lagi akta yang sering ditentang oleh konco-konco
mereka yang berselindung sebagai ahli politik pembangkang ialah Akta
Polis serta Akta Hasutan.
Entiti kerajaan yang paling banyak mendatangkan kebencian pula adalah POLIS.
Lama kemudian negara mulai jauh daripada ancaman sosialisme
dan komunis, datanglah puak-puak yang bukan main lagi hebat berdebat
kononnya negara tidak lagi memerlukan undang-undang itu.
Dan kerajaan yang memeritah pun dengan senang hatinya
memansuhkan undang-undang yang telah banyak mewujudkan kestabilan di
negara ini.
Kini selepas undang-undang yang dikatakan lapuk, zalim dan
menindas itu telah dihapuskan, negara tidak leboh aman sebagaimana yang
dikatakan oleh para pendebat bangang. Sebaliknya negara mulai diancam
oleh pihak yang selama ini cukup kuat mendesak agar semua undang-undang
dihapuskan.
Mungkin kerana rakyat Malaysia terlalu selesa dan
beranggapan bahawa negara ini tidak akan jadi seperti Iraq atau Mesir,
maka tak adalah yang menyuarakan kebimbangan dengan gelagat haramjadah
puak-puak berkenaan yang sedang berusaha memastikan campurtangan negara
asing di negara ini berlaku.
Negara sudah tidak aman lagi. Para penguasa negara boleh
terus membohongi rakyat dengan cerita-cerita muluk tetapi hakikatnya
rakyat juga tahu pada bila-bila masa sahaja negara yang pernah
diibaratkan sebagai syurga bertukar menjadi neraka dunia dek angkara
beberapa orang yang gila kuasa.
Melainkan kerajaan mulai mengambi tindakan drastik
memulihkan semula ketegasan undang-undang dan tidak bertolak ansur
dengan puak-puak seperti Anwar Ibrahim dan konco-konconya.
No comments:
Post a Comment