Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday, 20 February 2014

SELEPAS DISERANG DAP, BARULAH ZAID IBRAHIM TAHU, DIA TAK BOLEH PERCAYAKAN @TERESAKOK!!!

Zaid Ibrahim merupakan salah seorang daripada calon PRK DUN Kajang. Demikian yang diumumkannya sendiri. Walaupun pada tahun 2008, Zaid Ibrahim menjadi calon mewakili PKR di Parlimen Hulu Selangor dan kemudian dalam cubaan menjadi Timbalan Presiden PKR, dia kalah di tangan Azmin Ali.

Semenjak itu, Zaid Ibrahim menjadi musuh Azmin Ali!

Sebaik-baik sahaja mengumumkan yang dia akan menjadi calon PRK DUN Kajang, Zaid Ibrahim telah diserang bertalu-talu oleh para pecacai Pakatan Rakyat yang biasanya makan di tangan Azmin Ali dan DAP. Malaysiakini yang merupakan pangkalan media utama Pakatan Rakyat, telah memperlihatkan pencacian dan maki hamun tanpa batasan kepada Zaid Ibrahim.

Zaid Ibrahim tidak berpuas hati apabila salah seorang penulis pojok Malaysiakini, Kee Thuan Chye memperolok-olokkannya dengan memetik salah satu daripada tweetnya dan menyatakan, Zaid Ibrahim bukanlah seorang yang berpengaruh atau menjadi pembolehubah.  Malah menurut Kee Thuan Chye lagi, Zaid Ibrahim tidak mungkin akan mendapat sokongan daripada orang Cina dan Melayu pertengahan di Kajang.

Kecik hati benar Zaid Ibrahim dengan kenyataan tersebut. Kata Zaid Ibrahim, dia tidak menyangka sama sekali, yang dia akan dipandang buruk sebegitu rupa, sedangkan dia sendiri cuba bersikap liberal dan menjadi golongan pertengahan yang tidak membenci semua yang kerajaan lakukan dan tidak menolak semua bangkangan Pakatan Rakyat.

Selanjutnya klik sini ~» http://bit.ly/1fjPyLT

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment