Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Sunday 17 June 2012

#PASerabut Pasai apa MB PAS Kedah nak pencen?


Tapi Ustaz Azizan apa peduli depa komplot pasai dia dah nak bersara dari politik bila PRU 13 diumumkan. Dia nak ikut cara Dr Mahathir letak jawatan pada masa orang tengah suka, kalau dok lama sangat sebagai MB Kedah dan orang dah benci susah sat ni, malu kalu kalah pilihanraya kat Sungai Limau. Orang kat Sungai Limau dah chemuih dia tak bawa apa-apa projek bagi membangun kawasan dia. Pekan Sungai Limau Dalam (LSD macam nama dadah saja) macam pekan koboi, masjid Sungai Limau sikit punya koman dok belakang jamban kedai Cina. Mesjid tu pun dah lama, apa salah buat masjid baru yang lebih elok, kan PAS parti Islam. Kalau tak percaya punya kemereh MB PAS Kedah kawasan sendiri pun mundok hampa pi la tengok pekan Sungai Limau Dalam ikut jalan batas paip.
Cuba bandingkan Sungai Limau dengan Pekan Jitra yang dibangunkan Tok Man Arop dan Dr Mahathir.  Depa buat masjid baru masjid lama jadi maahad tahfiz Quran. Kompleks pejabat daerah baru, kompleks polis daerah baru, kompleks pejabat agama baru, kompleks hospital baru, kompleks pejabat pelajaran, Dewan Wawasan, stesyen bas baru, shopping mall PJ2 & PJ3. Kat Kubang Pasu semua ada, UUM kat Sintok, IPDA kat Bandar Darulaman, Politeknik, MRSM, Kolej Komuniti, Sekolah Asrama Jenan, banyak sekolah rendah dan menengah yang baru, nak cerita kemajuan Kubang Pasu dari Kepala Batas ke Bukit Kayu Hitam panjang sangat cukup setakat kita kata berbaloi orang Jitra pilih UMNO, kalu pilih PAS depa dok ceramah siang malam habok pun tarak.
Tapi orang Melayu suka sangat dengar cerita muhong, depa cepat terpengaruh dengan hasutan orang. Puak PAS ni dah tau depa tak mampu nak buat pembangunan depa putar (spin) kata pembangunan tak perlu pasai Nabi Muhammad saw diutuskan bukan nak buat highway, bukan nak buat Proton, bukan nak bekal air bersih tapi nak selamatkan manusia. Masa Tunku buat empangan Muda nak gandakan hasil padi dua kali setahun depa pi ceramah kata rancangan Mada siksa tanah, siksa penanam padi, apa pasal Tunku nak ubah amalan tanam padi yang tok nenek kita buat dah berkurun.
Tapi Kerajaan tak peduli hasutan puak PAS ni kerana memang kerja depa hasut orang kita lawan Kerajaan. Bila depa dah racun pemikiran orang kampung dan rakyat dah termakan hasutan mereka maka rakyat akan bagi undi kat depa. Bila mai pilihanraya depa menang dan depa dapat elaun wakil rakyat, boleh jadi kaya, boleh buat harta, rakyat yang dah kena cucuk hidong dah kena tipu dok syok sendiri saja, duit yuran sekolah anak pun tak dak nak bayar.

No comments:

Post a Comment