GRO Hadiah Kemenangan PR Di Selangor
Sehari dua lepas sekumpulan anggota
polis dari IPD Shah Alam telah melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di
Bandar Setia Alam dan berjaya menahan 5 orang wanita asing yang menjadi pelayan
pelanggan (GRO).
Penangkapan kelima-lima GRO warga Thailand ini
bersama-sama 32 pengunjung yang leka diulit layan seksual sekali gus membuktikan
Bandaraya Shah Alam yang suatu ketika dulu bersih dari kegiatan maksiat
sebegini, kini sudah tidak seperti dulu lagi.
Serbuan itu dilakukan
selepas hasil risikan selama 24 jam selepas menerima aduan awam mengenai
kegiatan maksiat di premis tersebut.
Premis hiburan itu yang suatu
ketika diumumkan oleh Kerajaan Selangor hanyalah sebuah kafetaria yang
menjalankan aktiviti muzik ternyata benar-benar sudah berubah menjadi pusat
maksiat seperti dibimbangi ramai sebelum.
Dulu di waktu zaman
pemerintahan BN premis sebegini agak sukar untuk ditemui disebabkan keseriusan
Kerajaan Negeri melakukan serbuan demi serbuan untuk membasminya. Tapi semenjak
PR berkuasa di Selangor suasana sudah banyak berubah barangkali kerana ia
dilihat sebagai penyumbang utama untuk kantung Kerajaan Negeri.
Barangkali inilah hadiah penuh makna bagi para pengundi di Selangor
khususnya bagi penyokong PR apabila wujudnya premis sebegini yang pastinya akan
terus bercambah dari masa ke semasa sama seperti kewujudan rumah urut di hampir
setiap Seksyen di Shah Alam.
No comments:
Post a Comment