Kegagalan pakatan
pembangkang mengalahkan BN dalam PRU-13 diakui oleh ramai pemimpin PR
sebagai satu detik yang agak mengecewakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim
setelah sekian lama bertungkus lumus dan bermati-matian mahu mengejar
puncak kuasa di Putrajaya.
Anwar sedar, kegagalan PR
kali ini bermakna berakhirlah riwayat politiknya apatah lagi sebelum
ini Ketua Umum PKR itu pernah berikrar akan berhenti dari politik
sekiranya tewas dalam PRU-13 dan menumpukan tugasannya menjadi Pensyarah
di Universiti luar negara.
Sekarang PR bukan sahaja
telah tewas malah gagal mengekalkan pemerintahan PAS di Kedah manakala
majoriti kemenangan Anwar di Parlimen Permatang Pauh juga merosot.
Sedangkan di masa yang sama UMNO selaku komponen utama BN yang merupakan
musuh ketat Anwar pula terus gah.
Dek kerana kecewa itulah
Anwar bertindak di luar batasan dengan menghasut penyokong PR untuk
memulau keputusan PRU-13 dan cuba membangkitkan kemarahan umum melalui
perhimpunan protes yang diadakan di Stadium MBSJ, Kelana Jaya baru-baru
ini.
Jika tidak kerana ramai
pengundi Melayu Islam dan Bumiputera yang lain bersama sebahagian
pengundi keturunan India memihak kepada BN, barangkali hasrat Anwar
untuk menjadi Perdana Menteri Ke-7 sudah tercapai, namun takdir Illahi
menetapkan jawatan tersebut bukan hak miliknya.
Tambah mengecewakan Anwar
bila mana gerakannya memprotes keputusan PRU-13 bagaikan disabotaj
rakan sepakatan apabila DAP dan PAS yang mengekalkan pemerintahan
masing-masing di Kelantan dan Pulau Pinang enggan memulaukan majlis
angkat sumpah bagi jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Ahmad Yaakob, MB Kelantan
yang baru mengangkat sumpah untuk jawatan itu sehari selepas PRU-13
selesai bagi menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng mengangkat sumpah memegang jawatan Ketua Menteri
pada 7 Mei 2013 untuk penggal kedua.
Tindakan kedua-dua rakan
PKR dalam PR itu jelas membuktikan pengiktirafan mereka terhadap
ketelusan proses pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR sekali gus
menolak tohmahan Anwar dan gerombolan pengikutnya yang mendakwa PRU-13
dicemari penipuan dan penyelewengan.
Seandaianya benar wujud
penipuan atau ketidaktelusan berlaku dalam PRU-13, bermakna bolehlah
diandaikan PAS dan DAP telah bersekongkol dengan BN untuk menghalalkan
penipuan yang didakwa Anwar, bukan begitu...?
Hakikatnya, samada
penipuan, penyelewengan atau ketidaktelusan langsung tidak wujud,
melainkan apa yang sibuk diperkatakan Anwar dan kumpulannya tika ini
hanyalah luahan kekecewaan gara-gara cita-cita peribadi menuju puncak
Putrajaya tidak kesampaian.
No comments:
Post a Comment