Pilihan Raya Umum ke 13 sudah pun tamat lebih seminggu,poster-poster pun
sudah mula tidak kelihatan di jalan-jalan raya dan tempat awam namun
tinggal seorang lagi individu yang masih terus berkempen iaitu Anwar
Ibrahim.Sementara kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan di
bawah pemnbangkang sudah mula menjalankan tugas untuk tempoh lima tahun
akan datang,lain pula irama politik yang didendangkan oleh Anwar
seolah-seolah baginya PRU13 masih belum selesai.Tidak mahu menerima
realiti bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 telah memihak kepada Barisan
Nasional,Anwar terus mengadakan jelajah politik atau 'roadshow' yang
melemparkan pelbagai fitnah dan dakwaan terhadap keputusan
PRU13.Sasarannya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya yang didakwanya menipu
di 27 kawasan parlimen yang sepatutnya dimenangi pembangkang.SPR
mengumumkan keputusan pilihan raya yang baru selesai 5 Mei lalu akan
diwartakan pada bulan ini.
Setelah ini dilakukan sekiranya mana-mana pihak termasuk pembangkang
yang tidak berpuas hati atas terhadap keputusan pilihan raya bolehlah
membawa aduan mereka melalui proses petisyen pilihan raya yang difailkan
di mahkamah.Ini adalah proses lumrah yang telah berjalan tanpa sebarang
cacat celanya sejak pilihan raya umum pertama negara pada tahun
1959.Jika mana-mana calon mewakili mana-mana parti politik merasakan
terdapat unsur penipuan berhubung mana-mana aspek perjalanan pilihan
raya dan mempunyai bukti bahawa kekalahannya disumbang oleh sesuatu
penyelewengan tersebut,maka ia mempunyai hak di bawah Perlembagaan untuk
mengemukakan rayuan atau petisyen terhadap calon yang diisytiharkan
menang.Mahkamah lah yang menentukan samada sesuatu petisyen itu
mempunyai asas atau sebaliknya.Jika benar penyelewengan telah berlaku
dan seseorang calon telah kalah disebabkan kepincangan tersebut,mahkamah
boleh memutuskan spaya pilihan raya baru di adakan semula bagi kawasan
terbabit.
Jika sebaliknya berlaku,petisyen tersebut akan ditolak dan mahkamah akan
mengekalkan keputusan kemenangan yang diperolehi calon
berkenaan.Bagaimanapun amat pelik sekali apabila Anwar memilih untuk
mempersoalkan keputusan SPR bilamana badan itu belum lagi menggazetkan
keputusan pilihan raya seperti yang dikehendaki
undang-undang.Seolah-olah Anwar mahu mendahului SPR dan pihak mahkamah
apabila mendakwa PRU13 merupakan ibu kepada segala penipuan di dalam PRU
negara ini.Oleh kerana beliau mendakwa demikian maka pada pandangannya
seluruh rakyat Malaysia juga harus berdiri teguh menyokongnya.Maka
diheretnya ribuan penyokong pembangkang ke Stadium Kelana Jaya,Selangor
dan kemudiannya Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang.Sehingga kini Anwar
melalak terlolong keseorangan diri untuk menegakkan satu perjuangan yang
bersendikan agenda peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.Mungkin juga
taktik Anwar membuat bising di seluruh pelusuk negara dengan cerita
dongeng dan hikayat palsunya sebagai satu helah untuk mengalihkan
sesuatu isu yang lebih besar mendepaninya.Sepertinya yang diumumkan oleh
Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum pilihan raya,kerajaan telah pun
mengemukakan siasatan lengkap berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu
oleh pengganas Sulu pada Februari lalu kepada Peguam Negara.
Katanya kerajaan telah mengenal pasti tiga individu yang dikaitkan
dengan parti pembangkang yang terlibat secara langsung sebagai dalang
dalam perancangan pencerobohan tersebut.Bagaimanapun Dr Ahmad Zahid
tidak mendedahkan identiti ketiga-tiga pemimpin pembangkang
tersebut.Identiti mereka sebaliknya telah didedahkan oleh penulis blog
Raja Petra Kamarudin yang mendakwa bahawa Anwar beserta Tian Chua dan R.
Sivarasa adalah tiga pemimpin PKR yang telah mengadakan beberapa
pertemuan sulit dengan pemimpin pengganas Sulu dengan bertujuan
mewujudkan keadaan darurat di Sabah menjelang PRU13.Anwar,Tian Chua dan
Sivarasa yakin mereka akan didakwa bila-bila masa sahaja oleh pihak
Peguam Negara.Oleh kerana itu bagi mengalih pandangan rakyat terhadap
isu itu yang dikategorikan sebagai satu pengkhianatan kepada
negara,Anwar menggunakan isu keputusan pilihan raya sebagai alasan atau 'decoy'.Menurut
sumber,Anwar dan dua orang kuncunya kemungkinan besar akan dibawa ke
muka pengadilan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas kesalahan
menentang Perlembagaan dan mengisytiharkan perang terhadap Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.Sabit kesalahan
membawa hukuman mati sebagaimana hukuman yang sama telah dijatuhkan ke
atas pemimpin kumpulan militan Al Maunah,Mohamed Amin Mohamed Razali
yang digantung sampai mati pada 4 Ogos 2006 di Penjara Sungai Buloh atas
kesalahan menyerang kem tentera di Kampung Jenalek, Grik, Perak.tunggu
yerrr Anwar Ibrahim dan pemimpin PR yang lain !!!!
Kami menunggu berita selanjutnya. berwaspada selalu jangan sekali kali leka dengan permainan bahaya mereka. Sedarlah wahai bangsaku, jangan sekali kali dibenarkan kepala kamu di pijak pijak oleh penderhaka Negara. Guna kan akal yang waras untuk berfikir dan terlalu mengikut emosi/
ReplyDelete