Pihak berkuasa sudah memperolehi semua
dokumen dan maklumat terperince mengenai penglibatan tiga pemimpin Pembangkang
yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu,
Sabah pada Februari lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang
diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah
nanti.
"Ketika saya menjadi Menteri Pertahanan,
saya ada dedahkan terdapat beberapa individu terlibat membantu kumpulan
pengganas menceroboh Lahad Datu dan mereka pernah mengadakan pertemuan dengan
kumpulan pengganas Kiram.
"Semua dokumen dan maklumat terperinci
mengenai perkara itu telah kita peroleh dan sedang diteliti dari segi
undang-undang untuk memperkuatkan hujah di mahkamah nanti," katanya dalam sidang
akhbar sempena lawatan kerja kali pertama sebagai Menteri Dalam Negeri di Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Dalam
Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid
Abu Bakar dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin serta pegawai-pegawai
tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua
Menteri Sabah, Yong Teck Lee, semalam mendesak agar tiga pemimpin pembangkang
yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu,
didedahkan.
Sebelum ini, Ahmad Zahid pernah
memaklumkan tiga pemimpin pembangkang terdiri daripada dua orang daripada
Semenanjung dan seorang lagi dari Sabah dijangka diheret ke mahkamah tidak lama
lagi kerana dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad
Datu.
Menurut beliau, pihaknya mempunyai
maklumat terkumpul penglibatan pemimpin-pemimpin itu, namun bukti-bukti kukuh
dari segi perundangan sedang diusahakan bagi membolehkan mereka dibawa ke muka
pengadilan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata,
pihak PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan mesyuarat dengan
Peguam Negara untuk berbincang tindakan lanjut yang akan diambil terhadap
ketiga-tiga pemimpin berkenaan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan
mereka kerana tidak mahu berlaku prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa
ke mahkamah.
sumber
terpenting pastikan pihak penghakiman dibersihkan dahulu dari kemungkinan ada anasir2 yg condong menentang kerajaan.
ReplyDelete