Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 18 June 2012

#PASerabut Orang PAS rebut projek


Chek tak nak citer muhong tapi ada satu citer kena kat adik beradik chek sendiri. Dia ni bekas pensyarah maktab, dalam PRU 12 dulu dia jadi wakil calon, lepas PAS menang Kedah dia dilantik jadi ahli Majlis Bandaran. Puak PAS mai minta projek dia kata ikut prosedur la masuk tender aku bukan ada kuasa nak bagi projek. Apa lagi puak-puak serban ni meradang la depa pi cucuk MB kata buat apa lantik adik beradik chek jadi Ahli Majlis dia baru masuk PAS, kami yang lama dalam PAS kenalah bagi jawatan. Depa tiap-tiap hari dok kacau dia minta derma itu ini macam dia orang kaya pada hal dok makan pencen saja. Lama-lama dia chemuih lalu letak jawatan Ahli Majlis dan puak yang dok lobi jawatan pun dapatlah jadi Ahli Majlis dan pulun sakan projek. Hampa ingat puak serban ni baik sangat ka?
Bila Ustaz Azizan kena sakit jantung geng EXCO yang tak suka kat dia baca Yasin, tak tau la nak suruh dia sembuh cepat atau gol cepat. Depa ingat dia nak letak jawatan tapi depa fras (kecewa) pasal dia tak letak jawatan. Buat apa letak jawatan hilang segala elaun MB beratus ribu setahun kalau dah sihat?  Depa yang fedup kat dia pun buat komplot nak malukan Ustaz Azizan dengan tindakan tak mau dilantik semula sebagai EXCO tapi depa pi ikut jalan belakang depa hasut Nik Aziz dan Hj Hadi supaya paksa Ustaz Azizan ambil depa balik sebagai EXCO Kanan. Permainan politik macam ni yang buat Ustaz Azizan sesak nafas silap hari masuk IJN semula.

No comments:

Post a Comment