Aku terpanggil untuk berkongsi bersama pembaca dipage ini, luahan wanita
yang menyentap perasaan bagi kita yang normal. Baca, fahami &
hayati .... itu pun kalau kalian masih punya hati..
...................................................................................
Assalamialaikum wbt.
Sepuluh orang perajurit negara telah terkorban demi menjaga keamanan negara. aku? bukanlah sebahagian dari ahli keluarga,
Bukanlah sebahagian dari anggota yang bertugas bersama mereka,
Bukan juga seorang yang pemimpin, artis atau orang politik. aku cuma seorang manusia dan juga isteri kepada anggota polis.
Ya, bukan anggota polis yang berpangkat tinggi....cuma anggota bawahan.
seorang isteri anggota keselamatan. yang sering ditinggalkan
suami,sebulan,dua bulan dan pernah hampir tiga bulan tak bertemu empat
mata.
Begitu ramai yang bercerita tentang kejadian di sulu,selepas itu
mengajar polis dan tentera cara-cara untuk menjaga keamanan negara.
mungkin teori tersebut di ambil dari filem filem perang,jenayah sahaja.
ya,selepas melihat filem tersebut anda memang fasih tentang nama
senjata,tentang teknik itu teknik ini.
Baju kalis peluru,bom itu bom ini. wah, sungguh layak kalian mengajar
anggota tentera dan polis bukan? tapi sayang,kalian hanya hebat setakat
di dalam facebook,blog atau kedai kopi. tapi, kenapa kalian tidak
melawan pengkhianat bangsa? kenapa kalian tidak menghimpun semua orang
sama seperti penghimpunan bersih,demokrasi atau mana-mana majlis politik
untuk membantu anggota polis kita? ataupun kalian hanya mampu bercerita
di mulut sahaja?
Sekadar bercakap,siapa pun mampu,buka mulut luas luas hembus sahaja
perkataan yang hendak dikeluarkan. cuba kami jemput anda berada di
barisan hadapan untuk menjaga keamanan, berada di tempat kami sebagai
isteri anggota yang berjauhan dengan suami yang belum pasti pulang
antara hidup dan mati bila keluar bekerja.
Berada di dalam diri anak kecil yang menanti ayahnya pulang di pintu
rumah,sambil berlari-lari memeluk...tapi akhirnya...yang dipeluk cumalah
sekujur badan yang membisu tanpa kata-kata.
Ini kisah anggota PDRM dan ATM........
Yang gaji sudahlah tak seberapa, kerja tanpa mengira waktu,
Cuti bukanlah hak mereka, anak isteri cuma suku dari kehidupan,
Tapi hidupnya di sumpah seranah setiap hari...tak ada seorang yang sudi
berbaik sangka kepada Mereka. buat roadblock dikatakan mencari duit
kopi. tahan kereta ditepi jalan yang mencurigakan dikatakan tahan nak
minta habuan. bila ada demokrasi,mereka mengawal keselamatan dikatakan
sengaja hendak menimbulkan huru hara...kalau kes dalam penyiasatan
dikatakan tidur tidak buat kerja.
Bukankah itu sebahagian dari menjaga keselamatan diri anda?
diri anak isteri anda? paling menyedihkan....yang celakanya.... kisah
ini sebahagian dari modal politik!! apa mungkin kau ingat nyawa manusia
ini sama seperti kisah-kisah celaka kau kah? siapa suka,berdiri di
tengah hujan dan terik matahari semata-mata untuk memastikan keselamatan
negara, tinggal anak isteri dirumah tanpa pemerhatian berbulan-bulan
lamanya, sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding
sakit anak isteri orang awam.
kau suka? kalau suka mohon kerja polis.
cubalah rasa bagaimana peritnya. bagilah pula anak isteri,ibumu berada
ditempat kami yang mana setiap kali suami,anak,adik lelaki berkerja kami
akan sentiasa tidak tenang dan tenteram. jika nampak kereta peronda
polis masuk ke halaman rumah,perasaan berdebar bagai mahu gugur jantung
bimbang jika dibawa berita cumalah tentang kematian atau kecederaan ahli
keluarga.
aku punya anak, sejujurnya...aku sentiasa mengatakan kepada anakku. bila
besar nanti jangan jadi polis dan tentera...bonda tidak mahu rasa perit
ditinggalkan lagi nanti diwarisi oleh saudara mara kita.
kalau mati nanti berapa kerat sahajalah yang peduli, sudahla tiada masa
untuk anak,isteri dan keluarga gaji pula sangatlah tidak setimpal dengan
kerja tapi, jika sudah darah perwira yang mengalir di dalam tubuh tiada
apa yang mampu melawan setiap takdirnya dan, aku terfikir sejenak.
mungkin suatu hari nanti, anak anggota tentera dan polis hanya mengenali
ayahnya cuma melalui gambar dan suara sahaja.
wahai kalian keturunan perajurit kita,kuatlah!! tidak apalah kalau dunia
tidak henti mengata dan menghina kita, kita lebih mengetahui dan kenal
siapa suami kita, siapa anak kita, siapa adik-adik lelaki kita...
semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi negara kita.
- SUMBER
No comments:
Post a Comment